CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 26, 2011

SATU PERMULAAN BARU

perjalanan masih jauh
jalan masih panjang
mencari REDHA ILLAHI
mencari CINTA HAKIKI

siapa kata perubahan itu menyiksakan?
siapa kata perubahan itu menyakitkan?

DIA telah sediakan kita dengan baik
sebelum fasa perubahan itu.
kita sendiri tidak memerhati
kita sendiri tidak menghayati

menganggap masalah sebagai bala'
melihat masalah sebagai balasan

kalau pun itu balasan
ia pasti mempunyai alasan
alasannya hanya kerana
DIA mahu yang terbaik untuk kamu

pernah dengar bahawa
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN??
fikirkan yang terbaik
maka jadilah yang terbaik

fasa persediaan aku dulu
akan aku jadikan pegangan
untuk aku tempuhi fasa baru

doakan aku terus berjalan
terus tsabat di jalan ini
aku bukan KUAT
tapi aku akan sentiasa memohon KEKUATAN
dari DIA yang TERHEBAT..

yesterday is a history
tomorrow is mystery
but today is a gift
~~ thats why we call it present ~~
(^_-)

menanti hari esok
....misteri....

Tuesday, January 25, 2011

~~ Kembali Semula ~~


"Wahai orang yang berselimut!
BANGUNLAH, lalu berilah peringatan!
dan agungkanlah Tuhanmu,
dan bersihkanlah pakaianmu,
dan tinggalkanlah SEGALA (perbuatan) yang keji"

(Al-Muddasir 1-5)

setelah beberapa lama tidak menulis
setelah beberapa orang bertanya
setelah lama berfikir
setelah lama merenung

rupanya sekian lama tidak menulis
melambangkan sesuatu kepada diri ku sendiri

aku terlalu sibuk urusan dunia
[insyaAllah niatnya kerana akhirat]
aku sudah tidak lagi memerhati
mata ku tidak lagi setajam dulu
aku lupa memproses segala yang aku lihat
di sekeliling aku
hidup aku tertumpu kepada AKU
hanya AKU...

~~ ingin kembali memerhati ~~
~~ dengan kaca mata AKU yang dulu ~~
~~ menajamkan penglihatan ~~
~~ mencari pengajaran ~~
~~ kerana AKU sentiasa diperhatikan oleh DIA ~~