CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 28, 2009

Convocation ~~ Part 2 ~~


r

sila tutup sekiranya
anda tak berminat dengan
gambar2 org yg excited konvo
..:: heheheeee ::..
p/s: blog aku, suka aku la nak letak ape pun..
(^_-)


abang xdpt cuti masa aku konvo
sedihhhh :(


******************************************
kenangan indah bersama
menuntut ilmu ALLAH
yang tak pernah bertepi

aku atau kamu
masing-masing punya misi tersendiri
misi diciptakan dan dicampakkan
untuk hidup di BUMI ALLAH

perjalanan aku telah sampai ke SINI
perjalanan kamu juga
bagi kamu yang belum sampai
kamu pasti akan sampai jua
pada masa yang ALLAH tetapkan
TERSENYUM puas seperti aku

untuk kamu semua
aku pohonkan MAAF
BERBANYAK2 MAAF
kerana aku bukan sempurna
aku terlalu banyak melakukan kesalahan
dalam perjalanan kita bersama

untuk kamu semua
doakan kita bersama
mampu MELAKSANAKAN MISI
hidup di bumi sementara ALLAH
untuk ke RUMAH ABADI..

********************************************

******************************************
COURSEMATE
B. Sc. (Hons) (Bio)


**********************************


************************************
"Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."
(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

"ALLAH menyatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan ORANG BERILMU yang menegakkan keadilan, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana"
(Al-Imran: 18)

merenung kejahilan diri
untuk apa AKU diciptakan
kenapa pula AKU dicampakkan di sini
ke mana lagi arah AKU selepas ini
(^_-)

Tuesday, August 18, 2009

Convocation ~~ Part 1 ~~


Special thanks
to Allah SWT
who made me a muslim
who gave me opportunity to gain a lil' bit of His knowledge

to My PAPA and MAMA
who raised me up
i know how hard is it to raised
a "not very good girl" like me..
soory pa and ma
i have nothing to give to you
sorry for always
put you into trouble

to My ABANG
u know how i want u to be here during my convo day
but u couldn't make it
like i always said
"we do love each other, but we seldom shows"
but we do love each other very much
kan kan kan..??

to My teachers..
All of them
including my primary school teacher
my secondary school
my Matriculation college
UKM especially..
u tought me a lot

I always ask for 3 things,
1- Maafkan segala kesilapan ku
2- Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada ku
3- Doakan kejayaan aku dunia dan akhirat

I always avoid this one thing,
"minta bagi markah lebih utk exam"
i don't deserve more than my effort..!!

to everyone
thank you all..

******************************************
thank you for the gift yesterday


thank you sarah for this chipmunk
love the purple roses..

thanks awin for this Rafflesia
Rafflesia norlizayatii
spesies yang hidup kat tepi katil aku je
endemik tuu..
..hehehee..

thanks to my USRATI..
adik2 usrah ku tersayang
belajar betul2 ye sayang..



thanks to Jannah
i love this bag
cute, nice, and simple
buat tesis dgn Dr Chong elok2 ye..
jgn ngorat Dr tu pulak.. (^_-)

semua hadiah yang aku terima semalam..
thanks to all..

thanks to Aisyah
i got this after taking all pictures above
..:: hehehe ::..

yang paling penting pada aku ialah ingatan
yang paling best ialah bergambar bersama-sama
yang paling diharapkan ialah doa untuk kejayaan dunia dan akhirat

Doa yang makbul ialah doa untuk saudaranya
di saat saudaranya itu tidak mengetahui
(^_-)

Sunday, August 16, 2009

Hampir-Hampir KEMALANGAN..!!

Dengan nama Alla yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang
ALHAMDULILLAH
kerana masih memberikan aku
peluang untuk menghirup udaraNya
setelah semalam
Dia izinkan aku Ber"mukhayyam"
bersama adik2 yang disayangi
setelah semalam
Dia izinkan aku
untuk masih selamat walaupun
2x hampir kemalangan
dalam hari yang sama

KES 1:
aku yang kelam kabut mengejar masa.. Jadi aku drive fast, but carefully.. Not very fast la.. tp yg mana boleh fast, aku tekan je la minyak.. tempat2 slow, aku slow laa.. aku kena kejar masa sbb aku kena beli barang utk mukhayyam, sedikit cenderamata untuk adik2.. Kem Komanden dah call tanya kat mana.. maksudnya aku lambat la tuu..

sedang aku memandu di bleakang kereta PROTON WAJA (p/s: aku tak suka kereta proton).. WAJA yang "bertuah" tu himpit ke kiri untuk parking belakang kereta2 lain yang pemandunya "PANDAI2 SANGAT"..
p/s: dOrang yang "BIJAK2" ni la yang berjaya menyempitkan lagi jalan 2 line lalu menjadi satu line.. memang "MENYENANG" orang betul.. aku memang "SUKA" perangai mcm tuu.. Memang patut "AMALKAN SELALU"

nak dijadikan cerita, WAJA "bertuah" tu dah himpit kiri utk parking, maka aku amek la line kanan, pasal memang xleh lalu line kiri tu.. tiba2 "MANGKUK" yang memandu WAJA "bertuah" tu keluar dari parking dia tu tanpa tengok aku yg dah ada kat sebelah dia.. aku yang terkejut pun mengelak ke kanan sikit (p/s: kalau x, mmg kena hentam dah KERETA KANCIL KAK SALWA) tapi nak elak jauh pun xleh sbb kat bahu jalan belah kanan tu ada Van..

pergh.. sikit lagi nak kena hentam kereta Kancil yg aku bawak tuu.. org yg ada kat sekeliling sume tengok.. tp aku tak sure la dorang tengok aku ke tengok "MANGKUK" dalam kereta WAJA "bertuah" tuu.. aku yang nak kejar masa sbb takut kena marah dgn Kem Komanden pun berlalu tanpa "BERBORAK" org tu.. xpela, xde masa.. tp kalau ada masa, nk jugak aku berkenalan dgn "MANGKUK" tu.. side mirror yg PROTON letak kat tepi kereta tu buat hiasan je ke...?? Mata ALLAH bg tu mmg kena pandang depan je ke..?? Xpon nak request mata lagi 2 letak kat belakang..??

KES 2:
Kali ni aku tak kejar masa tapi yg ni masa dah habis mukhayyam.. jadi aku bawak kereta Satria yang sarat dengan barang2 adik2.. Aku pun drive je la mcm biasa Follow kereta Kancil yang hampir kemalangan tadi.. tp kali ni kancil tu di bawa oleh Cik kem Komanden.. Aku drive la dgn selambernya.. biasala.. xkan nk drive dgn cuak pulak.. tengah aku nak tekan minyak utk tukar gear 3 ke gear 4, ada pulak satu kereta HONDA CIVIC (p/s: aku lagi suka toyota..) lintas dan terus masuk ke line aku.. Berape Punya "SENGAL" daaaaa... aku tengah laju kot.. kang aku brek mengejut, org belakang "KISS" kereta yg aku bawak ni pulak..

nak tak nak, aku ke kiri sikit (p/s: nasib bahu jalan dia ada la ruang sikit2 walaupun tanahnya tak la rata sangat).. aku potong balik kereta HONDA CIVIC tuuu.. hahahahaa.. Padan Muka.. Sape suruh potong aku tiba2..?? Pastu boleh pulak "MELEMBAPKAN" kenderaan depan aku.. bajet aku yg tengah laju ni rajin sgt nak tekan brek secara mengejut la.. kang kereta belakang "KISS" kereta aku bawak ni, sape nk jawab..??

nasib baik aku tak buat jahat, potong depan dia pastu tekan brek.. biar dia pulak rasa kena brek mengejut..

JALAN RAYA MILIK SEMUA
semua org berhak menggunakannya
tapi
aku mahu pun sesiapa saja
kena gunakan sebaiknya
kadang2 kita tak perasan yang tindakan kita
mengundang bahaya kepada orang lain

bila kejadian semalam terjadi
aku berfikir
"mungkin kah sebelum2 ni aku ada drive secara merbahaya dan menyusahkan org lain"
memang la ada
sbb masa dulu2 aku tak mahir bawak kereta
dan
selalu bila merempit
naik moto sorang-sorang
aku selalu "PERASAN"
mcm ada 10 nyawa
bawak tak ingat dunia
p/s: akhirat lagi la tak ingat
sebab selalu sampai cepat..

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
KDG2 KERANA KESILAPAN ORG LAIN
DGN KITA PUN TERBABIT SAMA
BIASA LA TUUU...
sbb tu kena berhati2 selalu..

DRIVE CAREFULL
AND TAWAKAL TO ALLAH..!!

Monday, August 10, 2009

PRAKTIS KONVO ~~ hehehehe..






aku yang tak sabar nak konvo
aku masih menanti
konvo kali pertama aku
mungkinkah kali terakhir??

doaku
semoga Allah permudahkan segala urusan hari itu
semoga Allah berikan kesihatan buat mama dan papa
untuk menghadiri majlis sebenar
melihat riak2 kegembiraan
hasil didikan mereka selama ini
semoga Allah memberkati segala ilmu yang aku pelajari
"DARIPADA MASYARAKAT AKU DATANG
KEPADA MASYARAKAT AKU KEMBALI"

KALAU BUKAN AKU, SIAPA LAGI??
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI??

(^_-)

kawan2 dan semua kenalan..
meh la datang hari konvo aku yer..
kita jumpe dan bergambar
18 Ogos 2009
1.30pm - 5.00pm
so, kita jumpe kul 5.00pm luar DECTAR...
..:: hehehehe ::..


Wednesday, August 5, 2009

..:: Buat kedua kalinya ::..

dalam hidup
peluang keemasan
kadang- kadang datang sekali
p/s: sebab EMAS mahal kot..

tapi
nasib baik ALLAH tak jadikan
pahalanya
semahal itu
sampai kena tunggu sekali sekala baru nak dapat

untuk kali keduanya
aku berjaya derma darah
hahahaha

dengan BERLAGAK nya
aku berjalan ke FSSK semalam
dgn buku kecik kale merah di tangan
menandakan
"I AM NOT THE FIRST TIMER"
hehehee

sebenarnya nak bebangga dgn diri sendiri
yg berjaya melawan rasa takut
terhadap JARUM
sejak pertama kali menderma darah
p/s: tp cuak tu masih ada laaaa..
bila dah cuak, aku pon buat lawak sengal kat nurse yg nak cucuk aku tu..
tp since nurse tu penat keje dari pagi
dia tak gelak pon..
xpela, aku gelak sorang pon ok..
(^_-)

yg paling best
MITOS ORANG2 YG SUKA BERALASAN
bahawa menderma darah akan meningkatkan berat badan
adalah SALAH ...!!!
berat badan aku sama je mcm dulu
p/s: turun 2.5 kg dlm masa sebulan nih
aisey.. tension byk kerje la ni..
padahal makan mcm la ada HANTU dok bertapa dalam perut
berat terkini: 46 kg
p/s: bila tau berat dah jadi 46, tiba2 terasa mcm nak melayang bila bas lalu kat sebelah.. hahahaha... bajet ringan la sangat..

akhirnya
aku yang selama ni memegang title
"pemandu motosikal tegar UKM"
memberi title baru pada diri aku
p/s: title berbentuk azam disertai istiqamah hendaknya
iaitu
"penderma darah tegar"

aku menang betting dgn mama
dulu mama tak bg derma darah seyhh..
ktrg wat perjanjian la
if ade ape2 yg buruk berlaku selepas aku derma darah
aku tak dibenarkan derma darah lagi
kalau xde ape
suka hati aku la nak buat ape dgn darah aku
hahahahaha
p/s: dengan bangganya aku call mama semalam ckp aku derma darah lagi..
mama tanya aku sakit ke tak??
aku kata 10X cucuk lagi pon BOLEH
mama tanya lagi penat ke tak??
aku kata amek 10 plastik lagi pon bolehh
padahal kepala aku dah kepeningan sikit dah masa tuu..

sesape yg belom derma darah
walaupun anda berkelayakan
anda terlalu rugi
..:: hehehe ::..

(^_-)
HEPINYA DAH BERJAYA DERMA DARAH LAGI
WAITING FOR NOVEMBER
UNTUK DERMA LAGI

Sunday, August 2, 2009

Himpunan AMAN mansuhkan ISA

video

original video and more [here]

penahanan orang yang membawa t-shirt atau memakai ape2 saje yg menunjukkn anti ISA
sejak bila pulak semua benda yg kita nak pakai hatta ape kita nak bawak dalam beg kena report kat polis??

penahanan orang tua sedangkan ada org muda yang nak menyerah diri
kenape org tua jugak jadi pilihan??

penahanan orang yang nak solat kat masjid
sejak bila pula org yg nak solat pun kena minta kebenaran polis??

..:: aku masih pening ::..
ntah2 satu hari nanti aku pun kena tahan
tanpa ape2 sebab
hmmmm

Saturday, August 1, 2009

MANSUHKAN ISA..!!

Bila 1 Malaysia...
Desak bebaskan tahanan ISA
Desak mansuhkan ISA
Desak tutup Kem Kamunting

Rakyat didahulukan dengan...
Tangkapan pejuangnya
Gas pemedih mata
Air berasid
Belantan dan perisainya

Oleh itu, pencapaian.. .
Jumlah tahanan
Ketakutan rakyat jelata
Kerakusan politik pemerintah
Diutamakan

Sebagai rakyat Malaysia
Baru ku tahu ertinya
1 Malaysia
Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan


A VERY NICE SHARING FROM SOMEONE,
WHOM I DIDN'T KNOW
P/S: TAK KENAL LA..HEHEHE..
<<>>

P/S: a nice sharing shouldn't be kept, so i'm sharing it here..

Himpunan AMAN mansuhkan ISA


..:: Ratusan ribu manusia yang membanjiri himpunan ::..
p/s: kenapa aku jugak yg ada kat keris mas bergelumang dengan kerje
haaadooii
kenape la due datenya hari isnin
minggu2 bizi aku :(

..:: Benteng manusia ::..

..:: muka bangga pakcik nih ::..
p/s: maklum la, ada org amek gambar
huhuuu

..:: tak ubah mcm kereta kebal israel la pulak ::..

..:: berlari menyelamatkan diri dari gas pemedih mata ::..
p/s: dengar cerita mmg pedih



..:: kejamnya ::..
p/s: satu lawan dua, mana aci..
yg satu ni pun dah sakit2 dek gas pemedih mata
"encik polis, encik polis.. mata encik tak pedih ke..??"



..:: sape lagi kejam?? ::..
p/s: ni yg aku konpius.. sape yg kejam sbnrnya ek..??
bak kata lecturer aku;
by obligating the law, we are actually giving permission to the authority to do this to us
kita xleh pukul dorang sbb nnt kena tangkap,
tp dorang bebas nak pukul kita sbb nak tangkap kita yg tak bersalah
hmmmmm..
moralnya: pilih pemimpin yg baik, sbb dorang yg terlibat dlm buat undang2
..:: yg ni aku pelik sikit ::..
p/s: dengar cite belum start himpunan dah kena tangkap
mana aci..

KEKALKAN ISA??
..:: tolong la pakcik, belom rasa belom tau ::..
p/s: cuba la sekali sekala jadi tawanan tanpa sebab kat KEM KAMUNTING tuu..
more pic [click here]