CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 1, 2009

MANGKUK jual IKAN??

Alhamdulillah, hari ini penulis blog ni telah diselamatkan oleh Allah (Penciptanya) daripada dilanggar oleh 'seekor' kelisa putih di bulatan UKM berhampiran masjid petang tadi..



Hari ini penulis balik dalam keadaan pening, sakit kepala yang teramat sangat kerana tesis yang perlu dihantar, dengan huraian yang belum lengkap dan kepenatan belajar analisis statistik biologi..

sedang memandu tu, penulis yang hanya naik moto ni masuk la ke bulatan tersebut sebelah 'seekor' kelisa putih tu pasal dia tak bg signal nak keluar dari bulatan tu pon..jadi penulis assume dia masih belum nak keluar la..tiba2 penulis yang tengah memandu hampir dihimpit sbb 'seekor' kelisa tu nak masuk ke kiri..penulis terus memecut (p/s: takkan nak berhenti pulak..tergolek lak nnt..) sedang penulis memecut kehadapan 'seekor' kelisa tu, penulis hampir dilanggar dibahagian belakang moto.. lalu penulis yang sakit kepala ni, makin sakit kepala.. dan sempat la berfikir beberpa perkara..

walaupun penulis hanya mampu bermotorsikal, x la macam org tu yang mampu bawak 'seekor' kelisa ke hulu ke hilir, tp penulis juga pernah memandu kereta walaupun bukan 'seekor' kelisa..sekiranya penulis ingin membelok, ada beberapa perkara yang penulis akan lakukan utk memastika keadaan selamat..

1- bg signal siap2.. supaya org tau kita dah ready nak belok..
2- tgk side miror dan cermin pandang belakang utk pastikan kereta or motor xde dan selamat membelok
3- toleh ke kiri (kalau nk belok kiri la..) utk pastikan benar2 selamat sbb kdg2 klu tgk side mirror, ada kebarangkalian tak nampak takut2 knderaan tu ada pada blind spot kita..

maka penulis pun mula la marah dalam hati pasal Mangkuk tadi tu tak bagi signal, dan tak sure la pulak bahawa adakah penulis berada di blind spot dia ke tak.. masalahnya penulis dah memecut sampai depan kereta dia pun dia x nampak lagi.. mujur tak langgar belakang motor penulis.. ke dia tdo sambil bawak 'seekor' kelisa dia tuu..

justeru itu, kepada semua pemandu2 yang ada didunia ni...
sila Gunakan signal anda dengan baik..signal tu kan gunanya nak bgtau org awk tu nak membelokk.... 

ORANG YG TAK BAGI SIGNAL IALAH ORANG YG SELFISH... PENTINGKAN DIRI SENDIRI..

ingat sikit, manusia ni Allah jadikan sebagai khalifah.. kerjanya mentadbir je..bukan pemilik alam ni pun.. jadi xde ape yg nak dipentingkan dgn diri sendiri tuu..kalau malas sgt nak toleh2 tuu, bg je la signal.. org tau la awk nak membelok.. kalau mangkuk tu bg signal td, xdenya penulis nak membunuh diri pergi sebelah dia biar kena himpit.. 

moral of the story, utk penuis dan juga yang bukan penulis a.k.a pembaca blog..jgn jual ikan masa memandu (selfish).. sekiranya anda menjual ikan, fikirkan lah..

1- anda mungkin dengan jayanya akan membunuh atau setidak-tidaknya mencederakan seorang mahasiswa yang sedang pening2 nak siapkan tesis untuk memburu segulung ijazah..
2- anda mungkin dengan jayanya akan membunuh atau setidak-tidaknya mencederakan seorang anak kedua daripada dua adik beradik yang sedang merancang untuk balik ke kampung hujung minggu ini kerana stress..
3- anda mungkin dengan jayanya akan membunuh atau setidak-tidaknya mencederakan seorang ahli JK TPSM KARISMA-UKM yang tgh pk mcm mana nk meneruskan dakwah dan tarbiyahnya lepas belajar
4- anda mungkin dengan jayanya akan membunuh atau setidak-tidaknya mencederakan AKU..!!!! (p/s: aku merujuk kepada sesiapa sahaja yang bernama manusia yang akan tercedera kerana kelalaian anda yang menjual ikan sambil memandu)

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI??
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI??
BERHENTI MENJUAL IKAN SEMASA MEMANDU..
NYAWA MANUSIA TENTUNYA TIDAK SAMA DENGAN NYAWA IKAN..!!

7 comments:

Anonymous said...

~ anda mungkin dengan jayanya akan membunuh atau setidak-tidaknya mencederakan seorang ahli JK TPSM KARISMA-UKM yang tgh pk mcm mana nk meneruskan dakwah dan tarbiyahnya lepas belajar~

konterversi2x

pejuang ALLAH said...

salam, akak maaf kan la mangkuk tu.. dia x sengaja kot.. memaafkan kan sunah nabi.. jgn tension2 ya..

hamba ABDI said...

hehehe... Anonymous, kontroversi kah??huu.. baru lepas kena bebel suruh rancang masa depan intelektual, emosi, fizikal dan spiritual.. nnt laaa.. siapkan tesis dulu.. waaa...

pejuang ALLAH, mmg maafkan mangkuk tu, cuma peringatan kepada diri sendiri dan org lain supaya jgn jadi MANGKUK yang menjual ikan (selfish)..membahayakan org lain..
huhuuu....

Anonymous said...

kenapa mangkuk pulak?
alahai liza...sabar yer...mujur tak cedera sbb kelisa...

p/s:tiap2 org kena pandu cermat!insyaAllah selamat..(",)

cahayakebahagiaan said...

salam..
pandu cermat jiwa selamat
ingatlah insan tersayang
ada macam tagline kat mana2 tak?
hehe
anyway..
betapa pentingnya jaga keselamatn..
alhamdulillah enti tak ada apa2

Anonymous said...

Ermm...tu la, kadang2 kita dah berhati2 dalam pemanduan tapi orang lain pulak yang cuai...

so kesimpulannya, walaupun kita berusaha dengan sepenuh daya upaya kita untuk berhati2 di jalan raya tapi jika Allah cakap nak kena xcident, kena jgak la....

Otai K-UKM-IKHWAH

hamba ABDI said...

to Hanimah: mangkuk ialah perkataan paling manis yg akan terkeluar bila org buat hal dgn saya.. dan sbg peringatan buat diri juga spy jgn jadi buat kat org mcm org buat kat kita sbb nnt org pun tak suka..

to cahayakebahagiaan:Alhamdulillah, xde ape.. kalau x, xleh la tulis entry.. kui kui..

to Otai K-UKM-IKHWAH: thanks for visiting my blog..siapakah anda?? mistri seyh..mmg betul tu, kalau nak jadi, jadi jugak..tp moralnya kita kena sentiasa berhati2 dan jgn JUAL IKAN (selfish) masa memandu
p/s: kalau x memandu pun mmg xleh jual ikan (selfish) jgk kan?? hehee..