CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 20, 2011

bagus sangat ke KAU??

dulu KAU kata nk ditegur dengan cara baik
KAU pantang kalau ditegur dengan cara kasar
pendek kata KAU takkan buat kalau ditegur cara kasar

hari ni
aku meluahkan ketidak puasan hati aku
bukan pada KAU pun
pada orang lain
bukan tak puas hati mana pun
cuma ape yang aku fikirkan
tentang workload yang membuak
workload yang sehingga guru terpaksa memikul buku ke rumah
dah pikul pun tak siap-siap jugak
aku merasakan
menambah bilangan guru adalah jalan terbaik
workload berlebihan
menyebabkan PnP kurang efektif
itu saja maksud yang ingin aku luahkan

KAU sound aku dengan selamber
KAU sound aku sesuatu yang KAU pun xtau
KAU kata kawan ko pernah rasa
kawan KAU la wei~~
bukan KAU

KAU nak rasa jadi aku ke?
KAU nak rasa ke workload yang berlambak ni??
kau nak rasa ke makan dalam bekal setiap Isnin dgn Rabu??
KAU nak rasa makan tengah hari pukul 3 petang??
KAU nak rasa ke masuk kelas dalam keadaan tak sempat ke tandas??

KAU rasa dulu
pastu baru KAU cakap
cakap REDHA memang senag wei~~
modal air liur.. aku pun ada
redha mmg perlu
KAU x cakap, aku pn tau...
ape selama ni AKU x redha ke??
kalau KAU teraniaya, KAU nak redha??

Rasulullah pn berhijrah bila dianiya..
PERGI dari situ..

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiyai diri sendiri (kerana enggan berhijrah membela islam dan rela ditindas oleh kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi" Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka adalah neraka jahannam, dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(An-Nisa': 97)

KAU yang bukan aku
tanpa segan silu
dan 'confident' sungguh
kata pada aku
"nanti hang tau la bila hang pergi"
"yang penting redha~~"
aku tutup telinga dengan headphone
KAU tuduh aku x redha??

waaah... ape sekarang aku tak tau?
ape sekarang KAU lebih tau?

ape yang aku ckp?
ape salah aku sampai aku di perli macam tu??
beb, bisa dowh kata2 KAU
makan dalam ko tau??

aku luahkan workload yang banyak
aku luahkan perlu penambahan guru
memperbaiki mutu kerja
ADAKAH INI MEMPERLIHATKAN AKU TAK REDHA??
SIAPA KAU nak nilai keredhaan aku??
~~MELAMPAU~~

Friday, February 4, 2011

DIA ajar aku bergerak, bukan HANYA berjalan

DIA YANG MAHA PENGASIH
DIA YANG MAHA PENYAYANG
DIA MAHA MENGETAHUI

DIA tahu segala rahsia di langit dan di bumi
DIA yang menciptakan aku dan kamu
DIA mengetahui apa yang aku atau kamu sembunyikan

DIA ciptakan dunia yang tak selalunya panas
kerana DIA ciptakan juga hujan

DIA ciptakan bumi x selalunya cerah
kerana DIA ciptakan malam yang gelita

DIA ajarkan kita senyum untuk menyerlah kegembiraan
DIA juga ajarkan kita menangis menzahirkan kesedihan

justeru DIA ajarkan kita bukan HANYA berjalan
kerana DIA bukan HANYA ciptakan kaki untuk kita
bahkan DIA berikan kita tangan dan seluruh anggota

bukankah DIA telah katakan

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.
(Surah al-Anbia, ayat 35).

DIA yang Maha Agung
tidak hanya mengajar aku berjalan
DIA berikan aku tangan
agar dengannya aku bisa merangkak
meneruskan perjalanan ku yang masih jauh
andai langkah ku semakin lemah
DIA ajarkan aku untuk bergerak
walau dengan cara apa sekalipun
agar aku masih bisa
meneruskan perjalananku
walau bagaimana perih ujian yang aku tempuh
kerana aku tahu DIA bersamaku

~~ kerana DIA tidak hanya mengajarkanku berjalan ~~