CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

RELA

Sajak Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza)
Lirik Aku Rela Algebra

Telah ku rela nama
dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama selamat akhirnya..
Yang membantah hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga..

lagu yang begitu meruntun hati, tergambar luahan rasa penulis ini dalam kepayahan beliau mengharungi ranjau... maaf kerana kualiti lagu ni agak kurang.. cukuplah sekadar perkongsian rasa yang membuatkan ku mengerti dan terlalu faham bahawa jalan dakwah tidak pernah menjanjikan kompang dan carpet merah.. ia terlalu dipenuhi duri yang melukakan.. benarlah, cinta perlukan pengorbanan.. "Apakah cukup kamu mengatakan beriman, sedangkan kamu tidak diuji...??"



terima kasih buat adik kesayanganku sopi yang memberikan lagu ini sebagai renungan dan penghayatan buatku... lagu yang memang best dari segi melodi dan liriknya... huhuhu... Didoakan sopi sihat dan sejahtera di UK, belajar rajin2.. nnt dtg ukm lagi yea... hehehe...

1 comments:

Anonymous said...

bagus lirik lagu ni... Hayati lah lagu ini dan cuba memahaminya. ;)