CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 4, 2011

DIA ajar aku bergerak, bukan HANYA berjalan

DIA YANG MAHA PENGASIH
DIA YANG MAHA PENYAYANG
DIA MAHA MENGETAHUI

DIA tahu segala rahsia di langit dan di bumi
DIA yang menciptakan aku dan kamu
DIA mengetahui apa yang aku atau kamu sembunyikan

DIA ciptakan dunia yang tak selalunya panas
kerana DIA ciptakan juga hujan

DIA ciptakan bumi x selalunya cerah
kerana DIA ciptakan malam yang gelita

DIA ajarkan kita senyum untuk menyerlah kegembiraan
DIA juga ajarkan kita menangis menzahirkan kesedihan

justeru DIA ajarkan kita bukan HANYA berjalan
kerana DIA bukan HANYA ciptakan kaki untuk kita
bahkan DIA berikan kita tangan dan seluruh anggota

bukankah DIA telah katakan

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.
(Surah al-Anbia, ayat 35).

DIA yang Maha Agung
tidak hanya mengajar aku berjalan
DIA berikan aku tangan
agar dengannya aku bisa merangkak
meneruskan perjalanan ku yang masih jauh
andai langkah ku semakin lemah
DIA ajarkan aku untuk bergerak
walau dengan cara apa sekalipun
agar aku masih bisa
meneruskan perjalananku
walau bagaimana perih ujian yang aku tempuh
kerana aku tahu DIA bersamaku

~~ kerana DIA tidak hanya mengajarkanku berjalan ~~

0 comments: