sebentar tadi baru aku menangis
tersedu-sedu
laju benar air mata yang mengalir
dengar lagu kat radio pun boleh nangis
tapi tadi
ajaibnya SOLAT
setelah aku solat
rasa seakan ada kekuatan baru
walaupun aku sendiri
tidak menangisi ape yang berlaku
tatkala dalam solatku
AJAIBNYA solat
mampu memberi ROH yang baru
memberi aku NAFAS yang baru
memberi aku SEMANGAT yang baru
indahnya BAHASA ALLAH
membisikkan aku
dari ruang2 minda yang aku tidak tahu
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhainya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu."
( Al-Fajr: 27-30)
ketenangan itu lahir dari bisikan Allah
ketenangan itu lahir kerana CINTANYA
aku x pernah sendiri
kerana CINTANYA pasti menemani..
1 comments:
salam,
alhamdulillah.. menangis atau khusyuk dalam solat tu anugerah ALLAH.. kadang2 kita paksa diri pun tak mennagis2 gak..
Post a Comment