CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 8, 2009

Aku (mungkin juga KAMU)


Setiap manusia pasti akan diuji oleh Allah.. walau siapapun dia, sehebat mana pun dia di hadapan manusia.. kerana hakikatnya semua manusia itu bukanlah maksum.. takkan terlepas dari dosa-dosa besar, apatah lagi dosa-dosa kecil..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

“Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)”

Surah Al-Mu’minun 23: 62

Semakin kita mengaku mencintai Allah, semakin Allah uji bukti cinta kita itu..

Ujian Allah menuntut aku (mungkin juga KAMU) untuk bukan sahaja bersabar, malah lebih teruk apabila ia menuntut aku (mungkin juga KAMU) untuk jatuh, terluka dan menangis sebelum bangkit lagi meraih Cinta Nya.

Hakikatnya sungguhpun aku (mungkin juga KAMU) terluka, sungguhpun aku (mungkin juga KAMU) cedera parah parah, aku (mungkin juga KAMU) tetap takkan berhenti meraih CintaNya

aku (mungkin juga KAMU) akan tetap berada di sini untuk cuba meraih Cinta Yg Maha Satu kerana aku (mungkin juga KAMU) sedar bahawa hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa, juga kerana aku (mungkin juga KAMU) sedar hakikat diri yang kerdil hanyalah HAMBA ABDI kepada YANG ABADI


untuk hati aku (mungkin juga hati KAMU):


Wahai hati,

Menangislah

Merintihlah

Mengadulah hanya pd Allah.

Wahai hati,

Bersabarlah

Tenanglah

Damailah dalam pelukan kasih Allah.

Wahai hati,

Aku tahu kau sepi

Aku tahu kau sunyi

Aku tahu kau sendiri

Namun hati,

Bangkitlah lagi, bangunlah kembali, teruskan berlari

Aku berjanji akan membantu mu

Dengan menyerahkan mu

kepada ALLAH,

PENCIPTA AKU DAN KAMU..


“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku”

Surah Al-Baqarah 2: 152


0 comments: