CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 1, 2012

KONVOI SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA

APE RASANYA KALAU INI ADALAH ANAK KITA?

bermain di tempat permainan seperti ini..........

main kejar-kejar macam ni....?
lari kuat-kuat pun tak guna jugak kan....?

akhirnya jadi begini.........
SAYA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
TIDAK PULA MEMPUNYAI ADIK....
namun tak sampai hati melihat perkara ini terjadi...
pada diri saya atau sesiapa sahaja.......

AQSA SYARIF KUALA SELANGOR
dengan tenaga yang terhad
usaha yang PADAT
telah bersepakat melaksanakan
KONVOI SELAMATKAN KANAK-KANAK GAZA
pada hari lahir saya (kebetulan)
1 DISEMBER 2012
bermula di MASJID JERAM
berhenti di dua kawasan di KUALA SELANGOR
(ntah mana la.. tak pasti.. ai folo jek)
misi dijayakan oleh 13 kereta dan 1 motosikal

BaLaK for GAZA
mulianya BaLaK kerana ISLAM
inyAllah tak nak cabut sticker ni
 
catatan misi perjalanan kali ini agak menarik...

1- langkah kami dimulakan dengan mereka skrip ape nk cakap bila jumpe orang... MEMANG TAK BIASA LAAAA... tak biasa buat street dakwah.. rasa nk sorok muka dalam baju... NAK CAKAP PASAL PALESTIN DENGAN ORANG....?? arghhhh ~~~~ bukan mcm bagi lekcer dalam lekcer hall okeyhhh....

2- BILA MELINTAS JALAN, sorang pakcik panggil kami (AKU NAMPAK MCM BUDAK SEKOLAH PLAK HARI NI) ~~ melihat kami pakai mafla PALESTIN, dia sungguh yakin mengeluarkan SEMUA DUIT DARI WALLETNYA... aku tulis lagi sekali SEMUA, ya SEMUA... ada note RM100, RM10, RM1 ~~ TAK TINGGAL ape kecuali resit speedmart jek... SERIUS...itu penyumbang kedua selepas aku... AKU PUN CUMA LETAK SEMUA duit kertas yang ada dalam kereta ke dalam tabung tu... nak jadi cerita, kalau aku ni POYO nk jadi mcm UMAR, Allah tunjukkan pakcik laksana ABU BAKR depan mata kami sendiri............................. YA ALLAH kami bersaksi BENAR pakcik itu telah mengeluarkan SEMUA wang yang dimiliknya untuk mencari redhaMU... 

3- memberi penerangan kepada orang jual buah yang rupanya tau la jugak pasal palestin... (dorang ada FB ke..?) hahaaa... poyo bajet mcm aku sorang jela yang tau... ELEH ~~~ SOMBONGNYE AKU...!

4- masuk ke kedai MAK ANDAM pengantin yang sejuk dan tenang... ingatkan nak kena halau.. tp mebi muka aku ni COMEL hari ni.. ahahaa... so bagi la penerangan kat akak tu... dia mendengar dengan penuh minat... dan benda biasa akan KAMI promosi ialah FB AQSA SYARIF.. untuk menyumbang, masuk je kat bank tu.. bank in je la berapa pun... no problem... 

5- berikan penerangan kepada orang belum islam... dia pandang mcm nak makan aku plak... tapi... SAHABAT AKU TERUS BERCAKAP MEMBERIKAN PENERANGAN.. BAGOOOSsss... sbb kita tak pasti bahagian mana dari kata-kata kita yang akan menyentuh hati mereka... KALAU MEREKA TERSENTUH DENGAN kata-kata kita, BUKANKAH BESAR PAHALNYA... kalau pun mereka tidak tersentuh, BUKANKAH hanya Allah yang memberikan pahala pada kita.. dan pahala ALLAH itu pada usaha kita dan bukan hasilnya....

6- Memberi flyers pada makcik... itu pun makcik taknak ambil... dan pandang kami macam orang2 yang sangat menakutkan... eyyy makcik... MUKA COMEL MCM saya ni pun nak takut... bg flyers je makcik... hohooooo ~~ itu memang sikap normal rakyat malaysia (termasuk aku) terhadap flyers orang bagi... bila turn aku bg flyers, baru la aku faham... ceit ~~~

7- berjumpa adik penjaga booth jual selendang.. bagi flyers pada dia, mcm2 soalan dia tanya... BERMINATNYA dia pada isu palestin, tapi katanya kerja mcm dia ni nk tgk berita pun tak boleh.. tau bila dengar orang cakap je.. BOIKOT TU tau tapi tak faham... so walaupun berpuasa, AKU KATA PADA DIA "Hari ni Allah datangkan sy di sini, so tanya soalan ape awk nak... saya cuba jawab setakat saya tau..." okeh... kering tekak aku cakap dengan dia.. SEMOGA ALLAH BUKA PINTU HATINYA UNTUK MELAKUKAN SESUATU UNTUK PALESTIN...

8- berjumpa makcik pemilik kedai wafer comel... MAKCIK NAK SANGAT BELI MAFLA GAZA untuk menunjukkan SOKONGANNYA pada palestin... nk letak kat kedai katanya... kami bagi dia buletin AQSA SYARIF, flyers segala untuk meningkatkan informasinya tentang PALESTIN.... nampaknya makcik ni kalau diberikan penerangan lanjut, beliau berupaya untuk membawa semangatnya kepada rakan-rakan lain disekelilingnya... SYABAS MAKCIK...!

**************************************************
PERTAMA KALI berada di jalanan membawa flyers palestin untuk MEMBERIKAN PENERANGAN DAN INFORMASI di jalanan tentang saudara kita di Palestin... ada pro and cons.. tapi masih kita akan sentiasa perbaiki corak perjalanan kita....

1- perjalanan hanya dengan 13 buah kereta, berpelekat... agak kurang mendapat perhatian... sebab cuma 13 kereta.. tanpa suara hon, tanpa hazard light pada permulaan... pemanduan leader konvoi agak laju, kurang menarik perhatian untuk orang lihat...
~~ kenapa kita nak orang lihat kita...?? supaya bila orang dapat baca bahawa kita datang dari AQSA SYARIF untuk GAZA... upaya orang tau yang ada sesuatu program sedang dijalankan... BUKAN MEMINTA SEDEKAH SECARA SELUDUP... kalau pun tidak menyumbangkan wang, CUKUP MENYUMBANGKAN PERHATIAN kerana PALESTIN BUKAN ISU BERMUSIM...

2- saya kurang mahir dengan latar belakang kawasan target.. sebagai bukan anak tempatan, saya kurang mahir dengan penduduk yang berada di sekitar... kebanyakannya orang melayu pertengahan, yang bercakap bahasa melayu dengan gaya bahasa BIASA.. tak boleh guna perkataan BOMBASTIK FANTASTIK bila cakap dengan makcik-makcik ooooi ~~ lagi best bila orang belum islam yang beraada sekitar kawasan tersebut KURANG BERBAHASA MELAYU dan TIDAK PULA BERBAHASA INGGERIS... pndek kata dia angguk-angguk, kita bagi flyers, pastu tawakal jela.. dengan harapan later, mereka akan cari informasi dari FB dan Web yang ditulis dalam flyers...

3- kurang bilangan orang, dan kurang props seperti bendera dll... apabila ramai orang, keadaan akan jadi lebih bersemangat dan kita akan menjadi lebih berani.. untuk approach orang, orang akan lebih bersemangat melihat bendera-bendera dan sepanduk yang kita bawa... ISU INI PASTI AKAN MENAIKKAN SEMANGAT sesiapa sahaja di sekeliling kita.. bahkan masa melintas jalan pun ada org HON dan berhenti berikan sumbangan kepada tabung kami... (SAPE NAK JADI VOLUNTEER LAGI...?? WE CAN DO BETTER NEXT TIME)

4- MUNGKIN next time target kawasan crowd... pastu BUAT FLASH MOB kaw kaw...! then spread untuk beri penerangan dan MENGUMPUL SUMBANGAN...! supaya mengurangkan suspicious orang terhadap minah-minah tudung labuh pakai baju hitam macam aku (hitam tu tanda sokongan pada palestin weh... bukan pakai purdah pon.. lek laaa)

INILAH JALAN KU... 
pengalaman menyambut hari lahir ke SUKU ABAD
1- menyertai misi konvoi kuala selangor
2- berpuasa kerana Allah PASTI makbulkan doa org berpuasa sehingga dia berbuka
(aku mahu berdoa pada hari lahir ini kerana hari ini AKU SANGAT MENGINGATI MATI)

***************************************************************************

Ya Rabb
tuhan yang menciptakan langit dan bumi
tempat di mana aku terawang-awang antara keduanya
ini sahaja bukti yang mampu aku berikan
suku abad aku dihidupkan antara langit dan bumiMU
inilah usaha kecil ku
untuk merayu memohon untuk tidak diazab dinerakaMU
janji ku untuk terus berjalan tanpa henti
BERIKAN AKU KEKUATAN
menggapai syurgaMU
BERKATI USIAKU YANG TELAH LALU DAN AKAN DATANG
AMPUNKAN SEGALA KESILAPAN KU
MATIKAN AKU ANDAI MATI ITU TERBAIK UNTUKKU
amin

Thursday, October 25, 2012

PUASA SUNAT HARI ARAFAH

Disebutkan oleh Nabi SAW : 

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman : 

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). 

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). 

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya 
وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). 

JUSTERU ANTARA AMALAN YANG DIGALAKKAN IALAH
BERPUASA

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah 
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

********************************
namun, menariknya tentang hari ini ialah tidak ramai yang mahu berpuasa walaupun fadilatnya telah BERUSAHA dihebahkan melalui facebook, twitter, blog dan mana-mana medium yang ada... APAKAH SEBENARNYA SEBABNYA.....?

untuk saya, INILAH KUASA ILLAHI...
DEMI ALLAH PEMILIK LANGIT DAN BUMI, PEMILIK NYAWA, PENGAMPUN DOSA

sungguh, DIALAH yang memilih siapakah yang ingin diampunka dosanya dan DIALAH yang memilih siapakah yang inin dikekalkan di dalam dosa dan noda....

DIA yang mengetuk pintu hati manusia untuk berniat berpuasa, menggerakkan tangan-tangan mausia untuk bersahur, memberikan kekuatan kepada manusia untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata untuk mencari keampunan dari ILLAHI....

BETAPA RUGINYA manusia itu jika sekiranya ALLAH tidak memilihnya untuk diampunkan dosanya... bayangkan hanya dengan BERPUASA satu hari, ALLAH mengampunkan DOSA setahun yang lalu dan setahun yang akan datang... BEGITU MUDAH....?? nape mudah sangat.....?? TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA... kerana DIALAH yang MAHA BERKUASA... beruntunglah mereka yang dipilih Allah untuk diampunkan dosanya pada hari ini...

JADI BAGAIMANA PULA ORANG-ORANG YANG MENDAPAT KEUZURAN...?
 
orang yang datang haid?
orang tua yang uzur?
orang yang demam?
orang sakit?

DIA YANG MAHA BERKUASA, MAHA MENGETAHUI, MAHA HALUS UJIANNYA
sebagai salah seorang yang diberikan keuzuran seperti di atas, saya sendiri menitiskan air mata, merasa sangat sedih, sangat sebak.... menyesali setiap dosa sehinggakan tidak dipilih Allah untuk diampunkan dosa dengan berpuasa pada hari ARAFAH ini... 

MUNGKIN SEKALI ALLAH mahu kan sesuatu yang LEBIH dari saya untuk dia MENGAMPUNKAN dosa saya... bahkan mungkin sekali kerana saya belum meninggalkan segala dosa-dosa saya secara total....

namun begitu,
masih terlalu banyak amalan lain yang digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal zulhijjah ini.... [klik] untuk maklumat lebih lanjut... 

SEMOGA KITA hamba yang masih terawang-awang antara langit dan bumi akan tetap terus mencari amal-amal lain supaya terus dekat dengan langit dan tidak terus ditimbus bumi..........      

Sunday, October 21, 2012

KISAH BLOG INI

blog ini bermula pada JANUARI 2009
bermula dengan nama "kalau bukan kita, siapa lagi??"
[hodoh sgt nama itu]
saat itu, SEMUA ORANG SIBUK nak buat blog
sibuk sangat nak baca blog orang
sibuk nak bagitau orang ape yang dia buat setiap hari
AKU..........?? termasuk dalam geng orang-orang SIBUK itu...
sibuk letak MUKA sendiri dalam blog
mcm la semua orang suka tgk muka aku...
sibuk tulis pasal itu ini kat blog
woooow ~~ MENGALAHKAN ERRA FAZIRA giteww ~~

pada 2010, berlaku pengurangan POST di blog ini
nampaknya kesibukan lain telah mula menguasai diri
tidak lagi sibuk-sibuk nak menulis masa tu
tapi masih lagi POYO bajet bagus mcm semua orang nak baca blog ni

berganjak ke 2011, pengurangan terus berlaku.....
separuh masa kedua tahun itu menyaksikan kovokesyen aku
dan aku telah mula bekerja
tesis hilang, taip balik segala bagai
justeru makin sibuklah dengan urusan sendiri
dan tak sibuk-sibuk nak kepoci di blog ini lagi....

MELOMPAT terus ke 2012 ~~
rezeki kurniaan ILLAHI terus disyukuri....
mula bekerja ditempat yang lebih baru dan lebih baik
kali ni dah LANGSUNG TAK KEPOCI
untuk TEPEK MUKA sendiri di sini
buka di sini sahaja
di FB, instagram bagai............................
[ini adalah ciri-ciri penuaan]

saat post ini dibaca oleh sesiapa pun
tiada lagi muka POYO aku di sini [klau ada tu terlepas pandang la tu]
di flickr, di fb, instagram dan segala mak nenek social network yg ada
aku bukan WARDINA yg mukanya dijadikan pembungkus surat khabar....

~~i'm waiting for myself to write here again, with fresh ideas,
showing my OLDER AGE than who i am before~~


Tuesday, January 31, 2012

ANDAI HIDUP CUMA MIMPI ~~

pernah kita merasakan hidup umpama mimpi
dulu-dulu kita bayangkan nak belajar di UNIVERSITI
masa dulu-dulu kita masih mengendong beg berat
dan melihat ke masa depan
membayangkan hanya yang indah-indah

dulu-dulu bila masuk matrikulasi
kita membayangkan lagi UNIVERSITI
tapi kali ini dengan sedikit ketakutan
kerana rupanya kita bukan lagi mengendong beg berat
tetapi menggalas tanggungjawab
memikul masa depan
untuk diri sendiri

kemudian apabila kita di UNIVERSITI
kita masih lagi membayangkan nanti bila bekerja
mimpikan pekerjaan yang memperi gaji yang banyak
mimpikan pakai kereta mahal
mimpikan pakai barang-barang branded
mimpikan bergaya lenggang lenggok mcm MAK DATIN

lalu kita lihat ke belakang
sambil berkata dalam hati
INILAH DULU YANG AKU MIMPIKAN
kemudian kita rasakan sakitnya kesusahan
yang dulunya mcm sangat indah
tapi kita tak pernah MENYESAL
sebaliknya masih lagi meneruskan langkah
untuk mengejar MIMPI mak datin yang indah kononnya

kemudian tanpa kita sedari
KONVOKESYEN PULA BERLALU
kini berdiri di atas kaki sendiri
tanpa tahu kemana mahu dikemudi
kaki yang dulu ligat menghabiskan pengajian
TERPAKU tanpa mengetahui arah
MCM MANA NAK JADI MAK DATIN NI??

hidup kdangkala kita rasa bagaikan mimpi
KERANA Allah izinkan kita menjadi IMMUNE (kebal)
segalanya kelihatan cukup indah dan membuai dengan keasyikkan
kerana itu ia kelihatan umpama mimpi..

masakan tidak, untuk sesuatu yang belum berlalu
kita cuma mimpikan yang indah-indah belaka
untuk sesuatu yang telah berlalu
kita cuma ingati yang indah-indah juga
walaupun banyak kesukaran dan kepahitan
selepas berjaya dilalui
Allah rupanya telah sembuhkan luka itu
dengan meletakkan senyuman
lalu kelukaan dan kepahitan itu kita rasakan indah

tanpa kita sedari dalam mimpi yang NYATA ini
kita akan kembali kepadaNYA
dan akan dihisab segala amalan kita

SYURGA BUKAN MIMPI ~~ ia realiti yang pasti ~~

Friday, January 20, 2012

ISI HATI SEORANG GURU YANG TERLUKA

semalam, eksperimen IMMUNE SISTEM dijalankan..
cuba memerhatikan kesemua jenis sel darah putih
saya terangkan bahawa ia akan menguji kemahiran menggunakan mikroskop
dan saya katakan kepada pelajar
bahawa dalam eksperimen pertama lagi
cara2 menggunakan mikroskop dengan betul
namun begitu, setiap kali saya perhatikan
mereka menggunakannya dengan tidak sewajarnya

kali ini, mereka menggunakannya seperti biasa
dengan kesilapan yang mereka lakukan
mereka tidak menemukan sel darah putih itu
dan apabila mereka menemukan sesuatu
saya tanyakan pada mereka
"apekah itu??"
justeru mereka terus menerus melihat ke bawah mikroskop
LAKSANA MEREKA TIDAK SEDIKIT PUN BERSEDIA
TIDAK TERLINTAS UNTUK MENCARI
GAMBAR-GAMBAR SEL DARAH PUTIH DARI BUKU
MAHUPUN DARI INTERNET
SEDANGKAN SAYA SENDIRI MENCARINYA
DAN MENYIMPANNYA DI DALAM TELEFON SAYA

justeru aabila eksperimen hampir tamat
saya melihat mereka telah berjaya melukis sel darah putih tersebut
sedangkan mereka tidak mencarinya di bawah mikroskop
dan tidak langsung meminta saya untuk mengesahkan
imej di bawah mikroskop tersebut

justeru saya tanyakan pada mereka
"bagaimana kamu melukis sedangkan kamu tidak melihatnya?"
mereka katakan mereka melihat imej itu dari mikroskop rakan mereka
justeru saya minta mereka untuk menggunakan mikroskop sendiri
dan cari sehingga menjumpai imej tersebut
saya ingin memastikan mereka
MAHIR MENGGUNAKAN MIKROSKOP

mereka cuba meminta bantuan rakan yang lain,
namun saya tidak izinkan
mereka menumpang mikroskop rakan lain
juga tidak saya izinkan

kemudian seluruh kelas dikejutkan
DENGAN HENTAKAN KERUSI
OLEH SEORANG RAKAN KELAS MEREKA
kerana marahnya pada saya
dia menghempaskan kerusi
KERANA SAYA MAHU DIA MENGGUNAKAN MIKROSKOP DENGAN BAIK
saya dibentak sebegitu rupa

subhanallah, walhamdulillah, laila ha illah
saya tersenyum dengan KEBIADABAN itu
wahai anak....
KAMU TIDAK BERSEDIA SEBELUM MASUK KE DALAM MAKMAL
KAMU TIDAK DAPAT MENGENALPASTI DENGAN BAIK SEL DARAH PUTIH ITU
BAHKAN KAMU TIDAK MENGGUNAKAN MIKROSKOP DENGAN BAIK
lalu apakah kamu yang wajar menghentakkan kerusi itu?
ataupun saya yang wajar menhentakkan kaki dan berlalu pergi?

lalu diakhir kelas saya berpesan kepada mereka
"SEMASA SAYA SEORANG MURID, SAYA MENERIMA APABILA DIMARAHI OLEH GURU
KERANA SAYA TAHU ITULAH KESILAPAN SAYA.. SAYA TIDAK MEMBERONTAK KERANA HORMATNYA SAYA PADA GURU SAYA... NAMUN JIKA SEKIRANYA ANDA MEMBENCI BAHKAN MEMARAHI SAYA, SILAKANLAH..... SAYA HALALKAN SEMUA ILMU YANG SY BERIKAN TANPA SESAL..."

betapa terlukannya hati guru ini... sehingga merasakan tidak mahu lagi menegur mana2 pun anak muridnya lagi selepas ini.. bahkan tidak mahu lagi membetulkan kesilapan mana2 pun anak muridnya... lakukanlah semahu kamu... kerana kamu hanya mahukan dunia tunduk pada SEMUA yang kamu mahukan ~~

saya hanya ada sekeping hati, jika hati ini kamu guris, saya akan kehilangannya dan saya tak mampu sembuh dengan mudah...

Monday, January 2, 2012

sebentar tadi baru aku menangis
tersedu-sedu
laju benar air mata yang mengalir
dengar lagu kat radio pun boleh nangis

tapi tadi
ajaibnya SOLAT
setelah aku solat
rasa seakan ada kekuatan baru
walaupun aku sendiri
tidak menangisi ape yang berlaku
tatkala dalam solatku

AJAIBNYA solat
mampu memberi ROH yang baru
memberi aku NAFAS yang baru
memberi aku SEMANGAT yang baru

indahnya BAHASA ALLAH
membisikkan aku
dari ruang2 minda yang aku tidak tahu

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhainya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu."
( Al-Fajr: 27-30)

ketenangan itu lahir dari bisikan Allah
ketenangan itu lahir kerana CINTANYA
aku x pernah sendiri
kerana CINTANYA pasti menemani..