CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 26, 2011

dulu dan sekarang

Dulu-dulu aku bermastautin di Bangi
3 tahun untuk mengejar Ijazah Sarjana Muda
kemudian
1 tahun untuk mengejar Ijazah Sarjana
akhirnya Allah izinkan aku
untuk memiliki keduanya pada usia 23 tahun

perjalanan di Bangi aku teruskan
bekerja sebagai Muallimah
di SRI Al-Amin Bangi
kurang lebih, 4 bulan

setelah kontrak bersama SRI Al-Amin tamat
aku teruskan perjalanan
1 bulan lagi di Bangi
kali ini bersama Pelajar-Pelajar
PermataPintar Negara
modul Rekacipta Lanjutan

seterusnya perjalanan ku sambung
masih lagi di Bangi
menyambung kontrak ku
kali ini, dengan tanggung jawab yang lebih berat
aku diminta untuk menjadi ketua panitia bahasa inggeris
perjalanan ku di Bangi akhirnya terhenti
pada 14 Mac 2011
aku kembali ke tempat asal ku
hingga kini, masih belum kembali lagi ke Bangi
(^_-)

***************************************************************
kenangan ku kembali tersorot ke Baitu Yusra
rumah tarbiyyah bersama rakan-rakan muallimah
mengajar tanpa menghitung gaji yang kami terima
menjalankan tanggungjawab dan amanah
tanpa mempersoalkan bayaran yang kami terima atas penat lelah itu

Kak Aini
by default, kami anggap dia sbg ketua rumah
tempat kami rujuk perkara-perkara agama
umur paling tua sblm kehadiran kak fadilah
selalu bagi teguran
boleh masak walaupun benda tu aku pn tak terfikir
mmg la aku x fikir, sbb aku tak tau masak
hahahahahaaa

Kak Fadlilah
kakak paling 'kertu'
mengajar bahasa melayu walaupun dia sendiri terkial-kial
tapi dia tak pernah putus asa
rajin sangat belajar untuk mengajar
punyalah geram sbb ada aulad tegur jerawat dia
musti kak dilah dah cun sekrang
sbb dia pakai MEKAR SEMILU
heheheeee

Kak Fizah
adik kak fadilah
tp 'tembam' lagi dari kakak dia
byk cakap, dan suka bebel
hahahaaaa
suka cari gaduh dengan aku sbb dia jeles kat aku
bergerak aktif dengan IKRAMteens
pakai MEKAR SEMILU jugak
hahhahaaa

Kak Syarah
pakar bahasa di BY
xleh silap penggunaan bahasa denga dia ye
heheheee
suka bersendiri
mempunyai pemikiran yang mendalam
tapi boleh meluahkan perasaan dengan baik
bila kena cara dan keadaan
sangat teliti dalam penjagaan kesihatan

aku masih ingat lagi meeting pertama BY
segala keputusan dibuat
segala jadual diatur
namun aku hanya sempat melengkapkan segala tugasan aku
hanya selepas aku keluar dari BY
tak tau la apekah yang berlaku di sana sekarang
(^_-)

merindui bukan bererti MESTI kembali
perjalanan jauh menuju Illahi
perlu KUAT aku harungi