CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

PERAK vs PAS


Sekalung tahniah buat YB zambry kerana berjaya memerintah Perak semula..

(p/s: sama ada cara bersih atau tidak, hanya ALLAH dan anda yang mengetahui.. oleh kerana sy xde bukti, saya anggap cara bersih la kot..)

Kepada YB Nizar, saya tetap menyokong anda

(p/s: saya rasa anda benar.. tp, mmg law was created to be broken..!! nampaknya sekarang tak semestinya yang kalah itu salah..)

Pendapat aku ttg benda ni

Boleh kot dikaitkan dengan kisah SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

(p/s: aku dah dua kali khatam novel sejarah islam Muhammad Al-Fateh by Muhammad latip talib)



Bagaimana RASULULLAH pernah bersabda bahawa pada suatu masa nanti akan ada satu pemimpin yang baik dengan tentera yang baik dan rakyat yang baik akan menakluki KONSTANTINOPEL

Pemimpin itulah SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Wlaupun hadis itu telah 800 tahun disabda kan,

Walaupun telah terlalu ramai pemerintah yang cuba menakluki konstantinopel,

Sehinggakan SULTAN MURAD bertanyakan kepada SYEIKH BAYRAM (ULAMA KETIKA ITU) 

apakah pemimpin dahulu yang tidak berjaya menakluki KONSTANTINOPEL bukan pemimpin yang baik??

namun umat ISLAM pada ketika itu tetap percaya akan ape sahaja yang disabdakan oleh Rasulullah dan tidak menghentikan usaha menakluki KONSTANTINPEL


Ada banyak benda yang aku suka dari cerita ini

1- Diceritakan bahawa pemimpin sangat selalu mendampingi para ulama. Sehinggakan keputusan yang inigin di ambil akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu. Dan ulama pula, tidak ‘bias’ dan tidak terpengaruh lidahnya kepada mana2 pihak melainkan hanya berkata yang benar menurut syara’..

 

2- Pemimpin atau pewaris takhta dididik dengan baik ilmu agamanya, dan ilmu ketenteraannya. Sehinggakan diceritakan semasa kecilnya, SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH begitu degil kerana tidak mahu menuntut ilmu agama, tetapi haya leka bermain-main.. siap berlagak lagi dengan kedudukannya sebagai pewaris takhta..

Namun, SULTAN MURAD begitu mengambil berat soal pengetahuan agama anaknya, lantas memerintahkan sorang ulama yang terkenal dengan kegarangannya untuk mendidik SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.. maka ulama itu memukul kakinya di hadapan kawan2 yang lain apabila dia enggan menurut perintah supaya belajar agama.. Oohhh.. anak SULTAN lagi dipukul sbb xnak belajar agama.. anak2 kita?? (p/s: aku belum ada anak lagi..hehehe..)

3- Keputusan yang diambil akan disyura terlebih dahulu. Semua yang hadir berhak memberi cadangan. Diceritakan masa tu ada seorang askar yang mengawal kawasan perbincangan diadakan, dan dia meminta izin untuk memberikan cadangan. Kata SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH “Silakan, mungkin ALLAH memberikan petunjuk melalui kamu” Betapa relexnya seorang SULTAN menerima cadangan askar biasa.. setelah itu, apabila ramai ahli syura bersetuju, maka cadangan itu dilaksanakan..

4- Keputusan yang dilakukan oleh pemimpin adalah melihat kepada contoh2 yang RASULULLAH dan para sahabat lakukan pada masa dahulu..

salah satu contoh semasa tentera KONSTANTINOPEL menyerang TURKI, SULTAN MURAD (ayahanda SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH) mengarahkan setiap askar menyalakan 10 unggun api bagi menakutkan musuh.. sama seperti yang dilakukan oleh RASULULLAH dulu.. selepas itu, pada malam itu juga tentera KONSTANTINOPEL berundur kerana melihat unggun api yang banyak laksana bintang di langit.. jadi peperangan dapat dielakkan..

contoh lain: SULTAN MURAD dan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH keluar menyamar sebagai peminta sedekah untuk melihat keadaan rakyat.. seperti Umar al-khattab lakukan pada masa dahulu.. mereka dapati, peniaga melakukan penipuan dalam timbangan, rakyat yang kaya kedekut, apatah lagi yang miskin, tentera pula suka mengganggu ketenteraman rakyat.. oleh kerana inilah menyebabkan gagalnya usaha menakluk KONSTANTINOPEL.. pemimpin cukup baik, namun rakyat dan tentera balum cukup baik..

 

oklah, kaitan cerita ini dengan PERAK vs PAS??

Misi pas yang jelas- membawa ISLAM

Dan itulah yang ingin disebarkan keseluruh Malaysia.. bukan sekadar di Kelantan sahaja..

Sama juga seperti KERAJAAN TURKI USMANIAH yang mahu menakluki KONSTANTINOPEL kerana  ISLAM

Namun, apekah yang berlaku?? SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH perlu berusaha melakukan perubahan yang begitu besar..

1- menjadi pemimpin yang baik

Yg ni ayahandanya SULTAN MURAD pun ada saham.. sbb baginda bertindak bijak mendidik SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH dengan baik sejak kecil.. dan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH sendiri yang begitu kuat keimanannya.. dan berdampingan dengan para ulama adalah satu cara yang paling bagus untuk kekal mendapat nasihat yang baik..

2- mendidik tentera supaya menjadi tentera yang baik

Sehinggakan hanya mereka yang mempunyai latar belakang agama yang baik sahaja dilantik menjadi askar.. dan hanya askar2 yang kuat amal ibadatnya sahaja dipilih untuk berperang menakluk KONSTANTINOPEL

(p/s: askar sekarang?? Yg prebet2 tu laaagii la payah nak harap..Ooohh..)

3- mendidik rakyat supaya menjadi rakyat yang baik

Rakyat diperintahkan untuk tidak menipu dalam timbangan, mengikuti perintah2 ALLAH dan hukum hudud dijalankan bagi mereka yang ingkar.. skrg ni nk cari yang pakai tudung tp telanjang banyak laa..hehehe..nk cari yg menutup aurat betul2 dah jadi susah pulak..

 

Mungkin, dalam rangka mendapatkan Malaysia, Pas perlu mendidik semua pimpinannya, ahlinya, juga rakyat Kelantan supaya menjadi pemimpin yg baik dan rakyat yang baik.. mungkin barulah selepas itu ALLAH akan kurniakan Malaysia untuk ditadbir.. Mungkin bagi kes Perak, Pas masih belum mampu untuk mentadbirnya dengan baik.. Mungkin laa.. dan Pasti ada hikmah disebaliknya..

Ini aku la yg kata.. mana la aku tau.. hehe.. merujuk kepada kisah SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, mcm tula nampak gayanya..maka sama lah kisahnya kalau nak Berjaya bebaskan Palestin, kita semua kena jadi umat Islam yang baik.. barulah ALLAH tolong kita untuk jatuhkan kuasa yang sangat kejam ituu.. Ooohh..

IT IS ME WHO DELAY THE VICTORY.. I AM NOT YET A GOOD MUSLIMAH..

(^_-)

2 comments:

SITI HAJAR MOHAMMAD said...

Salam..
He..he, cepatnya khatam buku sultan Muhammad al-fateh tu..
Ada lagi buku-buku seumpamanya.
Jemputlah baca ek, nanti boleh kongsi dengan yang lain. (Terasa kerdil diri, hanya mampu membaca tapi tak kongsi kat blog. Rindu rasanya, dah lama tak jumpa.. Semoga sentiasa diberi kekuatan menghadapi ujian hidup..

hamba ABDI said...

w'salam hajar..
sy dah beli buku abu ubaidah..
hati tertarik baca strategi perang yg di susun oleh dua penakluk tu (abu ubaidah dgn muhammad al-fateh) dalam perancangan kumpul duit utk beli buku seterusnya pulak..hehehe..