CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 10, 2009

PEMERGIAN PROF DR KAMARUDIN MAT SALLEH




"Setiap yang bernyawa akan merasakan MATI. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"
(Al-Ankabut 29: 57)

"Setiap yang bernyawa akan merasakan MATI. Kami akan menguji kamu dengan kebuluran dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami"
(Al- Anbiya' 21: 35)

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Al-A'raf 7: 34)

"Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak pula dapat meminta penundaan (nya)."
(Al-Hijr 15: 5)
______________________________________________

..:: Kenangan Yang Takkan Berulang ::..

kenangan bersama Arwah di FRASER's HILL
masa ni Arwah di awal stage cancer..
sangat sedih tengok gambar ni..
teringat arwah
sakit yang ditanggung membuatkan arwah terlalu kurus
sangat berbeza dari keadaannya dalam gambar ni..

masa ni Arwah tgh dok sibuk amek gambar ulat gonggok besar
same la dgn Prof Charlie tu..
utk gambar ulat gonggok tu [klik sini]

bila dah sibuk amek gambar
bom meletup kat sebelah pon depa bukan sedar
aku dgn kawan aku pun dok sibuk2 bergambar
hahahahaa
teringat lagi prof panggil aku "mek"
aku bukan org kelantan pon
suka2 je bubuh nama aku "mek"

bila tengok gambar ni
aku rasa sayu sangat
Arwah sangat2 berhajat untuk tengok sendiri Helosis ruficeps di lapangan
nampaknya bukan rezeki beliau untuk sama-sama panjat dan melihat sendiri parasit yang unik ni..
aku masih ingat lagi semasa field trip aku yang kedua
aku balut elok2 helosis tu
dan terus bawa balik ke Bangi
pastu esoknya terus bagi ke Arwh untuk
memenuhi hasratnya mem'fotograf' parasit tuu..
untuk koleksi beliau [klik sini]
_____________________________________________________

aku menerima sms pemergian arwah pada 10-10-2009
rasa yang bercampur baur masa tu
rasa LEGA kerana
akhirnya Allah menghentikan siksaannya
setelah setahun arwah bertarung dengan penyakitnya

rasa sayu bila mengingati kesakitan yang ditanggung
masa dulu2 duduk sakit, baring sakit, mengiring sakit
semuanya serba tak kena
sehinggakn arwah tak dapat tidur akibat sakitnya
kini, arwah 'berehat' buat selamanya

rasa sedih bila mengingatkan kenangan yang takkan berulang
bila mengingatkan cita-cita dan impian arwah
untuk buat itu ini
memang a TRUE RESEARCHER

rasa insaf apabila mendengar talkin dibacakan
andainya IA dibacakan untuk aku??
mcm ni la bunyinya..

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Binti IBU SAYA, wahai SAYA Binti IBU SAYA,wahai SAYA Binti IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Binti IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Binti IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan
untuk melawat arwah pada hari JUMAAT 9-10-2009 di HUKM
saat arwah dihujung nyawanya
aku juga diberi kesempatan
untuk melawat arwah pada hari AHAD 11-10-2009
di rumah beliau Taman Sri Jelok
dan hari itu beliau telah pun berpakaian serba putih
aku juga diberi kesempatan untuk 'menghantar' beliau
ke 'rumah' barunya di Sg Kantan
kali ini aku pulang tanpa beliau
meninggalkan beliau di sana
kerana beliau telah pun bersama PENCIPTA
PENCIPTA beliau dan PENCIPTA aku

1 comments:

azaias said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..