CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 23, 2009

KEMALANGAN yg PERTAMA


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Jika Kau mentakdirkan kami untuk mati
aku mohon sangat2 pada MU Ya Rabb
Ampuni dosa kedua ibu bapa ku
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil
aku mohon sangat2 pada MU Ya Rabb
matikan kami pada ketika
Kau REDHA pada kami
pada ketika
AMAL KEBAJIKAN kami lebih banyak dari amal keburukan kami
Ya Rabb..
Serulah kami untuk memasuki Jannah MU
izinkan kami bertemu MU
kamilah hamba ABDI kepada MU Yang ABADI.."

*****************************

kali pertama terlibat dalam kemalangan jalan raya
HARI: Jumaat (18/12/2009)
LOKASI: federal highway
CUACA: hujan renyai

total 7 kereta yg terlibat
namun kereta pertama melarikan diri
..:: ehem :..
spekulasi: tu mesti konco ulat yg sengaja initiate perlanggaran
alasan: immediately lepas perlanggaran, ulat pun berlari ke arah kami
amboi.. mcm dah expect akan brlaku prlnggaran je ye..

kami kereta ke-6
kami asalnya dah nmpak kereta brhenti mengejut di depan kami
syukur Alhamdulillah masa tu
kami jauh dari kereta depan
papa sempat brek dan cuba mengelak
dan kami yakin bahwasanya
kami takkan kena kereta depan
YAKIN 95%
sbb 5% tu: mb la kena, tp tak teruk sbb kami dah hampir berhenti
tiba2 satu hentakan kuat dari belakang kereta kami
DUMMMMM...
aku pun sgt terkejut
istighfar, takbir, tasbih, dan tahmid tak lekang dari bibir
then tarik nafas dalam2
sblm keluar utk tgk ape yg berlaku

p/s: utk org2 y lemah imannya, tu yg jadi kelam kabut+trauma
SILA KUKUHKAN IMAN ANDA
DAN INGAT ALLAH BANYAK2
KETAHUILAH NYAWA KITA DI TANGAN ALLAH

kereta belakang agak teruk
mujur dia wira
wira kan rendah
jadi dia hantam our bumper je laaaa
depan kereta kami kemek jugak
kerana momentum kuat dari belakang

segala puji bagi Allah
Dialah yang menghidupkan
Dia jugalah yang mematikan
aku mohon perlindungan dari Allah
untuk keluargaku, juga diriku

segala yang berlaku dijadikan pengajaran
setiap yang terjadi sentiasa diperhati
mentarbiyyah diri, memperbaiki hati
meneliti dari kacamata tarbiyyah
memerhati dengan iman

semua yang berlaku benar2 ada hikmahnya
p/s: POLIS pun x boleh percaya rupanya..
bosan dgn polis yg menjunjung nama ALLAH kat topi dia tuu..
tp x pernah rsa mcm Allah tu ada



baru aku tau
kukuh jugak la kereta Nissan Sentra ni
bhgian depannya tak bape teruk sgt kot..
lagipun kami mmg dah stop
cuma crush dgn kereta depan akibat momentum dari kereta belakang

beginilah keadaan kereta papa
mujur yg langgar tu wira
jadi dia hantam bumper kereta je
..:: ehem ::..
byk aku punya "je" bocor bumper tu weh..

ni jugak Nissan Sentra
kereta kelima - Perodua Viva dgn kereta keempat (Nissan Sentra)


ni Nissan Sentra papa aku
kereta keenam dgn Perodua Viva


kepada encik polis yang menunggang motosikal ini
pada hari JUMAAT malam
aku sesungguhnya tak puas hati
sbb kena marah tak pasal2 pada malam tu
ehemmm.. sila ingat bahawasanya kami baru lepas accident
sila berhati-hati dengan kata-kata anda
yg patut trauma dan berada dalam keadaan "mood" yg kurang baik sepatutnya kami
sbb kami yg accident
bukan ANDA..!!
dan sesungguhnya kehadiran ANDA untuk marah2 kami tu sangat2 tidak dialu-alukan..
alahaaaaii.. mcm la ktrg ni buta sgt..
mcm la kami tak tau ape yg ANDA mahu di sini
sbb sebelum anda, dah ada satu kereta peronda polis
dorang dah pun "clear" kan lalulintas..
dan dorang dah pun meninggalkan kami
terkontang-kanting menguruskan kereta kami sendiri

sudah2 laaaa.. bosan la..
harapkan pagar-pagar makan padi..
nasib baik aku bukan pokok padi..
kalau x, dgn aku-aku pun kena ngapp..
ehem..
perkara ini tak terlepas di mana-mana
selagi mereka yg berkuasa
p/s: KONONNYA BERKUASA
TERLUPA KAN ADANYA KUASA
TERHEBAT
MAHA HEBAT
YG MAMPU MENGHANCURKAN
MEREKA YANG TIDAK BERLAKU JUJUR

saya BENCI kamu YANG TIDAK JUJUR
KERANA ALLAH

Thursday, December 17, 2009

KELELAHAN~~~ phew..!!

"ku rasa ku dh merancg dgn baik.. rupanya ku terlupa ALLAH merupakan PERANCANG yg TERBAIK.."

semalam ku bermalam di DS
saje2 sbb kebosanan.. hmm.. dn ada la jugak rasa rindu kat DS tuu..
sempena hari khamis
kami pun pakat2 nk berpuasa
lgpun ahli DS nk gi majlis iftar keluarga JIM di Al-Amin
(p/s: ku rasa mcm nk join, last2 xjd sbb?? sila bc sampai habis entry ni)

pagi2 tadi Naqibah kesayangan ku kejut la bangun sahur
maklum saje ku ni berkapasiti tinggi
ehem.. jarang2 makan sikit.. hehehe..
untung jugak dpt naqibah pandai masak
ku plak pandai makan
..hahahaaaaa..

selepas solat subuh (dlm keadaan ngantuk teramat)
mata ku makin rapat tertutup
bc ma'thurat pn sampai kena tepuk2 pipi
ni UJIAN PERTAMA aku hari ni

kemudian dgn semangat waja
ku pun tumpang kereta VIVA ain
dgn niat nak basuh baju kat bilik
(p/s: bj x byk, tp ku tetap bengang sbb baldi ku berisi)

nk dijadikan cerita
dh la semalam xde air, ku bajet hari ni ada la air
rupanya masih lagi kering..
maka inilah UJIAN KEDUA aku hari ni
oleh kerana ku bkn jenis yg cepat putus asa
ku pun yg masih bersemangat waja lagi
turun ke blok sebelah dgn baldi merah yg berisi baju
mencuci plak kena 2 round
sbb ku asingkan yg berwarna gelap dgn yg cerah
sbb bj gelap selalunya turun colour

pusingan pertama membasuh pun selesai
maka ku sidailah di ampaian kat bawah tuu kerana mentari brsinar terang


lepas tu ku naik la ke bilik untuk ambil baju bagi melengkapkan dua pusingan acara membasuh
bila ku sampai je kat bilik,
ku rasa mcm dunia ni kelam la pulak
aisey, awan mendung berarak pantas
semakin lama semakin mendung
namun tak pula turun hujan
ni la UJIAN KETIGA utk ku hari ni



untuk tak mengambil risiko
ku pun lari ke bawah mengangkat baju di ampaian
ku sidai di ampaian dalam blok yg berbumbung
keletihan berlari td belum habis
ku turun sekali lagi
untuk ke blok sebelah
bagi melengkapkan pusingan kedua acara membasuh

eh ehhh..
bila time siap je pusingan kedua
mentari muncul baaaaaaikkk punya terang
haishhh
"nmpknya cuaca hari ni berjaya memperkotak-katikkan ku yg dah sedia letih"
tnpa menghiraukn mentari tu
ku sidai je baju di ampaian berbumbung
lantak la.. malas nak layan..
biarla lambat kering pun..
janji ku tak penat berlari turun naik tangga

tibalah masa petang
waktu membeli makanan untuk iftar (^_-)
huhuuuuuu
ku pun menunaikan solat
ehem.. nk solat pun ujian jugak
UJIAN KEEMPAT utk ku hari ni
semoga byk pahala ku hari ni
mklumla.. bape tapak ku langkah nak ambil wuduk kat blok sebelah??
haaa.. naik turun tangga..
ish ish.. rajin betul ku hari ni..
(p/s: mmg teruji kesabaran ku dlm menunaikn ibadah hari ni)

lepas solat asar, ku pun siap2
oleh kerana sume baju ku dah cuci
kena la ku iron baju dan tudung lain
lepas tu ku pun jalan la ke cafe
eheeeem..
PERINGATAN DI SINI
cafe dgn blok ku x la dekat sgt..
tp ku dh biasa jalan, jd ku jalan je laaaa..
sampai je kat cafe
ku tgk bersih gile cafe tu..
Adoooooooooooii.. cafe tutup..
UJIAN KELIMA untuk aku yg hampir2 mem'pengsan'kan aku

dalam lemah kekecewaan tu
ku taip msg pd kwn ku
ku tau kwn ku xde moto nk merempit utk beli mknn
nnt kebuluran pulak dia
ku pun tny dia kot2 nak pesan ape2 sbb ku kena merempit ke kolej lain beli mknn
oleh kerana kapasiti dia tak setinggi ku
jd dia kata dh kenyang
..:: ish ish ish ::..
kalau ku la, kul 5 ptg masih kenyang, nnt kul 8 lapar balik dahh..

dalam kepenatan UJIAN yg bertimpa ini
ku bersyukur sbb
1-ku msh boleh jalan..klu ku xleh jalan cmne nk amek wuduk kat blok sblh??haa..??
2-ku ada moto..dpt la ku merempit dgn mudah utk membeli mknn
3- etc..yg terlalu byk utk ku ceritakan

balik je dari membeli mknn
ku pun decide nak mandi.. nnt dah malam ku cuak plak nak ke blok sblh
jd ku pun menyangdang beg galas kat belakang
berisi peralatan mandi

elok2 je ku sampai kat blok sblh tu
hujan mencurah-curah ke ladang gandum
hadooooiii..
cmne pulak ku nak redah hujan lepas mandi nnt??
UJIAN KEENAM utk ku hari ni
spt biasa, ku mmg tak suka putus asa
jd ku mmg tak leh nk tunggu hujan teduh
pasal ku nak berbuka.. xkn nak minum air paip plak kat toilet tu..??
jd ku buka langkah seribu, berlari-lari "comel" ke blok ku..
hehehehe

akhirnya.. ku berada di depan laptop ni
selepas solat maghrib
sambil makan nasi paprik

alahaii.. Alhamdulillah..

hehehee
hadiah buat diri yg letih
di UJI BERTIMPA-TIMPA
hari ni..
(^_-)

Wednesday, December 2, 2009

Bahagiakan Diri Dengan SATU Istri (^_-)


Bahagiakan Diri dengan Satu Istri
buku tulisan
Cahyadi Takariawan
terbitan Era Intermedia




kpd yg tak nampak tu
aku tolong fokuskan
SATU-SATUNYA istri anda

"Bahagiakan Diri dengan Satu Istri"
special thanks kpd pemilik buku ni
yg namanya dirahsiakan sbb dia xnak kontroversi
kah kah kah
kontrovesi ker..??

aku tidak memiliki buku ni
jadi jgn cari aku kalau nak pinjam ye..
aku pinjam atas sbb
tajuknya yang menarik
satu lagi buku yg aku teringin nak baca
tp xdpat cari sape yg ada
ialah buku "miang-miang lelaki biar berisi"
hahaha mcm tu kot bunyi tajuknya

ape yg menarik ttg buku pak cah ni??

1- ulasannya yang santai.. pak cah bercerita seolah-olah mmg mcm dia tgh berinteraksi dgn kita.. bahasa indonesia mmg kadang2 kita tak faham, tp dijelaskan dgn mudah supaya kita faham dgn baik

2- hujah2 pak cah mmg cukup baik.. layaknya org yg menjadi konsultan rumah tangga..pasti byk jumpe kerenah2 org.. jadi hujahnya mmg cukup manthoooooppp..

3- isinya yang disusun dgn baik dan teratur..

****************************************
SESI 1- MELIHAT SISI LAIN PERNIKAHAN

* sisi negatif pernikahan
1-kesulitan memperoleh penghasilan yg halal
2-tidak menuanikan kewajipan kpd keluarga
3-bisa menjauhkan seseorang dari mengingati Allah
*lalu menikah atau tidak?
*ternyata mereka tidak menikah!
*di jalan Allah mereka membujang (part ni disenaraikan ulama' besar yg tak berkahwin)
*lalu bagaimanakah anda akan tegar melakukan poligami?
*monogami adalah Sunah Nabi

SESI 2- MENJADI DIRI SENDIRI

*ada yg layak dipersoalkan
*jangan latah (part ni hujah2 yg best dikemukakan..fuhhh..best baca ni..)
1-bukan sekadar 'kerana boleh'
2-mitos Sang Pemberani dan Sang Penakut
3-adil bisa dilihat dari satu istri
4-RB @ Ribet Banget
5-Daripada ZINA? Astarghfirullah!
6-menambah lancar rezeki? Alhamdulillah
7- jodoh adalah takdir
8- pertimbangkan masak-masak
*Anda bukanlah org lain

SESI 3- INDAHNYA MEMILIKI SATU ISTRI



SESI 4- JAGALAH DIRI, TAK PERLU POLOGAMI

SESI 5- LIHATLAH CINTA BARU ANDA

(P/S: sila beli/pinjam kalau nak tau lebih lanjut..)

*****************************

jagalah istri, janga kau sakiti
sayangi istri amanah ilahi

bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih
bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi

bila suami berpoligami
dakwah akan terbebani
demarketing menjadi-jadi
dakwah bisa dibenci

jagalah istri, jangan khianati
jagalah diri, tak perlu poligami

(p/s: sila ikut nada lagu "jagalah hati")

**************************
mmg asal2 (b4 bc buku ni) aku lihat
bahawa MONOGAMI adalah sunah
sbb Rasulullah saw berkahwin hanya dgn Saidatina Khadijah
sehinggalah isteri kesayangan baginda meniggal dunia
itu pun umur baginda lebih 40 tahun
baginda kahwin umur bape?? 25 tahun kan?
so, lebih 15 tahun perkahwinan baginda adalah MONOGAMI
poligami adalah sunah bukan alasan yg tepat..
sgt2 tidak tepat.. sila jgn bermain-main dgn perkara agama sekiranya anda tidak mengetahui..
aku tak ckp tak benar ye.. cuma tak tepat..

personally
sape yg merancang nak bertunang tu
sila consider buku ini sbg hantaran tunang anda..
erk, aku tujukan kpd saudari2 ye..
saudara2 sila bersedia membaca buku ini..
(^_-)

pesanan terakhir..
aku belum lagi "dekat2 nak kahwin ye.."
sila jgn salah faham niat aku membaca buku ni
ia semata-mata kerana tajuknya yg menarik
aku belum mempunyai calon lagi
so, aku pun xtau sape la y nanti akan terima buku ni daripada aku
hehehehee
aku beli khas sbg hantaran tunang..
waaaahhh yeke..??
ntahhh...
..:: xtau xtau xtau ::..

aku serahkan hidup matiku kpd Allah

~~Wallahu'alam~~

MALAM KASIH GHAZALI 09

majlis ini utk pengetahuan,
diadakan bersempena dgn pelancaran Tabung Dr Ghazali Abd Rahman
dana yang diperoleh bertujuan
menyokong, dan sbg galakan kpd aktiviti pendidikan bg pelajar FST
(^_-)
p/s: ringkas dan padat aku copy dari buku comel y aku dpt malam tuuu..

..hahahaha..
thanks to Dr Haja sbb kasi aku tumpang Merz dia..
huhuuu
hujan woo.. xkan nak merempit pulak..


buku comel dan kad jemputan hak milik prof othman

thanks to Prof Othman Ross sbb byr kerusi y ku duduk tu
hehehee
Prof tak hadir, then dorang suruh En RJ pergi
pastu En RJ la yg bertanggungjawab
memaksa aku pergi..
adehhh..
x pasal je..
heheheeheeee...
aku mana la reti majlis2 mcm ni..
aku ni org kampung ye..
duduk kat klang
bkn bandar klang ye..
kampung2 area2 banting sana..
so, x terbiasa la pulak makan beradap mcm gini..
hehehehee..


set makanan kami
hahahaha
agak kaku aku melihatnya


makan chinese style yer kawan2


rama2 kat munge telur y kami dpt
tp telur tu coklat sbnrnya
ada rasa kopi y pekat di tgh2 coklat tu


menu malam tersebut
chinese tea y rasa mcm teh O kosong
hehehehee


first dish
liiiiciiinnn
tinggal dedaun hiasan je tuh


3rd dish-ikan dinasour..hehehe..
2nd dish ayam tak silap
aku tak amek gmbr
pasal mamat waiter hemsem ni xde
..hehehe..
xde mknanya.. aku dok leka makan daaa


4th dish-udang goreng tepung kot
masin giler.. hehehee..
Dr Haja makan sampai 4 ekor..
hehehehe..


5th dish-sayur campur yg sedap
Dr Haja ckp time sayur ni org akan slow sikit
eleeehhh
licin je pinggan tuu


6th dish-nasi goreng pelik
hahahaaa
lagi pelik pasal makan dlm mangkuk
nasib bek tak kena guna garfu


pencuci mulut
dihidangkan dgn Honey Dew bersusu
yg berbau sedap, tp aku tak berdaya nak telan..
aku tak minum susu ye..!! sila ambil perhatian di sini..

pendek kata
kalau letak ikan paus kat atas meja ktrg pon
sure habis ktrg bedal
hahahahaa
mklumla, kami tak suka membazir
kan amalan syaitan
hehehehehehee

tidak Allah jadikan sesuatu dgn sia2
bahkan segala pengalaman hidup adalah kenangan manis
walaupun perit
ia tetap manis
kerana ia takkan berulang lagi
kenangan ini
aku jadikan satu lagi pengajaran yg bermakna

1- bertawakal kpd Allah dalam ape jua keadaan lagi2 bila tersepit antara dua pilihan yang akhirnya menjadikan kita mcm xde pilihan langsung

2- benar2 bertawakal dn ingati jnji Allah-Dia adlh penolong org y beriman

3- menjalin hubungan baik dgn supervisor anda.. hahahaa.. kan Dr Haja kn..?? - Dr, sekiranya anda membaca blog ini, sila simpan tawaran anda itu sehingga bulan 8 tahun depan ye..hehehehee..

4- meningkatkan sklill interaksi anda lebih2 dgn org yg jaaauh lebih dewasa dan org2 yg berkedudukan tinggi berbanding dgn diri kita..

5- byk laaagi.. tp rahsia naa..hehehee.. "berjalan, melihat mentafsir" tp sentiasa mentafsir dari perspektif yg brbeza.. see things differently.. (^_-)

..:: Wallahu'alam ::..

Sunday, November 22, 2009

My Working Place

to those who still wondering
what am i doing now
where do i work
what am i doing here in UKM
leaving my parents all alone in Klang

here
some picture for you
to have a look
and
to answer all your question

UKMB fern herbarium
looking at the specimen
poyo je tuu.. berlakon..


my corner @ my working place
learning to identify fern of endau-rompin correctly

the Lindsaya on the table..
nearly giving up
i do not have any idea of the species..
..:: Ooohhh ::..

Saturday, November 21, 2009

Strawberi dari BUAH HATI (^_-)



SAYA SAYANG BUAH HATI SAYA
"cinta pertama saya"

Demi Allah
cinta yg saya tak sanggup kehilangan
cinta yg bertaut semakin kukuh
tp saya mengerti
demi cinta ini
saya harus berkorban
lalu saya relakan kamu pergi
dan menjadi buah hati
kpd hati yang lain
tetapi
saya masih menyimpan cinta ini
dan menyayangi semampu saya

"cinta pertama" saya,
kembalilah ke pangkuan saya
bila kamu mahu
kerana saya masih di sini
memerhati kamu
dari jauh

saya juga akan menyayangi
"cinta kedua" saya
seperti mana saya menyayangi
kamu, wahai "cinta pertama" saya

~~cinta dalam dakwah~~

mahu saja saya menyimpan strawberi ini
kerana terlalu menyayangi kamu
namun
hanya gambar yg dapat saya potretkan
sbg kenangan
saya dan kamu

wahai "cinta pertama"
ketahuilah dari jauh
saya melepaskan kamu
kerana terlalu menyayangi kamu
(^_-)

p/s: sesiapa yg tak tahu siapa cinta pertama saya, sila jgn slah anggap..
saya tlh nyatakan di atas
ia adalah
~~CINTA DALAM DAKWAH~~


Thursday, November 5, 2009

TEMPERATURE REGULATION??

Salam'alayk..
(^_-)
tajuk entri ni mcm pelik kan??
apekah dia temperature regulation??

The temperature of the body is regulated by neural feedback mechanisms which operate primarily through the hypothalmus.

bila kita panas, ini yg akan berlaku
Under control of these mechanisms, sweating begins almost precisely at a skin temperature of 37°C and increases rapidly as the skin temperature rises above this value. The heat production of the body under these conditions remains almost constant as the skin temperature rises.

bila sejuk, ni pulak yg berlaku
  • Vasoconstriction to decrease the flow of heat to the skin.
  • Cessation of sweating.
  • Shivering to increase heat production in the muscles.
  • Secretion of norepinephrine, epinephrine, and thyroxine to increase heat production
ape hal ko cite pasal ni Liza??
haaaa..
biasala aku dgn rumet aku ni
since kami dok paras 3
aku selamber je buka tingkap luas-luas malam2..
relex laa..
ada jgk org tanya
"Liza, kalau tiba2 ada org dtg jual nasi lemak tepi tingkap ko malam2 camne??"
eleeehhh..
"aku ckp la, sy diet.. bilik sblh tu dorang kuat makan.. (^_-)"
p/s: bilik sblh aku kosong maaa.. mana ada org.. hahahaa..

sejak sehari sblm exam terakhir aku
which is pada 4/11/2009 - Rabu
aku study sampai lewat malam
a.k.a STUDY SAMPAI LEBAM (mata lebam wooo..hehhee..)
tiba2 aku rasa ada angin semacam yg sejuk
sampai menyelinap ke tulang
(p/s: nk kata aku kurus,xla kurus mana pun..)
kesejukannya terlalu amat melampau
sampai aku SHIVERING
tp nya rumet aku bukan main selamber je..
aku siap pakai 2 sweater pun masih SHIVERING
pakai stoking lagi
masih tak berhenti..

mujur masa exam kat bilik seminar tu
air cond agak kurang berfungsi
jadi aku lega sikit
tak la SHIVERING
but then lepas tu
aku pi mengadap ke bawah duli supervisor aku
minta titah perintah setelah lama aku bertapa
masuk je bilik dia
aku jadi pucat sikit, menggigil gile, jantung ak pun rasa mcm kecut dahh..hehehe..

lepas tu aku pun cepat2 MEREMPIT
aku pi PUSAT KESIHATAN UKM
tukar inhealer aku yg expired dan buat check up terus
tgh2 panas terik tu,
aku masih SHIVERING bila kena angin sbb MEREMPIT LAJU
alaaa.. mana la laju sgt pon..
Dr cakap, sume ok.. tak lelah..
cuma body regulation tak betul..
aku tanya camne nk betulkan??
dia diam je..
Alahai.. Dr bagi aku Panadol je weeehhh..

sehingga hari ni
saat aku menulis ni
aku akan SHIVERING
bila aku rasa sejuk, walaupun bukan sejuk yg melampau pun..
xtau la camne..
yg pasti mama dgn papa tak tau
(^_-)
sape2 ckp dgn mama papa aku, siaplaaaaa..
..hehehee..

Monday, October 26, 2009

Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau Rompin (edisi 2)




EDISI 2

"budak baik" menjelaskan dgn lebih terang
watak-watak utama
sepanjang SCENE Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau-Rompin ni ye

1- Kak Norsiah
(stdnt PhD Dr Wan Ju sekaligus merangkap ketua rombongan)
2- Akmar
(G.R.A Dr Wan Ju sekaligus merupakan kawan "budah baik")
3- "budak baik"
(datang ke endau-rompin atas arahan Dr Haja Maideen utk kutip FERN)
4- Azmil
(R.A. Dr Wan Ju- memang suka menjadi "kambing hitam")
5- Pel
(org asli yg membantu kak Norsiah-tua dah..)
6- Apai
(org asli yg bantu kak Norsiah- umur ada la dlm 18 kot)
7- En Jamal
(pemandu UKM, memandu Ford Everest)
8- En Jamil
(pemandu Bas persiaran- Van sbnrnya..)

pada malam tu "budak baik" pelik sbb kak Norsiah minta Yasin
"budak baik" mmg bawak ma'thurat yg ada yasin sekali tu
kak Norsiah dan Akmar dok baca yasin sblm tido pd mlm tuu..
"budak baik" dah pelik.. Aik??
ditanya la kenape dua-dua bc Yasin??
dorang jawab "esokkan nak mula kerje"
oh, kena ke bc Yasin ??
(p/s: baca laaaa.. x salah pun..)

esoknya pagi-pagi sume ahli bilik dah bangun
waaaaaa... semangat nih..
pagi tu breakfast la..
Akmar dan "budak baik" share makan lontong..
bila on the way nak masuk ke taman negeri
masing2 pening teramat
jalan yg mcm ular kena pukul
dgn van yang laju
membuak-buak loya Si Akmar tuu..

sblm mendaki
kami diarahkan untuk tunggu ranjer-ranjer JBTN HUTAN
maka menunggu lah kami di pintu masuk taman negeri tuu..
sempat la amek gambar
hahahahahahaa
hobi "budak baik" yg dah lama tak diasah..




..:: lamanya tak asah skill fotografi ::..

1st day mendaki
mmg sakit woo..
putus semua urat (^_-)
kami panjat ada la sampai ke altitude 300 m lebih
plot ke-5 Kak Norsiah..

..:: Akmar yg poyo.. pancit2 pun nak posing ::..
..:: tudung biru tu Kak Norsiah ::..


tengah hari kami makan nasi lemak dan bihun yg dah dibungkus pagi tadi
sume2 tu bungkus dalam plastik je
so, nak makan kena ada skill
caranya:
1- masukkan sambal dalam plastik
2- pegang hujung plastik tu, tutup rapat2
3- goncangkan secukup rasa..
(agak2 sebati sambal, kacang, ikan bilis dgn nasi)
4- kepal2 la dalam plastik
5- Ngaaapp..!!


hari pertama tu
"budak baik" belajar byk benda
1- collecting speciments, label etc
2- measuring coordinate x,y to determine location of the labelled tree

kesakitan kaki "budak baik" merisaukannya
dalam perjalanan turun, ibu jari kakinya semakin sakit
perjalanan turun yg sangat curam
maklumla, naik pun cm nak tercabut nyawa..

turun dari plot,
dah sampai ke Kem
kami kena masak pulak..
sangat penat yg tak terkata
agaknya mcm ni la ISTERI-ISTERI rasa
bila balik penat-penat
kena masak pulak..
tak sempat nak relex langsung..
yeke Kak Norsiah..?? ooohhh..
patut mcm dah biasa je..
..:: hehhheee ::..

maklum la "budak baik" org bujang yg single mingle
mana tau..
(^_-)

Friday, October 23, 2009

Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau Rompin (edisi 1)

Al-Kisaaaaahh
tersebut lah kisah
seorang "budak baik"
menyimpan rindu yang teramat sangat
setelah lebih 6 bulan
tak menjejakkan kaki ke hutan

Akhirnya, pada hari Ahad lalu
(18 oktober 2009)
"budak baik" ni pun bertolak la ke Endau Rompin
Alang-alang lama tak masuk hutan
"budak baik" ni bertapa di sana selama seminggu woo..

ikuti catatan Al-Kisah turun naik Taman Negeri Endau Rompin
versi seminggu perjalanan
..heheheehe..
itu pon kalau "budak baik" ni rajin menaip laaaa

..:: Edisi 1 ::..

kita mulakan cerita al-kisah "budak baik" ni
sebenarnya, "budak baik" ni ada byk kerje
(p/s: khabarnya laaa.. 'perasan' bz je selalunya..)
hari jumaat, "budak baik" ni dah pun submit 1 daripada kerjanya.. kira lega la sikit hati dia..
hari sabtu malam pulak dia menjadi volunteer MAN '09
dia la driver yg kekejangan kaki tuu..
itu serangan kedua berturut-turut
setelah semalamnya dia kejang juga..
serangan kedua ni lebih dahsyat, dan kesakitannya lebih lama
kejang pulak semakin merebak sehingga separuh kaki
"budak baik" ni dah mula risau, sebab takut kejang masa panjat Endau Rompin nanti..
tapi "budak baik" ni percaya pada Allah..
Allah kan dah janji dalam surah 47: 7 dan 11
pegang saja pada janji Allah.. (^_-)
keesoka harinya "budak baik" meneruskan pula programnya
iaitu Daurah Amal Jama'ie

tergesa-gesa pulang daripada daurah tu
(p/s: "budak baik" ni ikut daurah separuh hari je)
budak baik ni drive kereta Naqibah kesayangnnya
(p/s: masih perasan kaki sihat walaupun jalan mcm org dalam pantang..)
bila dah sampai time untuk berangkat ke Endau Rompin,
naqibah kesayangan "budak baik" ni pon datang ke biliknya
untuk menghantarnya ke Bangunan Bio UKM
sebelum di hantarnya "budak baik" ni
di urutkan dulu kakinya yang sebelah tu.. sebelah je sempat..
maka terjerit-jeritlah "budak baik" ni kerana kesakitan yang teramat sgt..
(p/s: elehhh.. kata la tak tahan sakit.. hehehee.. mmg sakit pon!!)

maka bermula lah Musafir si "budak baik" ke Endau Rompin selama seminggu
di sms nya mcm2 org supaya mendoakan keselamatannya
di telefonnya mama untuk bg report
al-maklumlaaa, nak berlepas ke tempat org..
Ahli rombongan ada 8 orang termasuk dua driver
mereka menggunakan kenderaan Ford Everest UKM dan Bas persiaran (van sbnrnya)
ketua rombongan ialah Kak Norsiah
student PhD Dr Wan Juliana
yang melakukan kajian di sana
bila duduk je dalam van
"budak baik" ni dah mula pening..
ntah ape la air-freshener yg pakcik tu bubuh
maka dalam loya yang teramat, "budak baik" ni cuba juga menahan diri
dia berpura-pura tido dan tak tegok jalan bagi mengelakkan muntah
dipejamkan matanya rapat2, dicuba juga berborak-borak untuk melupakan bau yang kurang senang itu.. macam nak pengsan jugak menahan bau.. hehehee..

akhirnya "budak baik" pun sampai lah ke KEM BESTARI
tempat rombongan bertapa selama seminggu
punyalah tinggi kemuncup menyebabkan "budak baik" bukan berjalan, tp dok melompat2 elak kena kemuncup..
(p/s: ngada2 betul, geli kena kemuncup katanya.. hehehe..)
dalam kepenatan dan kepeningan yang teramat
"budak baik" meneruskan kerja memunggah barang
dan mengemas bilik tidur yang kurang bersih
punyalah penuh dgn najis cicak.. hehehee..
kawan "budak baik" pulak berhempas pulas mencuci tandas..

Akhirnya terlena lah "budak baik" dan kawannya berserta ketua rombongan di dalam bilik yang dikemaskan ala-ala kadar je..
maklumla, camping.. takkan nak cuci sampai berkilat kot..??
mereka lena sampailah ke pagi
menunggu hari yang menjanjikan lebih banyak pengalaman
"budak baik" punyalah cuak takut kejang di kaki bukit
maka di lumurkan "minyak panas" malam tu..
hahahaa.. Minyak cap kuda wooo..

~~ bersambung ~~

PASCA MALAM AMAL NUSANTARA '09 (MAN '09)



BISMILLAH
dgn nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

13 Oktober yang lalu
telah berbunyi semboyan jihad
bunyinya begini

"Assalamualaikum Mohon laluan KUKM membuat pengumuman.. ... Kepada semua akhawat adik2 akak. Semboyan jihad bergema lagi daripada Ketua Wanita JIM Daerah Hulu Langat, Mak Cik Misah Mubin. Mohon mana-mana akhawat para nuqabak atau cadangan adik2 usrah antum untuk menjadi volunteer bagi Malam Amal Nusantara. Untuk details sila rujuke-mail yang seterusnya mengenai MALAM AMAL NUSANTARA 2009.
Seramai 10 mujahidah diperlukan untuk:

1. Usherer (5 orang)
2. Pendaftaran (3 orang)
3. Menjaga gerai (2 orang)

Ini adalah peluang yang cukup baik untuk mengetengahkan diri para nuqabak dan adik-adik antum untuk berdiri bersama pak cik mak cik di barisan hadapan di medan, bagi mendepani isu masyarakat diperingkat global. Mungkin peluang keemasan yang tiada peluang keduanya.

Para mujahidah yang sanggup berjihad amfus (masa dan tenaga) sila balas e-mail ini atau hubungi terus akak, Rose (***-*******) , untuk menempah tempat anda. Duedate adalah pada hari Khamis jam 5 ptg. Kenderaan pergi dan balik akan disediakan.

Segala concern dan pengorbanan antum adik-adik yang akak sayang hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya."

setelah dihitung dan didarab juga ditolak dan bahagi
oleh Allah
total mujahidah yang berjaya diberi kekuatan
untuk melangkah ke MAN '09
seramai 7 orang..

1- Uda
2- Along
3- Nadrah
4- Wani
5- Syifa' CUCMS
6- Fit
7- liza-ixora (^_-)

serentak dgn MAN '09
di JB rupanya akhwat2 KUKM+KaDHL
berdepan dgn macam2 masalah
dalam berjaulah yang pasti mengeratkan lagi ukhuwah

tak lupa juga para volunteer MAN '09
yang juga berdepan masalah semasa pulang ke UKM
(p/s: yg naik kancil je.. yg naik kereta makcik Rohida ok je..)
sbb pemandu asalnya tiba2 kejang kaki kiri
kemudian merebak ke kedua-dua belah kaki
(p/s: pengalaman mmg memberi kenangan!!)


Di sini akak (kak rose) forwardkan ucapan penghargaan daripada Ketua Wanita JIM Daerah Hulu Langat, Mak Cik Hamisah Mubin (Chik Misah).
Salam,
Miss juga tak dapat dengar ucapan presiden dan pelancaran buku, tapi seronok jadi penyambut tetamu.
Terima kasih pada adik-adik karisma uniten dan ukm, meramaikan ajk penyambut tetamu dan memudahkan para tetamu sampai kemeja masing-masing.
Tapi kesian juga ada sorang yang puasa buka dengan air kosong until 9.45 apabila dapat masuk dewan dan makan. Anak ana yang selalunya tak nak kemana-mana sebab nak baca buku utk SPM, ikut serta dan seronok jadi penyambut tetamu dapat jumpa banyak pakcik dan makcik JIM.
Terima kasih pada YDP dan AJKJDHL yang bersama sama malam tadi, termasuk su wanita Rohida walaupun beliau sepatutnya mengiringi suami sebagai tetamu majlis.Seronokkan beramal jama'e!
Kak Misah

.:: dapat tengok MIRWANA dari jarak dekat woo ::..


kesemua penyambut tetamu
(p/s: warna tema patutnya hijau,
tp maklumat ckp biru.. waaa..silap dah..)