CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 16, 2009

MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
semoga aidilfitri disambut dengan kesederhanaan
hari kemenangan
yang disyukuri
hari berakhirnya Ramadhan
yang ditangisi
"Apakah bakal ada Ramadhan lagi untuk diri ini??"

Ampun maaf tak terhingga kepada
semua kaum keluarga
Guru-Guru dan Para pensyarah
(p/s: saya tau saya selalu LELAP dalam kelas.. hehehe..)
sahabat-sahabat se'platform'
(p/s: disini bermula, lahirnya cinta, berjuang kerana Allah..
tanpa nama, tanpa gaji, tanpa pangkat, tanpa kuasa
semua kerana Allah..)
kawan2 se'sekolah', se'kelas', se'kursus' etc..
(p/s: aku bukanlah kawan yang baik,
aku mengerti kekurangan diri yang sering menyakiti,
kamu semua tiada salah dgn ku..
bahkan aku lah yg sebenarnya terlalu banyak bersalah..
maaf ye.. )
semua yang mengenali diri
secara langsung ataupun tidak langsung..

..:: MAAF ZAHIR BATIN ::..

************************************
Dari 'Aisyah r.a., katanya:

"Rasululah saw masuk ke rumahku, dan ketika itu dua gadis sedang menyanyikan nyanyian perang Bu'ats dalam rumah. Lalu beliau berbaring di tilam dengan memalingkan mukanya. Tiba-tiba Abu Bakr masuk, lalu dia membentakku sambil berkata: "Sejak bila ada seruling syaitan di rumah Rasulullah saw?"
Mendengar itu, Rasulullah mendatangi Abu Bakr, lalu baginda berkata: "Biarkanlah mereka!"
Setelah Abu Bakr melangkah, aku mengerling dua gadis itu supaya mereka keluar, dan segera diikutinya.
Hari itu adalah Hari Raya di mana orang-orang Sudan mempertunjukkan permainan mereka dengan mempergunakan perisai dan tombak. Mungkin ketika itu, aku yang meminta kepada Rasulullah atau mungkin juga baginda yang bertanya kepadaku , apakah aku ingin menonton pertunjukkan itu atau tidak.
Jawabku: "Ya, nak!"
kerana itu, baginda menyuruhku berdiri di belakangnya, sedangkan pipiku dekat ke pipi beliau. Beliau turut mengelu-elu, katanya: "Teruskan! Hai Bani Arqadah!"
Setelah aku merasa puas, baginda bertanya, "Sudah cukup?"
jawabku, "Sudah!"
Kata baginda "Jadi, pergilah..!"

(Hadis ke-844: Kitab terjemahan hadis Sahih Muslim)

maka, tak salah la bergembira di Hari Raya
cuma, jgn berlebih-lebihan
(^_-)

Happy Eid Mubarak..!!

3 comments:

azaias said...

salam liza..selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..minta maaf jikalau dlam tempoh kte berkawan baik ni pernah tersalah kata, terkasar bahasa, mengguris hati dan mnta halal yer utk smua..rindu kmu..!!

darth one said...

salam cik liza!
anda didapati bersalah kerana tidak memaklumkan majlis konvokasi anda!
sila minta maaf pada saya dengan kadar segera!
hahahahhahhaha

abe

hamba ABDI said...

Azreeeeennnn...
rindu rindu rinduuu...
balik la cepatttt..

darth one, heloo mcm la dia konvo ada bgtau org.. byk cantikk.. yela, kak liza mintak maaf la ye..hehehe..
tgu ko konvo plak laaa.. nnt kalu kak liza dah keje, akak bg hadiah.. kalau dah keje laa.. huhuuu..