CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 12, 2011

LAIN KALI BERATUR Laaaaa ~~

hari ini, aku membawa mama ke bazaar ramadhan...

dengan niat yang tulus ikhlas, beratur la panjang2 sebab jalan mmg sesak...
relax la kan, ape nak kejar sangat.. beratur jelaaa.. xkan nk potong barisan..
sedang beratur dengan SABAR..........
sebuah KIA CARENS tiba2 menghimpit kereta kancil biru ku
yang dah sedia comel ini...
dengan perasaan 'BENGANG' dengan 'BENGONGNYA' aku hon kereta dia...
tapi KEMARAHAN aku x berakhir disitu...
aku boleh bayangkan pemandu itu bergembira kerana berjaya potong barisan aku...

dengan niat nak mendidik mamat sengal yang memotong barisan itu,
aku pon menunggu lampu isyarat hijau...
dengan bantuan idea dari mama, aku pon berjaya memotong...
wahahahaa... [mama pn sama je jahatnya... hehehe...]

kejahatan aku tak berakhir disitu...
"ko nak cepat sgt kan..... sampai himpit2 aku kan..."
"jom kita lambat sama2..."
aku bawak lagi lembap dari siput sedut,
dan aku biar kan lampu isyarat hampir bertukar kepada kuning...
dan aku brek depan lampu tuuuu...
hahahahahaaaa...
dan kmudian aku pasti kan aku sorang je lepas.....

nak sangat cepat kan...
so skrg, belajar la bersabar... sbb kalau x sabar, aku pn jadi x sabar...
huh..... dalam bulan puasa ni, masing2 lupa adab jalan raya...

Saturday, July 23, 2011

MARI service KERETA

24/7/2011 ~~ kedai service kereta sekitar perwira ~~
sebuah kancil biru WJK ---- telah berjaya memparking dengan baik oleh lelaki yang juga berbaju biru.... bapak aku la tuuu... aku jadi penumpang hari ni... sbb kalau aku bawak, bapak aku cuak ~~ elehhh mcm la dia sorg tau bawak kereta... hehehe...

kami pun masuk ke kedai memilih minyak hitam... ade macam2 brand, ada macam2 jenis..
ada NASA, Shell helix dan Castrol ~~ ada 10w-30, 20w-40, dan 15w-30...
aku kepeningan... aku jeling bapak aku... dia buat2 confident... bajet tau la tuu... yelaa dia tau... aku je x tau... jadi aku pun soal siasat la cina kedai tu...

ape mksd yg ada w itu... yg belakng tu merujuk pd Liter.. 40= 4L, 30= 3L... untuk kancil comel ni 3L sudah lebih dari cukup... tp, td ktrg rembat je Shell helix 4L punya.. dgn semangat membara, nnt saya akan cek minyak hitam selalu ~~ dalam hati, bkn ke nnt nk pulangkan balik kereta ni pd TUANNYA... aku ada kereta baru ~~ heheee.. so papa, nnt tambah minyak hitam ye... =)


lalu aku pon berkenan la menyiasat perihal minyak pelincir di internet.. banyak rupanya info.. aku jgk yg sengal x nak membaca.. jadi, mari kita tambahkan pengetahuan ttg KERETA ~~ supaya boleh menjaganya dgn baik ~~



baru la nmpk rock sikit bila pompuan tau pasal benda2 ni... kan kan kan?? masa bdk bengkel repair tayar moto kwn ak yg pancit, ak borak2 pasal tayar dgn dia... ak pn bkn tau sgt.. tanya2 dia mcm2 laaa.. dia pon sound ak "akak nmpk mcm ustazah, tau pasal moto jgk ek??" ~~ heeeeee aku merempit jgk brooo...

Thursday, May 19, 2011

Ketinggalan ~~ Terima Kasih

sekali lagi ditinggalkan
kenapa sentiasa aku yang terkebelakang
kenapa sukar benar untuk sms aku
sekadar memaklumkan sesuatu perkara
tidak tahukan kamu
assumption itu membunuh
kamu anggap aku tahu
sedang aku tidak punya idea langsung
aku bukan pendendam
mungkin ya, aku pendendam
jangan paksa aku untuk terus membenci
bila aku NEKAD
aku akan terus berjalan sendirian
dan bila itu berlaku
aku akan jalan dan memijak kamu semua
tanpa aku ambil kira siapa kamu
kerana dulu
kamu tinggalkan aku di belakang
kerana kamu
MEMENTINGKAN DIRI KAMU SENDIRI

kamu cari aku bila kamu susah
kamu tinggalkan aku bila kamu senang
aku sendirian
dan hanya punya ALLAH
blah la kamu...
tunggu masanya aku nekad
aku tinggalkan kamu
semoga Allah memakbulkan doa aku yang teraniaya
aku tidak minta kamu dihancurkan
aku cuma minta Allah permudahkan urusan aku
kerana DIA berkuasa atas segalanya
semoga kamu mengambil pelajaran

andai aku ini cepat terasa
aku akan boikot kamu semua
namun aku bukannya tidak berbudi bahasa
aku plastikkan juga senyuman aku
dihadapan kalian
yang tidak mengambil berat tentang aku

aku kini sendirian
di kalangan keramaian
pijak aku sesuka hati kamu
Allah ada bersama aku
aku yakin

Tuesday, April 26, 2011

dulu dan sekarang

Dulu-dulu aku bermastautin di Bangi
3 tahun untuk mengejar Ijazah Sarjana Muda
kemudian
1 tahun untuk mengejar Ijazah Sarjana
akhirnya Allah izinkan aku
untuk memiliki keduanya pada usia 23 tahun

perjalanan di Bangi aku teruskan
bekerja sebagai Muallimah
di SRI Al-Amin Bangi
kurang lebih, 4 bulan

setelah kontrak bersama SRI Al-Amin tamat
aku teruskan perjalanan
1 bulan lagi di Bangi
kali ini bersama Pelajar-Pelajar
PermataPintar Negara
modul Rekacipta Lanjutan

seterusnya perjalanan ku sambung
masih lagi di Bangi
menyambung kontrak ku
kali ini, dengan tanggung jawab yang lebih berat
aku diminta untuk menjadi ketua panitia bahasa inggeris
perjalanan ku di Bangi akhirnya terhenti
pada 14 Mac 2011
aku kembali ke tempat asal ku
hingga kini, masih belum kembali lagi ke Bangi
(^_-)

***************************************************************
kenangan ku kembali tersorot ke Baitu Yusra
rumah tarbiyyah bersama rakan-rakan muallimah
mengajar tanpa menghitung gaji yang kami terima
menjalankan tanggungjawab dan amanah
tanpa mempersoalkan bayaran yang kami terima atas penat lelah itu

Kak Aini
by default, kami anggap dia sbg ketua rumah
tempat kami rujuk perkara-perkara agama
umur paling tua sblm kehadiran kak fadilah
selalu bagi teguran
boleh masak walaupun benda tu aku pn tak terfikir
mmg la aku x fikir, sbb aku tak tau masak
hahahahahaaa

Kak Fadlilah
kakak paling 'kertu'
mengajar bahasa melayu walaupun dia sendiri terkial-kial
tapi dia tak pernah putus asa
rajin sangat belajar untuk mengajar
punyalah geram sbb ada aulad tegur jerawat dia
musti kak dilah dah cun sekrang
sbb dia pakai MEKAR SEMILU
heheheeee

Kak Fizah
adik kak fadilah
tp 'tembam' lagi dari kakak dia
byk cakap, dan suka bebel
hahahaaaa
suka cari gaduh dengan aku sbb dia jeles kat aku
bergerak aktif dengan IKRAMteens
pakai MEKAR SEMILU jugak
hahhahaaa

Kak Syarah
pakar bahasa di BY
xleh silap penggunaan bahasa denga dia ye
heheheee
suka bersendiri
mempunyai pemikiran yang mendalam
tapi boleh meluahkan perasaan dengan baik
bila kena cara dan keadaan
sangat teliti dalam penjagaan kesihatan

aku masih ingat lagi meeting pertama BY
segala keputusan dibuat
segala jadual diatur
namun aku hanya sempat melengkapkan segala tugasan aku
hanya selepas aku keluar dari BY
tak tau la apekah yang berlaku di sana sekarang
(^_-)

merindui bukan bererti MESTI kembali
perjalanan jauh menuju Illahi
perlu KUAT aku harungi

Sunday, February 20, 2011

bagus sangat ke KAU??

dulu KAU kata nk ditegur dengan cara baik
KAU pantang kalau ditegur dengan cara kasar
pendek kata KAU takkan buat kalau ditegur cara kasar

hari ni
aku meluahkan ketidak puasan hati aku
bukan pada KAU pun
pada orang lain
bukan tak puas hati mana pun
cuma ape yang aku fikirkan
tentang workload yang membuak
workload yang sehingga guru terpaksa memikul buku ke rumah
dah pikul pun tak siap-siap jugak
aku merasakan
menambah bilangan guru adalah jalan terbaik
workload berlebihan
menyebabkan PnP kurang efektif
itu saja maksud yang ingin aku luahkan

KAU sound aku dengan selamber
KAU sound aku sesuatu yang KAU pun xtau
KAU kata kawan ko pernah rasa
kawan KAU la wei~~
bukan KAU

KAU nak rasa jadi aku ke?
KAU nak rasa ke workload yang berlambak ni??
kau nak rasa ke makan dalam bekal setiap Isnin dgn Rabu??
KAU nak rasa makan tengah hari pukul 3 petang??
KAU nak rasa ke masuk kelas dalam keadaan tak sempat ke tandas??

KAU rasa dulu
pastu baru KAU cakap
cakap REDHA memang senag wei~~
modal air liur.. aku pun ada
redha mmg perlu
KAU x cakap, aku pn tau...
ape selama ni AKU x redha ke??
kalau KAU teraniaya, KAU nak redha??

Rasulullah pn berhijrah bila dianiya..
PERGI dari situ..

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiyai diri sendiri (kerana enggan berhijrah membela islam dan rela ditindas oleh kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi" Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka adalah neraka jahannam, dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(An-Nisa': 97)

KAU yang bukan aku
tanpa segan silu
dan 'confident' sungguh
kata pada aku
"nanti hang tau la bila hang pergi"
"yang penting redha~~"
aku tutup telinga dengan headphone
KAU tuduh aku x redha??

waaah... ape sekarang aku tak tau?
ape sekarang KAU lebih tau?

ape yang aku ckp?
ape salah aku sampai aku di perli macam tu??
beb, bisa dowh kata2 KAU
makan dalam ko tau??

aku luahkan workload yang banyak
aku luahkan perlu penambahan guru
memperbaiki mutu kerja
ADAKAH INI MEMPERLIHATKAN AKU TAK REDHA??
SIAPA KAU nak nilai keredhaan aku??
~~MELAMPAU~~

Friday, February 4, 2011

DIA ajar aku bergerak, bukan HANYA berjalan

DIA YANG MAHA PENGASIH
DIA YANG MAHA PENYAYANG
DIA MAHA MENGETAHUI

DIA tahu segala rahsia di langit dan di bumi
DIA yang menciptakan aku dan kamu
DIA mengetahui apa yang aku atau kamu sembunyikan

DIA ciptakan dunia yang tak selalunya panas
kerana DIA ciptakan juga hujan

DIA ciptakan bumi x selalunya cerah
kerana DIA ciptakan malam yang gelita

DIA ajarkan kita senyum untuk menyerlah kegembiraan
DIA juga ajarkan kita menangis menzahirkan kesedihan

justeru DIA ajarkan kita bukan HANYA berjalan
kerana DIA bukan HANYA ciptakan kaki untuk kita
bahkan DIA berikan kita tangan dan seluruh anggota

bukankah DIA telah katakan

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.
(Surah al-Anbia, ayat 35).

DIA yang Maha Agung
tidak hanya mengajar aku berjalan
DIA berikan aku tangan
agar dengannya aku bisa merangkak
meneruskan perjalanan ku yang masih jauh
andai langkah ku semakin lemah
DIA ajarkan aku untuk bergerak
walau dengan cara apa sekalipun
agar aku masih bisa
meneruskan perjalananku
walau bagaimana perih ujian yang aku tempuh
kerana aku tahu DIA bersamaku

~~ kerana DIA tidak hanya mengajarkanku berjalan ~~

Wednesday, January 26, 2011

SATU PERMULAAN BARU

perjalanan masih jauh
jalan masih panjang
mencari REDHA ILLAHI
mencari CINTA HAKIKI

siapa kata perubahan itu menyiksakan?
siapa kata perubahan itu menyakitkan?

DIA telah sediakan kita dengan baik
sebelum fasa perubahan itu.
kita sendiri tidak memerhati
kita sendiri tidak menghayati

menganggap masalah sebagai bala'
melihat masalah sebagai balasan

kalau pun itu balasan
ia pasti mempunyai alasan
alasannya hanya kerana
DIA mahu yang terbaik untuk kamu

pernah dengar bahawa
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN??
fikirkan yang terbaik
maka jadilah yang terbaik

fasa persediaan aku dulu
akan aku jadikan pegangan
untuk aku tempuhi fasa baru

doakan aku terus berjalan
terus tsabat di jalan ini
aku bukan KUAT
tapi aku akan sentiasa memohon KEKUATAN
dari DIA yang TERHEBAT..

yesterday is a history
tomorrow is mystery
but today is a gift
~~ thats why we call it present ~~
(^_-)

menanti hari esok
....misteri....

Tuesday, January 25, 2011

~~ Kembali Semula ~~


"Wahai orang yang berselimut!
BANGUNLAH, lalu berilah peringatan!
dan agungkanlah Tuhanmu,
dan bersihkanlah pakaianmu,
dan tinggalkanlah SEGALA (perbuatan) yang keji"

(Al-Muddasir 1-5)

setelah beberapa lama tidak menulis
setelah beberapa orang bertanya
setelah lama berfikir
setelah lama merenung

rupanya sekian lama tidak menulis
melambangkan sesuatu kepada diri ku sendiri

aku terlalu sibuk urusan dunia
[insyaAllah niatnya kerana akhirat]
aku sudah tidak lagi memerhati
mata ku tidak lagi setajam dulu
aku lupa memproses segala yang aku lihat
di sekeliling aku
hidup aku tertumpu kepada AKU
hanya AKU...

~~ ingin kembali memerhati ~~
~~ dengan kaca mata AKU yang dulu ~~
~~ menajamkan penglihatan ~~
~~ mencari pengajaran ~~
~~ kerana AKU sentiasa diperhatikan oleh DIA ~~