CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

BE DIFFERENT

BE DIFFERENT..!!
SEE THINGS DIFFERENTLY..!!
WORK DIFFERENTLY..!!




ini yang diperkatakan oleh naqibah aku.. kita kena berubah.. kena nampak berbeza dari org lain, sbb kita mmg berbeza pun.. ape yg beza?? bezanya kita lakukan semuanya kerana Allah.. Allah sentiasa di hati kita.. (InsyaAllah..).. kata nk jadi da'ie, kalau org buat salah, xkan da'ie pon nak kena buat salah jugak kan..?? betul la tu kak Saibah.. mmg kena jadi different..

aku hampir sama je dgn org lain..aku dengar jugak lagu2 rock..hehehe.. suka hati aku la kan..?? dengar je la..tp ak tak expect ape2 dari lagu tuu.. cuma ada dua lagu yg mempunyai genre yg berbeza yg aku dengar dulu2.. satu lagu tu sepatutnya aku rasa ialah lagu nasyid, dan aku expect yg baik2 dari liriknya..tp?? ak tak perasan yg baik sgt laaa.. yg satu lagi lagu omputeh.. mcm biasa, ak tak expect ape2 la.. nama pon, lagu omputeh kan..tp?? ia mcm ada mesej yg baik la pulakkk..

meh kita tengok sama2 dua lagu yg aku maksudkan.. p/s: lagu nasyid ni kalo korang suka, terpulangla sbb aku tak nafikan arrangement muzik dia mmg bagus..cuma lirik dia tuuu mcm byk kekurangan bg pendapat aku yg kurang bijak lagi hina dan selalu buat silap ni..terpulang pd penilaian korang sendiri laaa.. sbb aku dan korang adalah different..!! hahaha.. hati lain2, otak lain2, dan kubur pun lain2..huh.. 'aku dah sedia nk jadi jenazah ke belum ni..??'

CINTA TERAKHIR - BY ?? (korang teka sendiri la ye..)

kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

kau ayu dimataku
satu antara seribu
tiada tara di dunia

mungkin kan terputus di tengah jalan
mungkin kan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan Tuhan

masa 1st time aku dengar lagu ni, aku dah senyum2 dahh.. mcm ada yg tak kena je dgn lagu ni..tp ak cuba jugak hayati liriknya.. Wow..rangkap pertama aku rasa best sangat.. rasa mcm ditujukan utk CINTA teragung kita..best je aku dengar.. tp bila masuk ke rangkap kedua.. aku dah senyum dah.. dalam hati aku: "Aku dah agak dah lagu ni mmg ada yg tak kena..".. kdg2 ada lagu cinta yg mempunyai DOUBLE MEANING..tp lagu ni xleh nak buat DOUBLE MEANING pasal ada perkataan ini "AYU".. kita refer Allah sbg "AYU" ke?? x kan..?? jadi ia mmg bukan ditujukan kepada KEKASIH TERAGUNG.. tp ditujukan kpd seorang perempuan..jadi kita lihat balik rangkap pertama dan kedua setelah tertipu dengan rangkap pertama td.. kali ni kita lihat dalam konteks seorang lelaki menyanyikan lagu ni utk kekasihnya.. p/s: wanita yg "AYU" itu..

kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

"Apakah dia (manusia itu) mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya?"
 (Al-Balad 90: 5)
lu pikir la sendiri ye..bahawasanya si lelaki tadi lupa bahawa Allah Maha berkuasa..tengok balik perkataan yg digunakan "tiada apa".. "apa" merujuk kepada apa2.. kucing, pokok, burung, ape2 je laa termasuk Allah.. lain kalau dia guna "tiada siapa".. "siapa" merujuk org, manusia.. jadi Allah tak termasuk dalam kata siapa..

kau ayu dimataku
satu antara seribu
tiada tara di dunia

di sini aku tak berminat komen banyak laa..hahaha.. cuma nmpaknya lelaki yg tadinya lupa bahawa Allah Maha berkuasa tadi tiba2 dah diberi nikmat syurga di dunia oleh Allah.. Wauuu.. dia jumpe bidadari daa... "AYU" giler sampai xde tara di dunia.. 
kalau dia guna kata "tiada sama" aku accept la sbb sume manusia tu bbeza.. tp "tiada tara" mmg melampau laaa.. dia jumpe puteri bunian kot.. hahaha..

mungkin kan terputus di tengah jalan
mungkin kan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan Tuhan

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang hak dan sesungguhnya, Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
(Al-Hajj 22: 6)
ni yg buat aku senyum lebar masa dengar lagu ni..Haaaaaiii la manusia.. mula2 lupakan Allah, tp bila susah baru nak serah pada takdir..baru la sedar segalanya ketentuan Tuhan..aku xde ape lagi nak cakap dahh..
tp kalau ada seorang lelaki yg tujukan lagu ni kepada anda wahai wanita2 kononnya sbg tanda dia cinta pd kamu, maka berpalinglah dan katakan pdnya bertaubatlah..
JANGAN JADI CINTA PERTAMA SEORANG LELAKI..!! 
TEMPAT ITU MILIK ALLAH SEMATA-MATA..

**********************************************************

LOVE STORY - BY TAYLOR SWIFT

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you

OKEH.. pertama sekali ingat bahawa aku tak berminat nak kata omputeh ni lagi bagus ye.. tp kebenaran perlu diterima dari pelbagai sumber pun tanpa tgk sape.. asalkan ia benar, kita akui.. tengok baik2 lirik tadi.. aku cerita kan semula la ye..

ia ttg seorang perempuan dan lelaki yang jatuh cinta pandang pertama la kot.. yang pasti ayah perempuan tu kata "stay away from Juliet" pastu ape JULIET buat?? "Begging you please don't go" pastu ape yang berlaku...?? JULIET sunyi sbb dia tak jumpe dah ROMEO.. sampai satu hari tu ape yg berlaku??

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think

Lepas tu ape yg ROMEO buat??

He knelt to the ground and pulled out a ring
And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

hahaha... korang nampak tak adab kat sini.. ayah perempuan tu kata "stay away.." kan?? and lelaki tu stay away sampai perempuan tu rasa penat menunggu.. rupa2nya.. dia dah TALKED to her DAD laaaa... aku rasa mcm dia dah masuk meminang la kot.. hahahaa.. aisey.. lagu ni ada sorang adik junior aku bagi.. dia suruh dengar tp tak bg tengok videonya.. ak tertengok sikit, pastu aku tutup cepat2.. RISAU..tp taylor swift mmg cun laaa..pastu bila aku baca lirik dia, aku pun senyum.. "perasan.." kalau jadi kat aku kan best.. hahahaaa.. yg part last tu laaa.. yg talked to ur dad tuu...xyah cinta2, kawen terus.. p/s: masalahnya LIZA, ko xde calon lagi ye.. ingat tuu..!! hahahaa..

MORAL NYA?? APE KAITAN BE DIFFERENT DGN DUA LAGU NI?? lihat sesuatu tu dengan teliti sebelum menerimanya.. sesuatu yang kita sangka tak baik, mungkin ada baiknya.. dan yang kita sangka baik, ada buruknya.. 

"Dan apabila dkatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi." Mereka menjawab: "sesungguhnya kami adalah orang yang mengadakan pembaikan." 
(Al-Baqarah 2: 11)
berhati-hati la dengan org yg nampak seperti cuba melakukan kebaikan, tetapi sebenarnya sedang melakukan kerosakan..aku ckp ni in general ye.. dalam ape2 aspek pun kena hati2 dan kena lihat dari kaca mata berbeza..okeh..??

kak Saibah.. ana dah jadi different takk...?? heheheee...
kak Saibah selalu suruh jadi budak baik, jangan nakal2.. ayyyoooo..

Wednesday, April 22, 2009

Terima Kasih CINTA


terima kasih CINTA- Afghan

Tersadar dalam sepiku
setelah jauh melangkah
cahaya kasihMU, menuntunku

terima kasih CINTA
untuk segalanya
KAU berikan lagi 
kesempatan itu
tak akan terulang lagi
semua...., kesalahanku
yang pernah menyakitiMU

TanpaMU, tiada berarti 
tak mampu lagi berdiri
cahaya kasihMU, menuntunku
kembali dalam dekap tanganMU
_____________________________________________________________

"Dan Dialah yang menerima TAUBAT dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(As-Syura 42:25)

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa* semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
(Az-Zumar 39: 53)
*kecuali dosa syirik lihat (An-Nisa 4:48)

"Tetapi barangsiapa berTAUBAT setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima TAUBATnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Al-Maidah 5: 39)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

PETIKAN HADIS DARI SAHIH MUSLIM JILID 4

No hadis: 2362
Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda: "Allah Ta'ala sangat gembira menerima TAUBAT seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang."

No hadis: 2365
Dari Abu Hurairah ra katanya Nabi saw bersabda: "Tatkala menciptakan makhluk, Allah Ta'ala telah menulis dalam buku yang tersimpan di 'Arasy, "Sesungguhnya rahmat (kasih sayangKu) lebih besar daripada kemurkaanKu"

No hadis: 2367
Dari Salman Al-Farisi ra katanya Rasulullah saw bersabda: "Allah memiliki rahmat (sifat pengasih) seratus (% atau bahagian). Maka satu (% atau bahagian) rahmat diantaranya untuk seluruh makhluk agar berkasih-kasihan sesama mereka (di dunia), sedang yang sembilan puluh sembilan (% atau bahagian) untuk hari kiamat kelak."

No hadis: 2368
Dari Abu Musa ra, dari Nabi saw katanya: "Allah Azza Wa Jalla membentangkan tangan-Nya malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat."

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

Ape lagi yang menjadi halangan untuk kita bertaubat.. Subhanallah, kasih sayang Allah lebih hebat dari kasih seorang ibu.. Kebahagiaan Aku Pada Allah semata-mata.. Cukuplah Allah bagiku..

p/s: Aku tak tau camne korang tafsirkan lagu Afghan tu, tp mcm tu la aku tafsirkan liriknya..aku tak peduli la penulis lirik lagu tu sebenarnya nak sampaikan mesej camne pun.. adakah dia maksudkan cinta atau CINTA..?? suka hati dia la.. aku tafsirkan ia sbg CINTA..sbb tu aku nangis dengar lagu ni..


Friday, April 17, 2009

ERAT 09

Assalamualaikum wbt.

Khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008; program ini khas untuk anda!

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT 
-- ERAT '09 --

Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita | Ayuh Kenal Yuk! | Latihan Dinamika Kumpulan | Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu | Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim | Tafakur Alam Rimba! | Cergas Cetus Cerdas | Malam Apresiasi Nurani Islami | R&R Kerjaya dan IPT | Forum: Langkah Menuju Jaya | Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim | Halaqah Ilmiah | dan banyak lagi!


Tarikh: 24 April -- 26 April 2009 (Jumaat -- Ahad)
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rebutia D'Perkasa Camp
Anjuran: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Yuran: RM 30 sahaja! 

Leceh untuk mendaftar? Gunakan cara yang lebih mudah!
 
.: Menerusi sms: Taip   dan hantar ke 012-930 7522 :.
 
.: Menerusi e-mel: Taipkan nama, nombor kad pengenalan, sekolah terdahulu dan alamat rumah dan hantar ke dhanysarip@gmail. com :.
 
*Bayaran boleh dibuat semasa sesi pendaftaran program!
 
Di antara testimoni peserta:

"Bagi saya program ini menyeronokkan kerana telah berjaya membuka hati saya kepada kepentingan hidup secara Islam dan nikmat Islam yang cukup cantik dan tersusun." -- Mohd Harith Kamaludin, Kolej Mara Seremban


"Program ini menyeronokkan. .. Boleh dilihat pada pengisian program ini penuh dengan ilmu. Selain itu, jemputan penceramah luar juga menunjukkan program tersebut tidak diabaikan dan mendapat sambutan ramai. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik remaja." -- Ihsan Alwi, Kolej Matrikulasi Pahang

"Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?" -- Harith Md Nasir, UTM Kuala Lumpur

Wednesday, April 15, 2009

KISAH 'UMAIR BIN WAHB ~Part 2~

sblm ak sambung cerita ni, saje je nak tulis bahawasanya by the time ak menaip ni ak baru balik dari jumpa Prof Shahrim kat pejabat beliau.. odw nak balik tu ak pon senyum je bila lalu jalan kat lingkungan kedua UKM pasal banyak sangat lubang..bosan betul ak asik kena tekan brek.. dah la brek moto ak tak la makan sgt (p/s: ak malas nak ketatkan skru.. nnt la ak buat.. dah karat pon skru tuu..huhuu..) 


yang lagi kelakar bila masa tu ak slow kan moto sbb lalu kat bumper, bukan bumper la sbnrnya tp jalan yg berbatu yg dia buat sikit je batu dia tu.. ala, konon2 gantikan bumper tuu.. x reti ak nak sebut ape.. pastu ak tgk ada satu kereta kancil di arah yg bertentangan punya la slow.. kah kah kah... mekap kancil bagai nak rak, kasi rendah la, pasang ntah hape2.. pastu bila nak langgar bumper dah cuak sbb takut gesel..ak senyum je laaa.. baik la duit mekap kancil tu buat benda lain.. ade gak pekdahnya..hahahaa..

* * * *

selepas 'Umair bgtau dengan tegas pada Rasulullah bahawasanya dia xde hajat lain, Nabi saw pun bersabda "Bahkan kamu telah duduk berbincang dengan Sofwan bin Umayyah di Hijr Ismail. Kamu berdua mengingati tentera Quraisy yang terkorban di Badr. Kemudian kamu berkata "Kalaulan bukan kerana hutang dan anak yang perlu saya tanggung, pasti saya akan keluar sehingga saya berjaya membunuh Muhammad." Kemudia Sofwan bersetuju melunaskan hutangmu dan menanggung anakmu dengan syarat kamu bersetuju untuk membunuh saya... Tetapi Allah menghalang kamu berbuat demikian."

'Umair terkejut dan tercengang mendengar kata-kata Nabi saw tersebut. Matanya terkebil-kebil. Setelah itu beliau berkata "Saya bersaksi sesungguhnya kamu adalah pesuruh Allah."

"Wahai Rasulullah, dahulu saya meman mendustaimu. Saya tidak percaya dengan berita dari langit yang kamu bawa. Pada saya ia bukanlah wahyu. Namun kisah saya dengan Sofwan bin Umayyah tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali saya dan dia sahaja. Demi Allah, saya benar-benar yakin hanya Allah yang membawa rahsia ini kepada kamu. Alhamdulillah yang telah memberi hidayah kepada saya..." sambung 'Umair.

kemudian 'Umair mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.Nabi saw memerintahkan para sahabatnya "Ajarkan saudaramu ini tentang Islam dan Al-Quran. kemudian bebaskan anaknya, Wahb."

orang2 Islam masa tu sangat gembira sampai Umar pun berkata "Ketika 'Umair bin Wahb masuk menemui Rasulullah saw, khinzir lebih sy sayang berbanding beliau. Namun sekarang, beliau lebih sy sayang berbanding sesetengah anak saya."

In the mean time, di mekah, Sofwan bin Umayyah dilamun angan-angan. Dia pun menghebahkan kat semua org "Bergembiralah dengan berita yang mengejutkan kamu tidak lama lagi. Kamu pasti akan melupakan tragedi badr."

* * * *

tp penantian Sofwan bin Umayyah makin lama makin panjang. Sampai dia bimbang dan mla rasa marah. Dia pun tanya2 la kat kafilah kalau2 dorang ada dengar berita tentang 'Umair bin Wahb. tp xde siapa pun tau. Last2 ada satu kafilah ckp "Sesungguhnya 'Umair telah memeluk Islam"

Bagaikan petir menyambar, dia sangkakan 'Umair bin Wahb takkan memeluk Islam walaupun seluruh manusia di muka bumi ini memeluk Islam.

* * * *

Di Madinah, 'Umair baru sahaja memahami intipati ajaran Islam dan menghafal firman Allah. Namun beliau datang kpd Rasulullah dan berkata "Wahai Rasulullah, zaman saya mematikan cahaya Allah dan menyeksa penganut Islam telah berlalu. Saya suka jika tuan mengizinkan saya kembali ke Mekah agar saya boleh berdakwah kepada Quraisy supaya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka menerima dakwah saya, itulah perbuatan mereka yang terbaik. Namun, jika enggan, saya telah berjaya menyakiti agama mereka sebagaimana saya pernah menyakiti sahabat Rasulullah saw."

Rasulullah pun izinkan... So bila sampai di Mekah, 'Umair bin Wahb pun terus ke rumah Sofwan bin Umayyah dan berkata "Wahai Sofwan, sesungguhnya kamu adalah antara pembesar Mekah, bahkan antara cendekiawan Quraisy. Adakah anutan yang kamu pegang dengan menyembah batu dan menyembelih nazar untuknya diterima akal? Apakah wajar ia dianggap agama?"

"Manakala saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah.."

* * * *

Last2 'Umair yang mula2 beria nak bunuh Nabi saw menyeru manusia memeluk Islam di Mekah. Ramai yang memeluk Islam atas usahanya..

Tuesday, April 14, 2009

KISAH 'UMAIR BIN WAHB ~Part1~

" 'Umair bin Wahb menjadi org yg lebih saya sayangi berbanding sesetengah anak saya"

('Umar bin Al-Khottob)

'Umair bin Al-Jumahiy kembali dengan selamat dari Badr. Namun anak beliau, Wahb menjadi tawanan tentera Islam.

'Umair bimbang tentera Islam akan bertindak ke atas anaknya lantaran kesalahannya. Boleh jadi anaknya akan diseksa teruk oleh tentera Islam sebagai balasan kesakitan dan seksaan yang dilakukannya terhadap Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

* * * *

Pada suatu pagi, 'Umair keluar menuju ke Masjidil Haram untuk bertawaf dan meminta keberkatan daripada berhala. Beliau bertemu dengan Safwan bin Umayyah sedang duduk di tepi Hijr Ismail. Lalu 'Umair menuju ke arah Sofwan.

"Selamat pagi ketua Quraisy," kata 'Umair sambil tersenyum.

"Selamat pagi Abu Wahb. Marilah duduk, bolehlah kita bersembang. Masa dihabiskan dengan sembang-sembang," pelawa Sofwan.

'Umair pun duduk setentang dengan Sofwan bin Umayyah. kedua rakan tersebut mula menyebut tentang peperangan Badr dan padah yang menimpa Quraisy. Mereka berdua mengira bilangan tawanan tentera Quraisy yang jatuh ke tangan Muhammad dan para sahabat.

Mereka bedua juga melahirkan kepedihan dan kesedihan dengan tebunuhnya beberapa pembesar Quraisy dihujung pedang tentera Islam. Juga rintihan lantaran mayat para pembesar itu dihumban dan terkubur di dasar perigi Badr.

Sofwan bin Umayyah bingkas bangun lalu berkata "Demi Allah! tiada guna lagi hidup selepas kematian mereka."

" Benar katamu, Demi Allah!.., " sokong 'Umair.

'Umair diam dan melontar jauh pandangannya sambil menghela nafas " Demi tuhan Kaabah, jikalaulah saya tidak menanggung hutang yang sepatutnya saya lunas dan anak-anak yang akan melarat dengan ketiadaan saya, pasti saya akan dan membunuh Muhammad. Saya akan membuat perhitungan dan akan menghentikan kejahatannya..."

Nada bersemangatnya mula menurun. Suaranya berbisik "Apatah lagi anak saya Wahb ada di tangan mereka. Oleh itu jika saya pergi ke Yathrib tiada yang mencurigakan."

* * * *

Sofwan bin Umayyah cuba memanfaatkan keluhan 'Umair bin Wahb tersebut. dia tidak mahu mempersia-siakan peluang ini. Dia segera berpaling kepada 'Umair lalu berkata " Wahai 'Umair, biar saya tanggung semua hutang kamu. Saya akan lunaskannya walau sebanyak mana pun. Manakala anak-anak mu biarlah tinggal bersama keluarga saya, selagi saya dan mereka masih hidup. Saya berharta dan ia mencukupi bagi mereka. Bahkan menjamin kehidupan senang bagi mereka. "

" Kalau begitu, rahsiakan perbincangan kita ini. Jangan seorang pun tahu." bisik 'Umair kepada Sofwan.

jawab Sofwan " Baiklah, saya berjanji."

* * * *

'Umair bangun lalu meniggalkan masjid. Dalam hatinya membara api dendam terhadap Muhammad saw. Beliau segera bersiap untuk melaksanakan cita-cita tersebut. 'Umair tidak khuatir orang akan mengesyaki pemergiannya. Lantaran ramai keluarga tawanan Quraisy berulang alik ke Yathrib demi menebus ahli keluarga mereka yang tertawan.

'Umair mengarahkan pedangnya diasah dan disapu dengan racun pada mata pedang tersebut. Tunggangannya dan barang keperluanya turut disediakan. Lantas beliau menunggangnya dan menghala ke madinah. Htinya penuh dengan kebencian dan dendam kesumat. 

Setelah beberapa hari merentasi perjalanan yang jauh, 'Umair tiba di Madinah. Sesampainya di sana, beliau terus menuju ke Masjid bagi mencari Rasulullah saw. Setelah berhampiran dengan pintu masjid, beliau turun memberhentikan tunggangan dan turun mengikatnya. 

* * * *

Ketika itu 'Umar bin Al-Khottob sedang duduk bersama beberapa orang sahabat berhampiran dengan pintu masjid. Mereka sedang bercerita tentang peperangan Badr yang baru mereka tempuhi, tawanan, dan tentera  Quraisy yang mati terbunuh. Mereka menyebut tentang kepahlawanan tentera Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar. Nikmat kemenangan yang mereka kecapi dan kekalahan kafir Quraisy di Badr terus menghangatkan perbualan mereka. 

Sedang asyik bersembang, Umar mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Tiba-tiba beliau ternampak 'Umair bin Wahb sedang turun dari tunggangannya. 'Umair berjalan menuju ke masjid dengan pedang yang tersandang kemas di belakangnya. 

Lantas Umar gempar dan bingkas bangun. Beliau berkata kepada para sahabatnya "Inilah musuh Allah, 'Umair bin Wahb. Demi Allah dia datang tidak lain hanyalah denga bertujuan jahat. Dialah yang mengapi-apikan orang musyrikin agar menentang kita di Mekah. Dia juga merupakan perisik Quraisy dalam peperangan Badr."

Sahabat lain berpaling ke arah 'Umair. Kemudian Umar menyambung kata-katanya "Ayuh kamu semua pergi kepada Rasulullah da bersiap sedia disekelilingnya. Awas jangan sampai lelaki jahat yang penuh tipu helah ini mempengapakan Nabi saw."

Kemudia Umar segera bertemu Nabi saw. Setelah dibenarkan masuk bertemu baginda, Umar berkata kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah, musuh Allah 'Umair bin Wahb datang dengan pedangnya. Jangkaan saya dia sememangnya berniat jahat."

Lantas Nabi berkata "Bawa dia masuk bertemu saya"

Umar keluar dan membawa 'Umair masuk bertemu Nabi saw. Beliau mencekak leher baju 'Umair dan menjerut lehernya dengan tali sangkut pedang, lalu mengheretnya masuk.

Apabila Nabi melihat tindakan Umar tersebut, Baginda memerintahkan "Lepaskan dia Umar."

Umar pun melepaskan leher baju 'Umair.

"Kamu berundur ke belakang," ujar Nabi saw lagi.

Umar patuh dan berundur beberapa langkah ke belakang. Sementara Nabi menghadap 'Umair bin Wahb.

"Dekat ke mari wahai 'Umair." pelawa Nabi saw.

'Umair pun datang menghampiri Nabi saw dan berkata " Selamat Pagi"

Jawab baginda saw "Sesungguhnya Allah telah memuliakan kami dengan ucapan selamat yang lebih baik daripada ucapan selamat mu wahai 'Umair. Allah memuliakan kami dengan ucapan salam dan ia merupakan ucap selamat penghuni syurga."

"Demi Allah! kamu bukan asing dengan ucapan selamat kami. Ucap selamat yang kamu nyatakan masih baru." balas 'Umair bersahaja (aku kata: agak kurang asam jawapan 'Umair ni..)

Rasulullah saw pun bertanya "Apa tujuan kamu datang ke mari?"

Lantas 'Umair menjawab tanpa teragak-agak "Saya datang untuk meminta agar kamu membebaskan tawanan ini, Wahb yang berada di tangan kamu. Berlaku ihsanla kepada saya."

"Apa guna pedang yang kamu sandang itu?" tanya Nabi saw.

"Semoga Allah tidak memberi apa-apa kebaikan kepada pedang. Apakah gunanya? Adakah ia telah cuba mempertahankan kami ketika perang Badr?!!" 'Umair cuba menyembunyikan hasratnya yang sebenar..

namun baginda terus bertanya " Bercakap benarlah dengan saya, apa sebab kamu datag ke sini wahai 'Umair?"

"Hanya itu tujuan saya." tegas 'Umair dengan nada yang agak keras (aku kata: sabar je la dgn org kafir ni.. patut biar je Umar jerut leher dia tadi.. hehehe.. Baiknya Rasulullah..sabar je..)

Sambungan ~part2~ ak akan taip lagi sambungan cerita ni.. ape jadi pada Rasulullah..berjaya ke Rasulullah dicederakan oleh 'Umair.. ape pulak jadi pada 'Umair ni??

Wednesday, April 8, 2009

Dear Diary..!! ~part 3~


pemandangan pantai kelanang

Alhamdulillah setelah 85% tesis siap, aku boleh la tersenyum.. sekarang tgh tunggu En Daman tersayang cek tesis aku tu.. Prof Kamarudin dah cek, dan aku dah betulkan.. skrg tunggu bapak angkat aku lak yg cek..hehehe..bapak angkat kedua Dr Haja Maiden jadi pemeriksa..hehehe.. Dr Haja, bg A naaa..kui kui..kena rasuah nih..

sambungan kisah hujung minggu aku yg aku perasan mcm menarik utk kongsi dgn oleh kerana hari sabtu aku rehat2 je, petang tu aku ke rumah makcik aku utk urut lagi..waaaaa..mcm biasa sblm urut minum air utk kekuatan vokal..kang takut suara pecah time jerit..keh keh keh..oleh kerana semalam urat aku dah dipunggah, maka hari ni aku rasa sakit sgt.. so asal makcik aku pegang je, aku jerit..hehehe..sakit wooo....

so hari tu aku tak bawak kereta la..sbb rasanya mmg sakit kaki aku ni..esoknya pulak family aku, family pakcik aku yg dok rumah sebelah, dan dua family jiran aku yg dok depan rumah merancang utk berkelah tepi pantai.. kami x mau ke Morib pasal dah biasa sgt.. Jadi kami putuskan nak ke Pantai Kelanang..hehehe..siap wat BBQ lagi..

dalam ramai2 yg pergi tu aku je yg muda remaja.. yg lain budak2 lagi dan tua2 pangkat mak2 dan bapak2 org..hehehe..jadi kesimpulannya aku xde gang la..tp ok je gang dgn jiran-jiran aku tu.. makcik aku pon bila nampak pasir, boleh tahan budak2 jugak..hahahaa..

yg bestnya last2 makcik aku+jiran2 aku yg main pasir.. bukan anak2 dorang..hehehe.. siap buat istana pasir lagi.. (p/s: termasuk aku jugak..)..

malas nk cerita panjang2.. hanya gambar yg byk aku ambil utk menunjukkan betapa hepinya aku hari ahad tu main dgn budak2..dikelilingi budak2.. jaga budak2 main ke tgh pantai.. hehee..


video

video

.. octopus yg aku terap guna pasir ..

istana pasir yg aku bina, xde seni langsung..!!

mcm budak2..hehehe...

mak budak ni pon sama jugakkk..hehehe..

.. seronoknya tgk budak2 main pasir ..

sesi menanam kaki budak2 nih..pakcik aku tukang korek lubang
yg tengah tu tukang kacau..hehehe.. comelnyaaa..

yg ni nama dia Irfan

banyak aku nak cerita pasal dia sbb aku byk habiskan masa dgn dia..hehehe.. yela, sape lagi nak layan si kecil ni..yg besar2 dah lari2 ke tgh laut... almaklumla air tgh surut.. tinggal dia sensorang main kat tepi..tp dia pon ada kaki jugak.. siap berlari ke tengah..hehehe.. aku pon bawak la dia jalan ke tengah laut.. yg tak bleh tahan tu, dia tak nak dipegang.. jalan terhuyung-hayang, ada hati nk jalan sendiri..hehehe.. org baru dpt kaki la katakan.. so, aku biar dia jalan sendiri, tp jaga jugak pasal nnt takut dia jatuh tersembam, kot2 muka terbenam dlm lumpur tu.. xpasal2 je..

yg abg dia pulak tiba2 dtg belakang aku tarik baju aku sbb geli nk jalan atas lumpur..hehehe.. aku pon geli jugak.. sbb ada ketam merayap-rayap atas lumpur tu woo...hehehe.. ala, ketam yg kecik2 tuu..hehehe...

anyhow, my weekend telah terisi dgn mcm2 program yg best2.. Anda bagaimana pulak?? balik rumah sekadar makan tido je ke?? tido sampai mata tak lalu lagi nak tido?? or tgk tv sampai akhirnya tv pon berasap??hmmm.. menarik utk kita sama2 fikirkan ialah bila selalu tak balik, tp bila sekali balik tu, we spend our time wisely dgn family..yg penting ialah kualiti dan bukan kuantiti.. kekerapan balik tu tak la penting sgt, tp ape yg kita buat bila balik tu yg penting..huhu.. As full time da'ie mmg masa balik tu x banyak..kompem.. memang tak banyak..huhuuu..

thanks to makcik aku sbb urut kaki aku nih.. to anak2 perempuan dia; kakak dan adik- terima kasih sbb buat air dan masak utk kak liza.. to adik special thanks sbb jadi bantal kak liza masa kena urut.. OOOoo.. gelakkan kak liza masa jerit2 kena urut ye..?? korang tak rasa lagi..sakit wooo... to Uda, dgr ckp mama tu, jgn merayap lebih2 nnt tgn yg patah tu lambat baik.. (p/s: nasihat ape ni??jln guna kaki, apesal pulak tgn lambat baik??)..

BIGGEST THANKS TO ALLAH FOR THE LIFE I HAVE
DON'T EVER DREAM TO BE ANYONE ELSE
IT'S GOOD TO BE LIZA!!