CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 15, 2009

KISAH 'UMAIR BIN WAHB ~Part 2~

sblm ak sambung cerita ni, saje je nak tulis bahawasanya by the time ak menaip ni ak baru balik dari jumpa Prof Shahrim kat pejabat beliau.. odw nak balik tu ak pon senyum je bila lalu jalan kat lingkungan kedua UKM pasal banyak sangat lubang..bosan betul ak asik kena tekan brek.. dah la brek moto ak tak la makan sgt (p/s: ak malas nak ketatkan skru.. nnt la ak buat.. dah karat pon skru tuu..huhuu..) 


yang lagi kelakar bila masa tu ak slow kan moto sbb lalu kat bumper, bukan bumper la sbnrnya tp jalan yg berbatu yg dia buat sikit je batu dia tu.. ala, konon2 gantikan bumper tuu.. x reti ak nak sebut ape.. pastu ak tgk ada satu kereta kancil di arah yg bertentangan punya la slow.. kah kah kah... mekap kancil bagai nak rak, kasi rendah la, pasang ntah hape2.. pastu bila nak langgar bumper dah cuak sbb takut gesel..ak senyum je laaa.. baik la duit mekap kancil tu buat benda lain.. ade gak pekdahnya..hahahaa..

* * * *

selepas 'Umair bgtau dengan tegas pada Rasulullah bahawasanya dia xde hajat lain, Nabi saw pun bersabda "Bahkan kamu telah duduk berbincang dengan Sofwan bin Umayyah di Hijr Ismail. Kamu berdua mengingati tentera Quraisy yang terkorban di Badr. Kemudian kamu berkata "Kalaulan bukan kerana hutang dan anak yang perlu saya tanggung, pasti saya akan keluar sehingga saya berjaya membunuh Muhammad." Kemudia Sofwan bersetuju melunaskan hutangmu dan menanggung anakmu dengan syarat kamu bersetuju untuk membunuh saya... Tetapi Allah menghalang kamu berbuat demikian."

'Umair terkejut dan tercengang mendengar kata-kata Nabi saw tersebut. Matanya terkebil-kebil. Setelah itu beliau berkata "Saya bersaksi sesungguhnya kamu adalah pesuruh Allah."

"Wahai Rasulullah, dahulu saya meman mendustaimu. Saya tidak percaya dengan berita dari langit yang kamu bawa. Pada saya ia bukanlah wahyu. Namun kisah saya dengan Sofwan bin Umayyah tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali saya dan dia sahaja. Demi Allah, saya benar-benar yakin hanya Allah yang membawa rahsia ini kepada kamu. Alhamdulillah yang telah memberi hidayah kepada saya..." sambung 'Umair.

kemudian 'Umair mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.Nabi saw memerintahkan para sahabatnya "Ajarkan saudaramu ini tentang Islam dan Al-Quran. kemudian bebaskan anaknya, Wahb."

orang2 Islam masa tu sangat gembira sampai Umar pun berkata "Ketika 'Umair bin Wahb masuk menemui Rasulullah saw, khinzir lebih sy sayang berbanding beliau. Namun sekarang, beliau lebih sy sayang berbanding sesetengah anak saya."

In the mean time, di mekah, Sofwan bin Umayyah dilamun angan-angan. Dia pun menghebahkan kat semua org "Bergembiralah dengan berita yang mengejutkan kamu tidak lama lagi. Kamu pasti akan melupakan tragedi badr."

* * * *

tp penantian Sofwan bin Umayyah makin lama makin panjang. Sampai dia bimbang dan mla rasa marah. Dia pun tanya2 la kat kafilah kalau2 dorang ada dengar berita tentang 'Umair bin Wahb. tp xde siapa pun tau. Last2 ada satu kafilah ckp "Sesungguhnya 'Umair telah memeluk Islam"

Bagaikan petir menyambar, dia sangkakan 'Umair bin Wahb takkan memeluk Islam walaupun seluruh manusia di muka bumi ini memeluk Islam.

* * * *

Di Madinah, 'Umair baru sahaja memahami intipati ajaran Islam dan menghafal firman Allah. Namun beliau datang kpd Rasulullah dan berkata "Wahai Rasulullah, zaman saya mematikan cahaya Allah dan menyeksa penganut Islam telah berlalu. Saya suka jika tuan mengizinkan saya kembali ke Mekah agar saya boleh berdakwah kepada Quraisy supaya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka menerima dakwah saya, itulah perbuatan mereka yang terbaik. Namun, jika enggan, saya telah berjaya menyakiti agama mereka sebagaimana saya pernah menyakiti sahabat Rasulullah saw."

Rasulullah pun izinkan... So bila sampai di Mekah, 'Umair bin Wahb pun terus ke rumah Sofwan bin Umayyah dan berkata "Wahai Sofwan, sesungguhnya kamu adalah antara pembesar Mekah, bahkan antara cendekiawan Quraisy. Adakah anutan yang kamu pegang dengan menyembah batu dan menyembelih nazar untuknya diterima akal? Apakah wajar ia dianggap agama?"

"Manakala saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah.."

* * * *

Last2 'Umair yang mula2 beria nak bunuh Nabi saw menyeru manusia memeluk Islam di Mekah. Ramai yang memeluk Islam atas usahanya..

1 comments:

weetameal said...

salam.
tq for the stories..
jazakallah.