CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 27, 2009

TAHAJUD CINTA

sekadar sedikit promosi, MARI SAMA2 kita saksikan teater ini di Istana Budaya.. tengok pada harga tiket tu, secara peribadi mmg yg mampu cuma RM30 je la kot... hahahaha... itu pon rasanya boleh buat beli makanan 4-5 hari jugak... tp demi cinta kekasih, ape salahnya kan...


suka untuk memetik kata2 dari EIRMA FATIMA dalam email beliau:

Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,
 
KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w  DIHINA DAN DI CERCA.... tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti saya.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.
 
Namun saya percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat saya korbankan... tidak ada apa yang dapat saya perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.
 
Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha saya ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.Demi RASUL TERCINTA...gegarkan lah ISTANA BUDAYA dengan SELAWAT sempena Maulidur Rasul kali ini.
 
Andai persembahan pop, Inggeris mampu diangkat...janganla h biarkan SIRAH JUNJUNGAN hanya sebagai cebisan karya untuk mengisi ruangISTANA BUDAYA tanpa sokongan. Bukan untuk saya...bukan juga untuk sesiapa...tetapi untuk MARUAH KARYA ISLAM.
 
Bantulah hebahkan pada sahabat-sahabat lain agar KISAH RASULULLAH ini dapat di tatap bersama.
 
 
 
Salam,
Jazakallah
dari Insan Seni Hina..
 
Eirma Fatima

so, dah baca kan?? jadi paham2 je la... pikir2 la sendiri ape yang patut di lakukan... penulisan ini sekadar menyampaikan ape yg tersampai pada diri ku... segalanya terpulang pada penilaian sendiri... tp secara peribadi, kalau ada kelapangan masa mmg nak sangat2 pergi tengok...

TEPUK DADA TANYA IMAN, 
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI...?? KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI...??

0 comments: