CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

Adik-Adik kesayanganku...


adik-adik yang kakak sayangi..

Duhai adik-adik yang kakak kasihi
kenapa hari ini masih lagi kakak teringat wajah-wajah kamu?
Duhai adik-adik yang kakak kasihi
kenapa masih kakak rasai hangatnya gengaman tangan kecil kamu?
Allah mempertemukan kita dan mentakdirkan hati kita untuk bertaut..

Duhai adik-adik
maafkan kakak kerana hanya sempat mengenali sebahagian antara kamu
maafkan kakak kerana tak sempat memeluk kamu
maafkan kakak kerana tidak sempat mengucup pipi kamu

kamu begitu suci
kamu tidak berdosa
kamu terlalu comel
siapalah kakak untuk disayangi kamu
siapalah kakak untuk dirindui kamu

namun
kakak pasti menyayangi kamu
kakak pasti merindui kamu

Duhai adik-adik yang kakak sayangi
berjanjilah untuk belajar bersungguh-sungguh
siapapun kamu di mata orang lain
kamu tetap mulia di sisi Allah
sekiranya kamu taat pada perintahnya

Justeru adik-adik yang kakak sayangi
berjanjilah untuk datang ke UKM suatu hari nanti
sebagai mahasiswa menggantikan tempat kami di sini

to adik-adik kesayangan ku
Pusat Jagaan Siraman Kasih
Rawang

terlalu terharu bila adik-adik kumpulan ku berkata "Ntah-ntah Kak Liza yang akan melupakan kami" saat hendak berangkat meninggalkan mereka. Rupanya terlalu mahal harga kasih sayang buat mereka...
terlalu terharu menerima panggilan adik-adik kumpulan ku saat baru sahaja tiba di UKM.. sangat terharu bila mereka bertanya "Kak Liza ingat kami tak....?"
Duhai adik-adik... masakan Kak Liza akan melupakan kenangan manis ini....?


pelukan kasih seorang abang

ingatkah adik-adik kenangan membalut tangan yang patah ini??

lambaian adik-adik yang terlalu sayu untuk kami kenang




abang dan kakak yang keletihan









tapi, kami puas dapat bersama adik-adik



1 comments:

azaias said...

bestttnyerr dpat melawat adik2 kat sna..mesti diorang happy kan biler lihat kak liza datang..hehe..(^_-)