CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 2, 2009

Program Rehlah dan Tajmi' Umum


Alhamdulillah Karisma UKM telah mengadakan program ni di Kolam Pancing Desa Mahkota... best wooo... (18 Januari 2009) keesokan hari selepas pulang dari penang..

pemandangan indah Desa Mahkota

maka pagi2 lagi dah kena bangkit untuk program tuu... Alahai, penat baru balik penang pon tak habis lagi..untuk program ni kena jadi driver la pulak... walaupun dah lama ada lesen, tapi bawak kereta tu tak la lama pon... mcm org gila jgk la... hehehe... tapi nak kata ape kan.. kena la buat jugak..

untuk program ni Alhamdulillah byk kereta dari makcik pakcik JIM yg dapat kami pinjam.. hehehe.. terima kasih daun keladi, lain kali nak pinjam lagi... Alhamdulillah kali ni program disertai oleh lebih kurang 40 orang.. untuk detail ttg program ni boleh la ke www.karisma-ukm.blogspot.com

oleh kerana terlibat sebagai urusetia jugak, maka tak dapat lah nak memancing.. well, mmg tak minat memancing pon... hehehe.. jadi selepas jadi supirah mengangkut adik2 ke kolam pancing tu, kena pulak jadi camerawomen.. kena tangkap gambar utk program tuu... untuk gambar2 program boleh lawati www.flickr.com/photos/karisma-ukm/

satu pengalaman yang menarik walaupun letih sangat2 hari tu... pengalaman bawak kereta dan mati enjin kat traffic light depan UKM.. huhuhu... malu sgt.. tapi buat2 bodo je laaaa...mcm tak biasa.. ala, org nak gelak pon biar la.. semua org pon sblm pandai dia bodoh jugak.. mana ada org lahir2 terus pandai kan...??? tapi bila dah pandai, pandai2 je nak kutuk org yg bodoh... tu la namanya lupa daratan... tak sedar diri yang dulu pon bodoh jgk...

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI dan KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI
jadi.. kena la ubah mind set diri sendiri jugak.. jgn suka2 je nak pandang rendah org lain.. sbb kita bukan manusia sempurna.. insyaAllah, peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..

cik urus makanan dan cik driver+camerawomen


bakar ikan dgn ubi (tak sempat pon)

0 comments: