CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

Ahli NERAKA vs Ahli SYURGA


Bismillahirrahmanirrahim...

sekadar nak bercerita ttg satu analogi yang menarik yg termasuk ke gegendang telinga lalu tertangkap dek akal waras saya dan akhirnya disimpan terus ke dalam hati tanpa keluar ikut telinga kiri (pasal saya tutup telinga kiri tu kot...hahaha)

sedang satu hari masa cuti2 Tahun Baru Cina yang di'PAKEJ'kan terus bersama cuti mid sem lalu, saya menonton TV.. tukar punya tukar channel, tertengok la cerita Bicara Siswa.. Tahniah pada seorang panel yang saya rasa hebat berkata2.. maklumla, dari ceritanya dia ni pelajar UM, amek kaunseling, PMUM la kot agaknya.. tapi tak perasan pulak saper nama dia..

cerita dia begini: JENG JENG...!! (saya olah sesuka hati, cuma masejnya masih sama la ye...)

kita semua tau kewujudan SYURGA dan NERAKA kan?? jadi satu hari terhendap-hendap la ahli SYURGA teringin nak tau ape la jiran sebelah ahli2 NERAKA tu buat kat sana... hari2 terpekik terlolong kan... rasa macam curious jgk la nak tau ape ada kat rumah NERAKA tu..

Dalam masa sama pulak, ahli2 NERAKA yang dah hangus2 kena bakar hari2 tu pon nak jugak rasa macam mana agaknya jadi ahli SYURGA... Ape la yang ada dalam SYURGA tu kan...? jadi mereka ni sama2 nak tgk tempat satu sama lain..

maka terjadilah satu pakatan antara ahli2 SYURGA dan NERAKA ni.. 

ahli neraka: wahai ahli SYURGA, kami ni teringin benar nk tgk SYURGA tu mcm mana la...best ke  dok kat sana ek?
ahli syurga: Hmmm... sini mmg r best.. kami pon rasa mcm nak tgk la NERAKA tu mcm mana...nak tgk jgk tempat2 lain kan...
ahli neraka: tapi kan mcm mane korang nak ke sini dan mcm mana pulak kami nak ke sana?

(lalu mereka pon berfikir....)

akhirnya mereka sepakat utk buat jambatan menghubungkan kedua-dua tempat nih...ahli NERAKA buat separuh, ahli SYURGA buat separuh.. lepas tu mereka pon buat la jambatan tu kan... tapi lepas beberapa lama nak tau ape yg berlaku??

jambatan ahli NERAKA dah siap... cantik giler...tapi jambatan ahli SYURGA tak siap2.. tak buat2 pon... maka bermula la sesi dialog mereka...

ahli neraka: wahai ahli SYURGA, ape ke he nya yang korang punya jambatan ni tak siap2 lagi...? ish kaaaamuu niiihh (ala2 kak bab dalam Tain 3T... hehe)
ahli syurga: kami nak sangat buat.. tapi... jurutera, arkitek, semua tenaga2 mahir dan profesional sume2 kat NERAKA... takde bijak pandai yang tinggal kat SYURGA ni ha...

end of story... nampak tak, walaupun cerita ni cuma analogi je.. memang la tak betul pon... tapi pada saya mesejnya begitu jelas... terlalu ramai org2 yang kononnya berilmu sekarang menggunakannya bukan utk tujuan yang baik.. ilmu utk dunia sahaja.. dan lepas tu dgn ilmu tu la dok tipu sana tipu sini... sbb tu yang penting adalah pendidikan dengan menekankan kepntingan berpegang teguh pada agama bagi melahirkan org2 yang jujur dalam pekerjaan mereka..

bagi KITA?? ape nak buat..?? mcm biasa la.. kena tanamkan niat utk belajar kerana Allah.. maknanya kena usaha sungguh2, kena buaaaat betul2, kena jujur, sume2 laaa.... supaya kita tergolong dalan ahli SYURGA.. KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?? KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?? 

bukti dah ada byk depan mata, akibat rasuah, terlalu banyak kerosakan pada bumi ni yang jadi... semua kerana orang2 yang berilmu tapi lupa bahawa Allah adalah pemilik segalanya... merasakan mereka akan hidup sejuta tahun agaknya... so, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?? KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?? ubah diri sendiri (diri yang menulis ni sbnrnya..) supaya jadi cerdik pandai yang berada di SYURGA... insyaAllah... dan tak lupa jugak utk berdakwah dan berislah untuk ajak cerdik pandai yang lain sama2 dok dalam syurga jugak... amiiinnnn....... mampu ke?? layak ke ke syurga...?? hmmm.... USAHA je la yee....


1 comments:

aimie said...

betul jugak..manusia skrg ramai yg mengejat dunia..
akhirat dilupakan..

satu sifat je yang merosakkan manusia..malas