CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 14, 2009

KISAH 'UMAIR BIN WAHB ~Part1~

" 'Umair bin Wahb menjadi org yg lebih saya sayangi berbanding sesetengah anak saya"

('Umar bin Al-Khottob)

'Umair bin Al-Jumahiy kembali dengan selamat dari Badr. Namun anak beliau, Wahb menjadi tawanan tentera Islam.

'Umair bimbang tentera Islam akan bertindak ke atas anaknya lantaran kesalahannya. Boleh jadi anaknya akan diseksa teruk oleh tentera Islam sebagai balasan kesakitan dan seksaan yang dilakukannya terhadap Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

* * * *

Pada suatu pagi, 'Umair keluar menuju ke Masjidil Haram untuk bertawaf dan meminta keberkatan daripada berhala. Beliau bertemu dengan Safwan bin Umayyah sedang duduk di tepi Hijr Ismail. Lalu 'Umair menuju ke arah Sofwan.

"Selamat pagi ketua Quraisy," kata 'Umair sambil tersenyum.

"Selamat pagi Abu Wahb. Marilah duduk, bolehlah kita bersembang. Masa dihabiskan dengan sembang-sembang," pelawa Sofwan.

'Umair pun duduk setentang dengan Sofwan bin Umayyah. kedua rakan tersebut mula menyebut tentang peperangan Badr dan padah yang menimpa Quraisy. Mereka berdua mengira bilangan tawanan tentera Quraisy yang jatuh ke tangan Muhammad dan para sahabat.

Mereka bedua juga melahirkan kepedihan dan kesedihan dengan tebunuhnya beberapa pembesar Quraisy dihujung pedang tentera Islam. Juga rintihan lantaran mayat para pembesar itu dihumban dan terkubur di dasar perigi Badr.

Sofwan bin Umayyah bingkas bangun lalu berkata "Demi Allah! tiada guna lagi hidup selepas kematian mereka."

" Benar katamu, Demi Allah!.., " sokong 'Umair.

'Umair diam dan melontar jauh pandangannya sambil menghela nafas " Demi tuhan Kaabah, jikalaulah saya tidak menanggung hutang yang sepatutnya saya lunas dan anak-anak yang akan melarat dengan ketiadaan saya, pasti saya akan dan membunuh Muhammad. Saya akan membuat perhitungan dan akan menghentikan kejahatannya..."

Nada bersemangatnya mula menurun. Suaranya berbisik "Apatah lagi anak saya Wahb ada di tangan mereka. Oleh itu jika saya pergi ke Yathrib tiada yang mencurigakan."

* * * *

Sofwan bin Umayyah cuba memanfaatkan keluhan 'Umair bin Wahb tersebut. dia tidak mahu mempersia-siakan peluang ini. Dia segera berpaling kepada 'Umair lalu berkata " Wahai 'Umair, biar saya tanggung semua hutang kamu. Saya akan lunaskannya walau sebanyak mana pun. Manakala anak-anak mu biarlah tinggal bersama keluarga saya, selagi saya dan mereka masih hidup. Saya berharta dan ia mencukupi bagi mereka. Bahkan menjamin kehidupan senang bagi mereka. "

" Kalau begitu, rahsiakan perbincangan kita ini. Jangan seorang pun tahu." bisik 'Umair kepada Sofwan.

jawab Sofwan " Baiklah, saya berjanji."

* * * *

'Umair bangun lalu meniggalkan masjid. Dalam hatinya membara api dendam terhadap Muhammad saw. Beliau segera bersiap untuk melaksanakan cita-cita tersebut. 'Umair tidak khuatir orang akan mengesyaki pemergiannya. Lantaran ramai keluarga tawanan Quraisy berulang alik ke Yathrib demi menebus ahli keluarga mereka yang tertawan.

'Umair mengarahkan pedangnya diasah dan disapu dengan racun pada mata pedang tersebut. Tunggangannya dan barang keperluanya turut disediakan. Lantas beliau menunggangnya dan menghala ke madinah. Htinya penuh dengan kebencian dan dendam kesumat. 

Setelah beberapa hari merentasi perjalanan yang jauh, 'Umair tiba di Madinah. Sesampainya di sana, beliau terus menuju ke Masjid bagi mencari Rasulullah saw. Setelah berhampiran dengan pintu masjid, beliau turun memberhentikan tunggangan dan turun mengikatnya. 

* * * *

Ketika itu 'Umar bin Al-Khottob sedang duduk bersama beberapa orang sahabat berhampiran dengan pintu masjid. Mereka sedang bercerita tentang peperangan Badr yang baru mereka tempuhi, tawanan, dan tentera  Quraisy yang mati terbunuh. Mereka menyebut tentang kepahlawanan tentera Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar. Nikmat kemenangan yang mereka kecapi dan kekalahan kafir Quraisy di Badr terus menghangatkan perbualan mereka. 

Sedang asyik bersembang, Umar mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Tiba-tiba beliau ternampak 'Umair bin Wahb sedang turun dari tunggangannya. 'Umair berjalan menuju ke masjid dengan pedang yang tersandang kemas di belakangnya. 

Lantas Umar gempar dan bingkas bangun. Beliau berkata kepada para sahabatnya "Inilah musuh Allah, 'Umair bin Wahb. Demi Allah dia datang tidak lain hanyalah denga bertujuan jahat. Dialah yang mengapi-apikan orang musyrikin agar menentang kita di Mekah. Dia juga merupakan perisik Quraisy dalam peperangan Badr."

Sahabat lain berpaling ke arah 'Umair. Kemudian Umar menyambung kata-katanya "Ayuh kamu semua pergi kepada Rasulullah da bersiap sedia disekelilingnya. Awas jangan sampai lelaki jahat yang penuh tipu helah ini mempengapakan Nabi saw."

Kemudia Umar segera bertemu Nabi saw. Setelah dibenarkan masuk bertemu baginda, Umar berkata kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah, musuh Allah 'Umair bin Wahb datang dengan pedangnya. Jangkaan saya dia sememangnya berniat jahat."

Lantas Nabi berkata "Bawa dia masuk bertemu saya"

Umar keluar dan membawa 'Umair masuk bertemu Nabi saw. Beliau mencekak leher baju 'Umair dan menjerut lehernya dengan tali sangkut pedang, lalu mengheretnya masuk.

Apabila Nabi melihat tindakan Umar tersebut, Baginda memerintahkan "Lepaskan dia Umar."

Umar pun melepaskan leher baju 'Umair.

"Kamu berundur ke belakang," ujar Nabi saw lagi.

Umar patuh dan berundur beberapa langkah ke belakang. Sementara Nabi menghadap 'Umair bin Wahb.

"Dekat ke mari wahai 'Umair." pelawa Nabi saw.

'Umair pun datang menghampiri Nabi saw dan berkata " Selamat Pagi"

Jawab baginda saw "Sesungguhnya Allah telah memuliakan kami dengan ucapan selamat yang lebih baik daripada ucapan selamat mu wahai 'Umair. Allah memuliakan kami dengan ucapan salam dan ia merupakan ucap selamat penghuni syurga."

"Demi Allah! kamu bukan asing dengan ucapan selamat kami. Ucap selamat yang kamu nyatakan masih baru." balas 'Umair bersahaja (aku kata: agak kurang asam jawapan 'Umair ni..)

Rasulullah saw pun bertanya "Apa tujuan kamu datang ke mari?"

Lantas 'Umair menjawab tanpa teragak-agak "Saya datang untuk meminta agar kamu membebaskan tawanan ini, Wahb yang berada di tangan kamu. Berlaku ihsanla kepada saya."

"Apa guna pedang yang kamu sandang itu?" tanya Nabi saw.

"Semoga Allah tidak memberi apa-apa kebaikan kepada pedang. Apakah gunanya? Adakah ia telah cuba mempertahankan kami ketika perang Badr?!!" 'Umair cuba menyembunyikan hasratnya yang sebenar..

namun baginda terus bertanya " Bercakap benarlah dengan saya, apa sebab kamu datag ke sini wahai 'Umair?"

"Hanya itu tujuan saya." tegas 'Umair dengan nada yang agak keras (aku kata: sabar je la dgn org kafir ni.. patut biar je Umar jerut leher dia tadi.. hehehe.. Baiknya Rasulullah..sabar je..)

Sambungan ~part2~ ak akan taip lagi sambungan cerita ni.. ape jadi pada Rasulullah..berjaya ke Rasulullah dicederakan oleh 'Umair.. ape pulak jadi pada 'Umair ni??

0 comments: