CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 25, 2010

KEKUATAN buat DIRI SENDIRI

Sabarlah hati..sikit lagi..
perjalanan telah benar-benar hampir ke penghujung..
kau pernah katakan dulu
"inilah jalan ku"
kau tahu dengan benar
jalan inilah pilihan mu
kau yakin dengan sesungguhnya
kau xkan pernah menyesal
aku tahu kau tak pernah menyesal
cuma rupanya kau keletihan
dalam setiap langkah yang kau lalui
membalut hatimu sendiri
membakar obor semangat mu sendiri
menahan tangisan mu sendiri
hanya kerana azam yang kau genggam
ingatlah kau pada kata-kata Tuhanmu

"Dan barangsiapa mundur pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sungguh, orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah. Tempatnya ialah neraka Jahannam, dan seburu-buruk tempat kembali."
(Surah Al-Anfaal 8:16)

justeru kau, jangan pernah berfikir untuk MUNDUR..!!
justeru kau, teruskan perjalanan mu
kau telah benar-benar hampir

hanya kau dan Tuhanmu yang tahu
mengapa jalan ini yang kau pilih
bukankah telah kau lihat
bagaimana DIA mempermudahkan segala urusan mu
yakinilah DIA pasti akan sentiasa disisimu
bukankah telah DIA janji kan

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nisacaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad 47:7)

"Yang demikian itu kerana Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka"
(Surah Muhammad 47:11)

ingatilah wahai kau..
biar seluruh dunia lari meniggalkan kau
biar ape pun kesusahan yang kau hadapi
depanilah ia dengan berani
tiada apa yang mampu MELUKAKAN mu
melainkan dengan izin Tuhanmu
simpan baik-baik FIRMAN Tuhanmu ini

"Sesungguhnya pelindungku adalah ALLAH yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran). Dia melindungi orang-orang saleh"
(Surah Al-A'raf 7: 196)

"Sesungguhnya orang-orang yang ada di sisi Tuhanmu tidak merasa enggan untuk menyembah Allah dan mereka menyucikanaNya dan hanya kepadaNya mereka bersujud"
(Surah Al-A'raf 7:206)

~~bangunlah hati~~
(o_O!)

Wednesday, April 21, 2010

~untuk insan bergelar wanita~

Ratuku
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbangan hati ku ini
Takkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbangan ku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupon tanpa relamu

Ratuku
Kebimbangan ku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujud lagikah ratu idaman hatiku??
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh


Ratuku
Bukanlah ku harap kau segigih
siti hawa
Yang berlari-lari antara safar dan marwa
Bukan juga sesetia
ainul mardiyah
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat

Engkaulah bukan Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'ishah
Bukan juga Rabi'atul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
Cukuplah sekadar kau mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya

Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu

Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetik mu lagi
Jangan ada kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Janngan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupon kadangkala
Aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku
Masih ada
sinar harapan
Yang mampu buat aku tersenyum lega

Kerana akan kutemuai
Ratu yang sebenar-benarnya ratu

~~credit: MPP hal ehwal siswi upm~~
someone posted the video in FB
i just copied the words

Tuesday, April 20, 2010

SCOOBY-DOO ~~ where are you??


kalau korang nmpak SCOOBY DOO kat tepi jalan
ape korang buat??
lari?? jalan buat selamber?? baling batu??
kalau aku, ikut hati mmg nk lari
tp
jalan buat2 MACHO la kan?
lepas 7 langkah, buka langkah 1000 laaaa

tapi ape kata
kalau SCOOBY DOO ni
masuk blok korang
pukul 4 pagi
dan menyalak kuat-kuat
bunyinya mcm dekat je dgn bilik korang
amacam??


aku pn xtau
tapi yang nyata
aku keSERAMan sebab SCOOBY DOO
masuk blok aku
pagi tadi..
seram sangat sampai macam2 aku fikir
hehehee

pastu aku pon takutkan rumet aku
"agaknya blok kita ni byk hantu kot..."
"kalau x nape hari lain dia x masuk??hari ni je dia masuk.."
"sape bawak balik hantu ni weh..??"

hahahaaaa
~~aku pun takut la jgk sbnrnya~~
~~kalau SCOOBY DOO tu geget aku~~
alahai
x maaaaauuuuu

SCOOBY DOO
pagi nnt jgn masuk lagi ye..
(^_-)

derma DERMA derma


aku x kaya
duit pn harap mak ayah je ni
bila nk kerje pn xtau la
..:: heeee ::..

ada orang kata
aku pun xla BERBUDI BAHASA
LEMAH LEMBUT jauh sekali
..:: memang pun, aku tau tu ::..

tapi semua tu xde kaitan ye..

aku rasa nak menderma
dah 2 kali aku derma
nak derma kali ketiga
bila nak ada kempen ni??


aku sihat sangat ni
x sakit-sakit
x makan panadol dalam masa terdekat
dah lengkap sangat untuk derma darah
tapi xde ke org nak darah aku ni??
aisey.....

nak derma darah
nak nak nak
sementara sihat sbb bila dah sakit
xde maknanya impian ni

sape2 yang tau
kot-kot ada kempen derma darah
yang terdekat
sila bgtau ye..

btw, aku x tau cara sbnr nk derma darah
tak semua hospital terima kan??
ke aku boleh redah je sume hospital??

saya tak takut jarum

Saturday, April 17, 2010

kamu memperlekehkan MASA aku ~~ thanks!


aku sangkakan masa itu aku punya
well
aku tau masa itu Allah punya
Dia pinjamkan pada aku
kan Dia pinjamkan pada AKU
Aku punya la
[hakikatnya Dia punya]

masa yang Dia pinjamkan pada kamu
itu hak kamu
itu kamu punya
aku tak pertikaikan

kamu mahu pinjam masa aku
agar aku dapat berikan pada kamu
untuk aku bantu kamu
lalu aku berikan kerana cinta aku pada kamu

telah aku jelaskan pada kamu
tempoh masa yang aku berikan kepada kamu
kerana masa selebihnya
harus aku susun untuk orang lain
jua untuk diri ku sendiri
ITU HAK AKU
AKU DAH SUSUN MASA AKU
AKU DAH BERIKAN KEPADA KAMU
TEMPOH YANG SEPATUTNYA
dan kamu mempersetujuinya

lalu selepas itu
KENAPA KAMU MEMUNGKIRI JANJI KAMU???
bukan sedikit masa aku kamu ambil
kamu bukan saja ambil
bahkan kamu perlekehkan
kata kamu
aku boleh lakukan apa yang aku rancangkan
dalam masa yang lebih singkat
daripada yang aku peruntukkan

apa kamu fikir
MASA AKU ADALAH HAK KAMU??
SEDANGKAN ALLAH TELAH BERIKAN KITA
HAK MASING-MASING
AKU RANCANG MASA AKU SENDIRI
AKU TIDAK IKUT CAMPUR
DALAM PERANCANGAN MASA KAMU
apakah yang memberi kamu hak
MAMPERLEKEH MASA AKU
lantas MENCURINYA DARIPADA AKU

KAMU TIDAK MENJAGA MASA KAMU DENGAN BAIK
itu urusan kamu
NAMUN KAMU TIDAK BERHAK
MEMPERLEKEH MASA YANG TELAH AKU ATUR
MEMUNGKIRI JANJI YANG TELAH DIPERSETUJUI

aku berhak MARAH
dan aku sememangnya marah
aku harap kamu tahu
kesilapan kamu
tunjukilah akhlak yang baik
mohon maaf atas kesilapan kamu

aku dahului dengan memohon maaf
atas kekasaran aku
pada hari itu
aku HANYA PROTES
KERANA KAMU
MEMPERLEKEH MASA AKU
LANTAS MEMUNGKIRI JANJI KAMU
maafkan aku atas kekasaran itu