CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 23, 2009

Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau Rompin (edisi 1)

Al-Kisaaaaahh
tersebut lah kisah
seorang "budak baik"
menyimpan rindu yang teramat sangat
setelah lebih 6 bulan
tak menjejakkan kaki ke hutan

Akhirnya, pada hari Ahad lalu
(18 oktober 2009)
"budak baik" ni pun bertolak la ke Endau Rompin
Alang-alang lama tak masuk hutan
"budak baik" ni bertapa di sana selama seminggu woo..

ikuti catatan Al-Kisah turun naik Taman Negeri Endau Rompin
versi seminggu perjalanan
..heheheehe..
itu pon kalau "budak baik" ni rajin menaip laaaa

..:: Edisi 1 ::..

kita mulakan cerita al-kisah "budak baik" ni
sebenarnya, "budak baik" ni ada byk kerje
(p/s: khabarnya laaa.. 'perasan' bz je selalunya..)
hari jumaat, "budak baik" ni dah pun submit 1 daripada kerjanya.. kira lega la sikit hati dia..
hari sabtu malam pulak dia menjadi volunteer MAN '09
dia la driver yg kekejangan kaki tuu..
itu serangan kedua berturut-turut
setelah semalamnya dia kejang juga..
serangan kedua ni lebih dahsyat, dan kesakitannya lebih lama
kejang pulak semakin merebak sehingga separuh kaki
"budak baik" ni dah mula risau, sebab takut kejang masa panjat Endau Rompin nanti..
tapi "budak baik" ni percaya pada Allah..
Allah kan dah janji dalam surah 47: 7 dan 11
pegang saja pada janji Allah.. (^_-)
keesoka harinya "budak baik" meneruskan pula programnya
iaitu Daurah Amal Jama'ie

tergesa-gesa pulang daripada daurah tu
(p/s: "budak baik" ni ikut daurah separuh hari je)
budak baik ni drive kereta Naqibah kesayangnnya
(p/s: masih perasan kaki sihat walaupun jalan mcm org dalam pantang..)
bila dah sampai time untuk berangkat ke Endau Rompin,
naqibah kesayangan "budak baik" ni pon datang ke biliknya
untuk menghantarnya ke Bangunan Bio UKM
sebelum di hantarnya "budak baik" ni
di urutkan dulu kakinya yang sebelah tu.. sebelah je sempat..
maka terjerit-jeritlah "budak baik" ni kerana kesakitan yang teramat sgt..
(p/s: elehhh.. kata la tak tahan sakit.. hehehee.. mmg sakit pon!!)

maka bermula lah Musafir si "budak baik" ke Endau Rompin selama seminggu
di sms nya mcm2 org supaya mendoakan keselamatannya
di telefonnya mama untuk bg report
al-maklumlaaa, nak berlepas ke tempat org..
Ahli rombongan ada 8 orang termasuk dua driver
mereka menggunakan kenderaan Ford Everest UKM dan Bas persiaran (van sbnrnya)
ketua rombongan ialah Kak Norsiah
student PhD Dr Wan Juliana
yang melakukan kajian di sana
bila duduk je dalam van
"budak baik" ni dah mula pening..
ntah ape la air-freshener yg pakcik tu bubuh
maka dalam loya yang teramat, "budak baik" ni cuba juga menahan diri
dia berpura-pura tido dan tak tegok jalan bagi mengelakkan muntah
dipejamkan matanya rapat2, dicuba juga berborak-borak untuk melupakan bau yang kurang senang itu.. macam nak pengsan jugak menahan bau.. hehehee..

akhirnya "budak baik" pun sampai lah ke KEM BESTARI
tempat rombongan bertapa selama seminggu
punyalah tinggi kemuncup menyebabkan "budak baik" bukan berjalan, tp dok melompat2 elak kena kemuncup..
(p/s: ngada2 betul, geli kena kemuncup katanya.. hehehe..)
dalam kepenatan dan kepeningan yang teramat
"budak baik" meneruskan kerja memunggah barang
dan mengemas bilik tidur yang kurang bersih
punyalah penuh dgn najis cicak.. hehehee..
kawan "budak baik" pulak berhempas pulas mencuci tandas..

Akhirnya terlena lah "budak baik" dan kawannya berserta ketua rombongan di dalam bilik yang dikemaskan ala-ala kadar je..
maklumla, camping.. takkan nak cuci sampai berkilat kot..??
mereka lena sampailah ke pagi
menunggu hari yang menjanjikan lebih banyak pengalaman
"budak baik" punyalah cuak takut kejang di kaki bukit
maka di lumurkan "minyak panas" malam tu..
hahahaa.. Minyak cap kuda wooo..

~~ bersambung ~~

1 comments:

azaias said...

salam lizaaa...

budak baik tu pegi naik utan tak bgitau pun yek..(-_-!)

kemuncup??..haa..bdak baik tu mmg mcm tu..mse kat sekolah dlu2 pun dia fobia sikit nak lalu tmpat bnyak kemuncup..terloncat2 la dia nak elak kmuncup sbb tak mo melekat kat kain sekolah..hehe..(^_-!)

all the best of luck in ur exm!!..

rinduuuu kmuuu...=hugs=