CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 25, 2010

KEKUATAN buat DIRI SENDIRI

Sabarlah hati..sikit lagi..
perjalanan telah benar-benar hampir ke penghujung..
kau pernah katakan dulu
"inilah jalan ku"
kau tahu dengan benar
jalan inilah pilihan mu
kau yakin dengan sesungguhnya
kau xkan pernah menyesal
aku tahu kau tak pernah menyesal
cuma rupanya kau keletihan
dalam setiap langkah yang kau lalui
membalut hatimu sendiri
membakar obor semangat mu sendiri
menahan tangisan mu sendiri
hanya kerana azam yang kau genggam
ingatlah kau pada kata-kata Tuhanmu

"Dan barangsiapa mundur pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sungguh, orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah. Tempatnya ialah neraka Jahannam, dan seburu-buruk tempat kembali."
(Surah Al-Anfaal 8:16)

justeru kau, jangan pernah berfikir untuk MUNDUR..!!
justeru kau, teruskan perjalanan mu
kau telah benar-benar hampir

hanya kau dan Tuhanmu yang tahu
mengapa jalan ini yang kau pilih
bukankah telah kau lihat
bagaimana DIA mempermudahkan segala urusan mu
yakinilah DIA pasti akan sentiasa disisimu
bukankah telah DIA janji kan

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nisacaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad 47:7)

"Yang demikian itu kerana Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka"
(Surah Muhammad 47:11)

ingatilah wahai kau..
biar seluruh dunia lari meniggalkan kau
biar ape pun kesusahan yang kau hadapi
depanilah ia dengan berani
tiada apa yang mampu MELUKAKAN mu
melainkan dengan izin Tuhanmu
simpan baik-baik FIRMAN Tuhanmu ini

"Sesungguhnya pelindungku adalah ALLAH yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran). Dia melindungi orang-orang saleh"
(Surah Al-A'raf 7: 196)

"Sesungguhnya orang-orang yang ada di sisi Tuhanmu tidak merasa enggan untuk menyembah Allah dan mereka menyucikanaNya dan hanya kepadaNya mereka bersujud"
(Surah Al-A'raf 7:206)

~~bangunlah hati~~
(o_O!)

Wednesday, April 21, 2010

~untuk insan bergelar wanita~

Ratuku
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbangan hati ku ini
Takkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbangan ku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupon tanpa relamu

Ratuku
Kebimbangan ku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujud lagikah ratu idaman hatiku??
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh


Ratuku
Bukanlah ku harap kau segigih
siti hawa
Yang berlari-lari antara safar dan marwa
Bukan juga sesetia
ainul mardiyah
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat

Engkaulah bukan Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'ishah
Bukan juga Rabi'atul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
Cukuplah sekadar kau mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya

Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu

Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetik mu lagi
Jangan ada kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Janngan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupon kadangkala
Aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku
Masih ada
sinar harapan
Yang mampu buat aku tersenyum lega

Kerana akan kutemuai
Ratu yang sebenar-benarnya ratu

~~credit: MPP hal ehwal siswi upm~~
someone posted the video in FB
i just copied the words

Tuesday, April 20, 2010

SCOOBY-DOO ~~ where are you??


kalau korang nmpak SCOOBY DOO kat tepi jalan
ape korang buat??
lari?? jalan buat selamber?? baling batu??
kalau aku, ikut hati mmg nk lari
tp
jalan buat2 MACHO la kan?
lepas 7 langkah, buka langkah 1000 laaaa

tapi ape kata
kalau SCOOBY DOO ni
masuk blok korang
pukul 4 pagi
dan menyalak kuat-kuat
bunyinya mcm dekat je dgn bilik korang
amacam??


aku pn xtau
tapi yang nyata
aku keSERAMan sebab SCOOBY DOO
masuk blok aku
pagi tadi..
seram sangat sampai macam2 aku fikir
hehehee

pastu aku pon takutkan rumet aku
"agaknya blok kita ni byk hantu kot..."
"kalau x nape hari lain dia x masuk??hari ni je dia masuk.."
"sape bawak balik hantu ni weh..??"

hahahaaaa
~~aku pun takut la jgk sbnrnya~~
~~kalau SCOOBY DOO tu geget aku~~
alahai
x maaaaauuuuu

SCOOBY DOO
pagi nnt jgn masuk lagi ye..
(^_-)

derma DERMA derma


aku x kaya
duit pn harap mak ayah je ni
bila nk kerje pn xtau la
..:: heeee ::..

ada orang kata
aku pun xla BERBUDI BAHASA
LEMAH LEMBUT jauh sekali
..:: memang pun, aku tau tu ::..

tapi semua tu xde kaitan ye..

aku rasa nak menderma
dah 2 kali aku derma
nak derma kali ketiga
bila nak ada kempen ni??


aku sihat sangat ni
x sakit-sakit
x makan panadol dalam masa terdekat
dah lengkap sangat untuk derma darah
tapi xde ke org nak darah aku ni??
aisey.....

nak derma darah
nak nak nak
sementara sihat sbb bila dah sakit
xde maknanya impian ni

sape2 yang tau
kot-kot ada kempen derma darah
yang terdekat
sila bgtau ye..

btw, aku x tau cara sbnr nk derma darah
tak semua hospital terima kan??
ke aku boleh redah je sume hospital??

saya tak takut jarum

Saturday, April 17, 2010

kamu memperlekehkan MASA aku ~~ thanks!


aku sangkakan masa itu aku punya
well
aku tau masa itu Allah punya
Dia pinjamkan pada aku
kan Dia pinjamkan pada AKU
Aku punya la
[hakikatnya Dia punya]

masa yang Dia pinjamkan pada kamu
itu hak kamu
itu kamu punya
aku tak pertikaikan

kamu mahu pinjam masa aku
agar aku dapat berikan pada kamu
untuk aku bantu kamu
lalu aku berikan kerana cinta aku pada kamu

telah aku jelaskan pada kamu
tempoh masa yang aku berikan kepada kamu
kerana masa selebihnya
harus aku susun untuk orang lain
jua untuk diri ku sendiri
ITU HAK AKU
AKU DAH SUSUN MASA AKU
AKU DAH BERIKAN KEPADA KAMU
TEMPOH YANG SEPATUTNYA
dan kamu mempersetujuinya

lalu selepas itu
KENAPA KAMU MEMUNGKIRI JANJI KAMU???
bukan sedikit masa aku kamu ambil
kamu bukan saja ambil
bahkan kamu perlekehkan
kata kamu
aku boleh lakukan apa yang aku rancangkan
dalam masa yang lebih singkat
daripada yang aku peruntukkan

apa kamu fikir
MASA AKU ADALAH HAK KAMU??
SEDANGKAN ALLAH TELAH BERIKAN KITA
HAK MASING-MASING
AKU RANCANG MASA AKU SENDIRI
AKU TIDAK IKUT CAMPUR
DALAM PERANCANGAN MASA KAMU
apakah yang memberi kamu hak
MAMPERLEKEH MASA AKU
lantas MENCURINYA DARIPADA AKU

KAMU TIDAK MENJAGA MASA KAMU DENGAN BAIK
itu urusan kamu
NAMUN KAMU TIDAK BERHAK
MEMPERLEKEH MASA YANG TELAH AKU ATUR
MEMUNGKIRI JANJI YANG TELAH DIPERSETUJUI

aku berhak MARAH
dan aku sememangnya marah
aku harap kamu tahu
kesilapan kamu
tunjukilah akhlak yang baik
mohon maaf atas kesilapan kamu

aku dahului dengan memohon maaf
atas kekasaran aku
pada hari itu
aku HANYA PROTES
KERANA KAMU
MEMPERLEKEH MASA AKU
LANTAS MEMUNGKIRI JANJI KAMU
maafkan aku atas kekasaran itu

Sunday, March 14, 2010

Arasy Dunia ~~ Hafiz Hamidun feat Ali Empire

Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam aku resah
Dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati

Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gagah mentafsir makna
Itu ujian ataupun musibah

Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam aku resah
Dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Cari cari cari yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati


Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat
Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang

Kosong tiada sinaran iman di jiwamu
Pudar samar bintang bulan mula timbul
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona-rona bagai sang dunia
Kerana jalanmu tidak pun wujud
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara


Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gagah mentafsir makna
Itu ujian ataupun musibah

Arasy dunia
Arasy dunia

*******************
suka lirik lagu ni
pedomannya, jgn jadi mcm kelekatu
tertipu dgn cahaya
disangkanya bulan
rupanya lampu jalan
akhirnya terbakar

lirik selamber dan sempoi
tp sungguh mendalam

Sunday, March 7, 2010

TAHNIAH UMP ~~ pahang ~~


saya bukan org pahang
mak ayah juga bkn org pahang
tp suka slalu je gi pahang
Cameron, Fraser's, endau-rompin
tu sume tpt jalan2 saya
hahahaha

ape yg menarik ttg UMP??
saya mmg tak tau
sape bdk UMP yg nak share cerita di sini?
silakan.. sbb saya x pernah ke UMP

tp
saya saje la tgk2 jwtn akademik
yg ditawarkan di UMP
ada byk fakulti jugak
antaranya

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN SUMBER ALAM
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA & SUMBER ASLI
FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN & PENGURUSAN TEKNOLOGI

kalau diperhatikan pada syarat lantikan
ada mcm2 kriteria asas yg perlu dipenuhi
mcm2 la brkaitan akademik
seterusnya ada keperluan2 tambahan
yg dikemukakan oleh fakulti sndiri
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN & PENGURUSAN TEKNOLOGI
mengemukakan keperluan tambahan
yang tetap bg apa2 jawatan
keperluan tersebut ialah
Calon yang tidak merokok akan diberi keutamaan.


saje je saya bold kan
in case sape2 yg tak perasan tu
mb boleh la meningkatkan kesedaran sikit

*************
kata aku
kalau semua U menetapkan kriteria ini
mmg sgt2 best...
kat pusat pengajian aku
mmg ak pn ssh nk jumpe lctrr merokok
lctrr baru kalau merokok, aku tak tau la kan..
tp lctrr yg aku kenal x merokok rasanya..

kalau lagi best, kriteria ni dilebarkan
bkn setakat nak pilih lctrr je
tp utk jawatan2 lain..
kalau didapati merokok
terus buang kerja..
...WAUUUU...

...best best best...

kompem papa aku
org pertama kena buang kerja
ayyooo
papa, sila berhenti merokok
dulu kan dah berhenti
dah 20 tahun tau
nape merokok balik
tp tau pulak nak sorok bila adik balik rumah
hmmmmmm......
(^_-)

Monday, February 22, 2010

Wahai Budak Pengajian Islam (^_-)

entri ini tidak bermaksud memperkecilkan sape2..
aku pun bukan besar mana pun..
walaupun berat bdn agak tidak ringan,
tp aku kategori "comel" la..
kan kan kan..??
'Panda' selalu ckp aku comel.. (^_-)
kan panda kan..?? hehehee..

semasa menaip entri ni
aku baru balik dari perbincangan
di perpustakaan tun sri lanang
bersama coursemate
2 student Libya, sorang kwn aku..

tgh kami berbincang, tiba2 someone approach kami
well, approach kwn Libya kami sbnrnya
dgn keadaan yg tak sopan sgt bg aku

well.. well.. well..
dia dtg terus approach kwn Libya kami
tnpa menyapa kami yg sama2 Melayu dok kat meja tu
dan kwn2 Libya kami pn BLUR smbil jeling2 kat kami
aku wat sardin jela..
"mangkuk" dua org tu dtg tiba2
bg salam kat aku pun tidak.. apesal plak ak nk masuk campur

tiba2 kwn Libya aku pn ckp kat dorng
"we don't understand.. what do u want from us??"
... kah kah kah...
aku senyum kambing je laa..
dlm hati aku berkata
"ape minah2 ni ckp kat dorang??dorang brckp ke tak?? ak x dgr pn suara korang..sopan sgt ke bdk2 pengajian islam smpai ckp pn mcm berbisik..??"
pastu aku dengar minah ni ckp kat kwn dia
"ko ckp la balik.. td skrip ko tu dh ok dah.. cakap la.. ckp..ckp.."
aku senyum lagi lebar.. dgn muka kambing y lebih comel..
"minah2 ni reti nak berckp ke tak..?? ape mslsh korang nih..??"

then ak pn tegur la minah2 tu
well, sblm ape2 aksi lagi yg dorang buat
kang betul2 aku jadi kambing lak..

"korang nk ckp ape sbnrnya??nk sy tlg translate ke??"
yg sorang minah ni ckp
"xpe2.. kami leh ckp sndiri"
sambil paksa2 kwn dia tu ckp semula skrip dia tadi
pastu kwn dia pun mengomel-ngomel
sambil pandang lagi beberapa kawan dorang yg dok menyorok belakang aku
sambil dia bebel2 marah kwn dia xnk bantu..

then dia ckp kat aku dan memeperkenalkan diri dan tujuan dia approach kwn Libya aku tu..
~~ dh surrender la tu ~~
hahahaaaaa
so aku pun translate kat kwn Libya aku tu

-end-

************************************
PERINGATAN: BI aku pun adalah pd tahap Tenggiling pengsan (worst la tuu)

aku xde masalah dgn org yg ckp broken, sbb aku pn..
tp aku ada mslh dgn org yg ckp tp x bunyi..

come on la student pengajian islam..
kalo nk bckp BI tu confident la sikit..
redah aje.. jnji keluar bunyi..
ni ckp pn x bunyi.. mana nk paham..
dh kwn Libya aku tu jeling2 aku..
mslhnya aku xdgr pon korang ckp..

aku xde masalah dgn pengajian islam korang
tp please jadi berbudi bahasa sikit..
dh approach ktrg satu group
jgn la buat mcm kami ni INVISIBLE
even ko target kwn Libya kami tu je pon..
bg la salam kat ktrg ni ha..

aku ada masalah besar dgn EGO level yg tinggi
kalau pun ko nk try ckp BI, ckp la sndiri
yg ko paksa2 kwn ko tu ckp apesal??
pastu kwn ko bebel2..
adoooiii.. ko kacau ktrg tgh discuss tau..
kalo nk ckp, ckp cepat...
kalo ada mslh nk ckp, ape salah minta tolong
bukan kena mintak pon..
aku siap2 offer weh..
ckp jela, aku translate kan..
itu pn jadi masalah jugak..

(^_-)
ku pn xtau nape aku tulis benda ni..
~~ hahahaa ~~

Friday, February 12, 2010

MARAH yg aku tahan

ckp salah
tak cakap pun salah
akhirnya aku mengalah
apa mungkin aku kalah???

kdg2 niatku ingin membantu
apa mungkin kamu sekadar melihat sahabt kamu yg perlukn bantuan??
tntu kamu akan lakukan
sama mcm yg aku lakukan
namun akhirnya bantuan demi bantuan
dgn penuh kesabaran
nmpk mcm tidak membuahkan hasil langsung
akhirnya
aku pun mengalah
justeru mungkin juga mengaku kalah

aku mengaku kalah
setelah marah yang aku tahan
semakin membara
aku semakin kecewa
mungkin juga kecewa pada diri ku
mungkin kerana silap aku sbb mmbantu dgn cara yg salah
atau mungkin... mungkin.. mungkin..
semuanya aku mungkin kan
hanya kerana
aku tak mahu terus marah

namun bara yg aku simpan
akhirnya membakar diri ku sendiri
2 hari aku sakit kepala yg teramat
sehingga akhirnya
aku makan panadol pd masa2 trtntu
dn baring hampir sepanjang masa
kerana cuba utk tidak memikirkan kemarahanku

mungkin saja aku patut mendiam kan diri??
atau mungkin saja aku maki hamun??
ikut hati, aku nk je hantuk kepala dia kat dinding..
akhirnya, kepala aku yg rasa mcm di hantuk-hantuk
punya la sakit..

semoga sakit ku ini
ada saham nya di sisi Allah
kerana sakit yg ku tahan
hanya dgn niat mnjaga prhubungan
agar tidak retak
lantaran marah yg aku turutkan..

(^_-)
kalo kerja nnt,
boleh ke aku amek cuti sakit
sebab tahan marah..?? hahahahaa..
~~ aku dah bengong~~

Wednesday, February 10, 2010

..:: HATI INI ::..

sahabat: liza, enti rasa berapa baris ayat yang cukup digunakan utk memotivasikan seorang?
LIZA: memotivasikan seseorang bermaksud kita mahu menyentuh hatinya dengan kata-kata yg kita lafazkan..justeru, baris kata itu bukanlah ukurannya..bagi ku, hanya keikhlasan yg menjadi penghubung..berkatalah kamu dari hati, semoga jatuh ke hatinya..kerana hakikat kata-kata yang datang dari hati, maka hati jualah tempat jatuhnya..Semoga Allah menyentuh hatinya lantaran kata-kata yg kamu sampaikan.. (^_-)

sahabat: tp liza, sungguh sukar merawat luka di hati ini
LIZA: [terserlah benar beratnya luka yg kamu tanggung wahai sahabat..terima kasih kerana memilih aku sbg teman mu untuk berkata-kata] (^_-) luka di hati aku katakan mustahil untuk kamu merawatnya sendiri.. hakikatnya sahabat, hati yang kamu CLAIM sbg milik kamu itu sebenarnya milik Allah.. masakan kamu punya kuasa untuk ubati sesuatu yang kamu tidak miliki, hatta kamu sndiri tidak tahu apa-apa tentangnya kerana ia bukan milik kamu..justeru sahabat, aku selalu katakan pada diri ku mahupun pada sesiapa sahaja..
"apabila hati kamu terluka,
serahkan ia kembali kpd Allah,
kerana hakikat hati itu milikNYA
pintalah Allah utk ubati luka itu
jika luka itu terlalu dalam
mohon Allah anugerahkn kamu hati yang baru
kembalilah kepada Allah
kerana kita
Hamba ABDI kepada Yang ABADI"

aku sendiri tidak punya banyak kekuatan untuk membantu kamu..namun aku cuba lakukan sebaik yg mungkin, semampu yg boleh..doaku, Semoga Allah sntiasa bersamamu..hakikatnya mmg Dia bersama kamu.. BUKANKAH KAMU MEMILIKI HATI-NYA??BUKANKAH KAMU BERGERAK MENGGUNAKAN PANCAINDERA-NYA??AKU TAHU DIA SENTIASA BERSAMA KAMU KERANA KAMU TIDAK MELUPAKANNYA.. (^_-)

Monday, February 8, 2010

Kolej Keris Mas TER'sayang'

Mari adik2, hari ni Cikgu Ajar ttg satu perkataan baru
"MEREMPAT"
BUKAN "MEREMPIT" YE..

= merempat ialah perkataan yg digunakan utk org2 yg mcm CIKGU yg terpaksa bungkus kain+baju+bantal comel+sabun+ubat gigi+sikat+perfume+ etc etc
untuk merempit ke kolej lain
sbb pengurusan kolej CIKGU yg sgt tak prihatin

kalau aku betul2 jadi CIKGU,
ntah ape la aku ajar kat budak2 nnt...
heheheee
_____________________________________

hari ni agaknya dah masuk ke seminggu bekalan air terganggu
SABAR pun SABAR jugak
tp bila dah jadi mcm ni
mestila marah


GILA ke tak marah??
bayar punya la mahal..
mentang2 bukan student lagi
baaaaik punya charge..
well, bayaran yg tinggi utk facilities yg sama
kezaliman yg aku terpaksa relakan
sbb aku terlepas pandang masa mula-mula dulu

ni timbul pulak masalah air
mula2 dulu
lama ada
kejap xde
sekarang ni situasinya
kejap ada
lama xde

wahai pengurusan kolej
ketahuilah bahawasanya
SAYA MARAH atas sebab2 berikut
1- pihak kolej tidak memberikan sebarang makluman kepada KAMI pembayar SEWA ttg sebab masalah ini timbul..
kalau pengumuman TG2KM (karnival kolej) sampai berbuih mulut korang jerit2 kat mic panggil student turun (well, aku otai.. aku tak perlu turun.. mcm la aku student..ade aku kisah ke..??)
ni kes xde air sampai dekat seminggu, boleh lak korang diamkan je..

2- pihak kolej tidak memberikan sebarang resolusi atas permasalahan ini..
rentetan daripada notis sebab yg tidak diberi, justeru apatah lagi resolusi.. tentulah takkan ada resolusi yang diberi oleh pihak kolej

SAYA menuntut PIHAK KOLEJ untuk memberikan kami makluman tentang perkara berikut

a- TEMPOH sebenar masalah KRONIK yg MENEKAN ni akan berakhir..
b- solusi yg dicadangkn untuk membolehkn kebajikan pelajar terjamin
cth: catuan air berkala-tentukan masa catuan dibuat
atau penghantaran bekalan air oleh syabas pada waktu puncak

xkn la budak keris mas nak "merempat" ke kolej lain selama seminggu kot.. mcm la x mampu bayar yuran kolej YG BUKAN MURAH tu..kalau kena tangkap "setinggan" cmne??
well, xkn la pulak sume budak keris mas nak merangkak gi kolej lain sbb nk buang air tgh2 malam buta kot...?? -ni kes hak asasi manusia yg tak diberi perhatian-
exco kebajikan.. ko tido ke ape..??
"bangunla wahai org yg brselimut.. bgn dan beri peringatan.."

****************************************
kesabaran yang telah sampai ke kemuncak
saya pasti akan lakukan sesuatu
erm, nk ckp kat tempat pidato tu leh tak..??
hahahaha
mati la aku kena baling batu nanti..

ape2 pon
bg la notis beb..
apehal gantung tak bertali ni..??
xkn nak ktrg ni terpacak kat depan paip air tu
dok tunggu air tu keluar
<<:: BENGANG BETUL ::>>


Monday, February 1, 2010

Gembala Kambing yg Sukses (^_-)

saya mengaku, cerita ini sy kidnap dari [sini]
cerita kelakar yg comel
heheheeee
mbeeeeekkkkk
sy suka bunyi kambing (^_-)

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan “lima” jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan “lima “jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi… Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul… Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita…

“Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah… ) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). ”

“Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, ” lima ” Betullah… Bila hamba tunjukkan “lima” jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. ”

“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. ”

“Ayam tu sebenarnya soalan bonus… apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur… betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. ” Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita…

” Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea… ? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. ” Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam… Hamba pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi… ”

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.


~~ KATA AKU ~~

amacam..?? comel betul cerita ni..

well, kalau dh mmg tertulis cendekiawan tu diislam kn mcm tu

gmbala kambing dpt pahala free je.. hehehe..

kita mmg xtau, di bahagian mana kata-kata kita yg bisa menyentuh org

kata-kata mmg ringan utk dilakukan

tp amat berat timbangannya..

kerana itu kata2 lebih tajam dari mata pedang

well, walaupun bahasa isyarat.. hehehe..

ia masih juga agen komunikasi..

dan bahaya komunikasi kalau mesejnya tak tersampai

akan menyebabkan salah faham..

well, yg salah tetap "faham" sbb manusia mmg xnak ngaku salah..

(^_-)

Saturday, January 30, 2010

LiL' Hand that Hold (^_-)

LiL' hand that Hold
touched me to my heart
simply making me smile

LiL' hand that Hold
makes me miss u
every single time, I do
(^_-)

Irfan bucuk.. bucuk... bucuk..
hehehee
walaupun sakit, aku dapat peluang baring sebantal dengan Irfan
boleh pulak pagi2 buta tu dia buat perangai manja
duduk atas riba aku dgn selamber badak dia
nasib baik COMEL..
bila aku ckp dia bucuk, dia pun tanya aku
"Busuk ke..??"
hehehehee
aku pun cakap
"Busuk laaa.. gi mandi.."
boleh plak dia jawab
"xnakkk.."
gigit baru tau.. lorat punya budak..

bila aku baring sblh dia
boleh plak dia tolak kepala aku
tp
oleh kerana kepala batu aku ni berat
dia pun surrender la...
kih kih kih..

Irfan.. Irfan..Irfan..
dah masuk dua tahun pun..
cepat2 la besar ye.. rindu nak KISS dia..
(^_-)