CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 11, 2009

Macam-macam Lompat daaa....


sekadar perkongsian dari email dari brother2 KARISMA or maybe JIM.. Ana pinjam la kata2 nya yang begitu menarik.. Analogi yang begitu CUN...!! hehehe... maaf akhi, pinjam kata-kata letak kat bog ni, rugi kalau biar kan dalam email je... cuma ana tak ambil sume laaa... kang kena gam..hehehe...

begini bunyi ceritanya..

Ustaz! apa hukum melompat? , Agak terpinga juga saya mendengar soalan yang dikemukakan secara tiba - tiba oleh seorang anak buah sewaktu kami sarapan pagi .

Saya tanya kembali kepada sahabat yang mengemukakan persoalan tersebut : "Lompat apa ? lompat bagaimana ?"

Alaaa , ustaz nih ! berapa jenis lompat yang dok ada ?

Laaaa , lompat ada banyak jenis tau .
 
Ada lompat katak [ lompat banyak destinasi lain ] , ada lompat kijang [ ke satu destinasi lain tetapi lompatannya bergaya ] , ada lompat tinggi [destinasi yang sama tetapi lompat untuk menggapai kepentingan diri ] , ada lompat jauh [ ke satu destinasi yang lain melepas emosi ] dan terbaru ni namanya lompat spring [ lompat ke satu destinasi lain tetapi hanya mampu bertahan beberapa hari kemudian kembali ke tempat asal ].

Hukum Melompat .

Saya serius lah ustaz ! apa hukum melompat nih ? Lalu segera saya menjawab bahawa hukum lompat ini terbahagi kepada 5 situasi :

Saja - saja nak melompat : hukumnya Harus
Lompat dlm majlis dan menimbulkan rasa kurang senang orang lain : hukumnya Makruh
Lompat ke satu sudut untuk memberi laluan selesa kepada orang lain hukumnya : Sunat
Lompat naik atas kepala orang dan membinasakan orang lain hukumnya : Haram
Lompat kerana ingin menyelamatkan nyawa orang lain hukumnya : Wajib

Nabi saw pernah bersabda :

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

"Setiap tindakan bergantung kepada niat dan seseoarang itu diganjarkan berdasarkan apa yang ia niatkan . Barang siapa yang berhijrah [ melompat ] kerana Allah dan Rasulnya saw. maka ia akan mendapat Redha Allah swt dan Rasulnya saw. dan barangsiapa yang berhijrah [ melompat ] kerana memburu kepentingan duniawi atau kerana memburu perempuan yang ingin dikahwininya , maka hijrahnya itu hanya untuk apa yang ia hijrahkan"

Ok ustaz , saya faham .... saya faham ! erm ... faham pun . Kita jumpa semula
Ust. Nasrudin bin Hassan at Tantawi

hehehe... mcm yang dikatakan tu laa... anda faham?? saya faham?? paham2 jelaaa....
rupanya mcm2 lompat yang ada didunia ni..dalam keadaan panas2 ni baru perasan tentang lompat macam2 nii...Hmmm.... kita pikir la sama2........


Lompat spring?? hehehe... menarik seyh... istilah baru untuk cerita baru2 ni.. (^_-)

2 comments:

Anonymous said...

:) hehehe lompat katak, lompat kijang, tp lompat kancil tkde? lompat gajah? lompat kura2? :p gurau2 je sbb mcm2 nama lompat dinamakan sempena haiwan.. popular wooooo.. (^_^)

Anonymous said...

hehehe...gajah dgn kura2 mana tau lompat...kancil melompat ke??hmm.. lompatan kancil tu bijak kot.. masalahnya manusia2 sekarang tau nak melompat je, tp tak bijak pon..tp suka lompat spring tuu..lompat 10 hari je, pastu patah balik..