Sunday, April 25, 2010
KEKUATAN buat DIRI SENDIRI
Posted by hamba ABDI at 5:45 PM 4 comments
Labels: CERITA AKU
Wednesday, April 21, 2010
~untuk insan bergelar wanita~
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbangan hati ku ini
Takkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah
Ratuku
Kebimbangan ku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupon tanpa relamu
Ratuku
Kebimbangan ku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujud lagikah ratu idaman hatiku??
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku
Bukanlah ku harap kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari antara safar dan marwa
Bukan juga sesetia ainul mardiyah
Menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkaulah bukan Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'ishah
Bukan juga Rabi'atul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
Cukuplah sekadar kau mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetik mu lagi
Jangan ada kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Janngan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupon kadangkala
Aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang mampu buat aku tersenyum lega
Kerana akan kutemuai
Ratu yang sebenar-benarnya ratu
Posted by hamba ABDI at 6:26 PM 0 comments
Tuesday, April 20, 2010
SCOOBY-DOO ~~ where are you??
Posted by hamba ABDI at 9:06 PM 0 comments
Labels: CERITA AKU
derma DERMA derma
Posted by hamba ABDI at 5:51 AM 0 comments
Labels: CERITA AKU
Saturday, April 17, 2010
kamu memperlekehkan MASA aku ~~ thanks!
Posted by hamba ABDI at 7:38 AM 0 comments
Labels: CERITA AKU
Sunday, March 14, 2010
Arasy Dunia ~~ Hafiz Hamidun feat Ali Empire
Terbang gelap malam aku resah
Dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gagah mentafsir makna
Itu ujian ataupun musibah
Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam aku resah
Dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Cari cari cari yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati
Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat
Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang
Pudar samar bintang bulan mula timbul
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona-rona bagai sang dunia
Kerana jalanmu tidak pun wujud
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gagah mentafsir makna
Itu ujian ataupun musibah
Arasy dunia
Arasy dunia
Posted by hamba ABDI at 2:49 PM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
TAHNIAH UMP ~~ pahang ~~
Posted by hamba ABDI at 9:28 PM 0 comments
Labels: CERITA AKU
Monday, February 22, 2010
Wahai Budak Pengajian Islam (^_-)
Posted by hamba ABDI at 2:04 AM 3 comments
Labels: CERITA AKU
Friday, February 12, 2010
MARAH yg aku tahan
Posted by hamba ABDI at 8:55 AM 1 comments
Labels: CERITA AKU
Wednesday, February 10, 2010
..:: HATI INI ::..
Posted by hamba ABDI at 9:42 AM 1 comments
Labels: CERITA AKU
Monday, February 8, 2010
Kolej Keris Mas TER'sayang'
Posted by hamba ABDI at 5:51 AM 1 comments
Labels: CERITA AKU
Monday, February 1, 2010
Gembala Kambing yg Sukses (^_-)
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan “lima” jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan “lima “jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi… Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul… Maka tamatlah sesi perdebatan
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita…
“Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah… ) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). ”
“Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, ” lima ” Betullah… Bila hamba tunjukkan “lima” jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. ”
“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. ”
“Ayam tu sebenarnya soalan bonus… apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur… betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. ” Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita…
” Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.
Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea… ? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. ” Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!
Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam… Hamba pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi… ”
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
~~ KATA AKU ~~
amacam..?? comel betul cerita ni..
well, kalau dh mmg tertulis cendekiawan tu diislam kn mcm tu
gmbala kambing dpt pahala free je.. hehehe..
kita mmg xtau, di bahagian mana kata-kata kita yg bisa menyentuh org
kata-kata mmg ringan utk dilakukan
tp amat berat timbangannya..
kerana itu kata2 lebih tajam dari mata pedang
well, walaupun bahasa isyarat.. hehehe..
ia masih juga agen komunikasi..
dan bahaya komunikasi kalau mesejnya tak tersampai
akan menyebabkan salah faham..
well, yg salah tetap "faham" sbb manusia mmg xnak ngaku salah..
(^_-)
Posted by hamba ABDI at 10:05 PM 0 comments
Saturday, January 30, 2010
LiL' Hand that Hold (^_-)
Posted by hamba ABDI at 7:30 AM 0 comments
Labels: CERITA AKU