

sorry, but this entry was written by someone who has not yet to be married (calon pon xde.. (",) hehe..).. just writing my opinion as one of my friend asking me "tak letak post baru ke?"
other than that just as usual, to share my opinion... ambil lah sekadar yang baik sahaja.. yang buruk tu tinggalkan kat sini yer... sbb yg baik tu MEMANG DARI ALLAH.. yang buruk tu dari diri saya sendiri yang hakikatnya juga dari ALLAH untuk mengingatkan diri ini bahawasanya hanya ALLAH YG SEMPURNA..
kedua-dua gambar ini berkaitan dengan percintaan..di mana seorang lelaki yang memohon supaya Allah kurniakan cintanya itu kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Allah.. dan seorang wanita yang mencintai lelaki kerana agama yang ada padanya..hmm..
apakah perasaan anda selepas melihat gambar ini?? no komen.. cuma satu sentuhan yang dalam betapa sucinya perasaan cinta dan kasih kerana Allah.. mcm payah je nak cari zaman sekarang ni..
"... aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,"
(al-hijr: 39)
(al-hijr: 39)
petikan kata2 syaitan dalam surah al-hijr..kejahatan terasa indah.. penangan cinta memang indah.. erm, indah kot (20 thn hidup xpernah bercinta.. xtau la rasanya..)
jadi Allah berikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaiannya..
tp, KAHWIN AWAL BAHAGIA ATAU DERITA??
p/s: mana la i tau.. i tak kahwin lagi maaaa...
berdasarkan logik akal, semua perkahwinan adalah bahagia sebab seseorang itu telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya.. mau tak bahagia?? sebahagian dah sempurna hanya dgn berkahwin..
tp, harus diingat bahawa perkahwinan memberi impak kepada mind, body and also the soul..
if not mistaken, Abd Rahim Al-Islam menulis bahawa ada 5 macam keupayaan sblm perkahwinan itu
1- Fizikal
2- Emosi - the preparation to share ur LIFE.. sharing seluruh kehidupan tau..!! bukan main2 ni...
3- Masa - untuk satu sama lain
4- Ekonomi - Fulus la... xkn nk mamam pasir kot.. Erm, pasir pon kena beli jgk kan??hehehe..
5- Rangkaian sosial - kebolehan berinteraksi dalam masyarakat..
kalau cukup tu, boleh la kahwin... xde masalah (p/s: tak ckp kena pandai masak la... hahaha...)
tp kena tgk jugak perundangan negara kita..
- tidak dibolehkan perkahwinan kalau lelaki itu kurang daripada 18 tahun dan perempuan itu kurang daripada 16 tahun
- tapi boleh sekiranya mendapat kebenaran hakim syari'e secara bertulis..
kita tgk negara2 lain pulak:
Jordan: Lelaki takleh kurang dari 15, Perempuan takleh kurang dari 16
Prancis: Lelaki takleh kurang dari 18, Perempuan takleh kurang dari 15
Yahudi: Lelaki takleh kurang dari 13,Perempuan takleh kurang dari 12
tak bleh tahan betul la negara yang tak diiktiraf aka yahudi tu.. 13 dgn 12 tahun....?? hahahaa... lu pikir la sendiri.. pelik2...
(sumber: Forum Kesihatan ~ Kahwin Awal Bahagia atau Derita??)
dalam Forum itu Dr Harlina juga telah membuka minda dan mata kami bahawasanya perkahwinan bukan sahaja MENGHALALKAN YANG HARAM
yg tu automatik halal la.. yg tu bukan matlamat... she was married by match making..hmm.. Baitul Muslim (BM) la kot.. dan Dr Har kata masa tu pd dia perkahwinan itu adalah jalan pintas masuk syurga.. untuk MENYEMPURNAKAN AGAMA, justeru itu kena kahwin.. xde tpt nak dpt pahala yg banyak mcm dalam perkahwinan.. buat air utk suami dpt pahala, bemanis muka pun dpt pahala.. byk la pahala nya...
dan bagi lelaki perkahwinan memudahkan jalan dakwah mereka.. ada isteri sbg sayap kiri yang menjaga makan minum dan segala keperluan.. maka dakwah akan berlaku dgn pantas.. sbb tu gambar tadi, minta supaya jatuh cinta pd wanita yg melabuhkan cintanya ada Allah.. kalau isterinya tidak memahami, lambat la pergerakan dakwahnya..
JUSTERU, INGATLAH... kalau perkahwinan cuma menghalalkan yang haram... memang tak mustahil kalau byk perceraian berlaku sekarang.. sbbnya?? yg haram dah jadi halal, lepas tu?? tiada lagi matlamat lain... dah bosan tgk muka masing2, cerailah.. cari yang haram yg lain utk dihalalkan.. kawen lagi, cerai lagi....
so, kalau dah jatuh cinta tp tak cukup 5 keupayaan tadi camne??xleh la nk kawen.. nak buat ape ni?? PUASA LAH... mmg itu je yg Rasulullah ckp... bertahan lah dan anda akan rasa manisnya cinta Allah tuu...
Di kedalaman hatiku
Tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu
Yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata
Sungguh walau ku kelu
Tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu
Pada diriku
Jangan salahkan
Kalau benar kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang
Nanti
Ku bawa kau pergi ke syurga abadi
Kini belumlah saatnya
Aku membals cintamu
Nantikan ku di batas waktu
pd saya lagu ni lagu cinta yang paling best la.. mcm menggambarkan gambar di atas.. bila seorang perempuan tu mencintai lelaki yang beragama, dan lelaki tu pun sama, mencintai org yg melabuhkan cintanya pada Allah.. tp sama2 belum cukup 5 keupayaan la kot.. jadi tu yg katanya nantikan di batas waktuu... belum masa membalas cinta.. wau... berat mujahadah tu...
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI??
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI??
TAHAN DIRI, UBATI HATI,
CINTA ILLAHI, PASTI YANG ABADI...