CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 25, 2010

KEKUATAN buat DIRI SENDIRI

Sabarlah hati..sikit lagi..
perjalanan telah benar-benar hampir ke penghujung..
kau pernah katakan dulu
"inilah jalan ku"
kau tahu dengan benar
jalan inilah pilihan mu
kau yakin dengan sesungguhnya
kau xkan pernah menyesal
aku tahu kau tak pernah menyesal
cuma rupanya kau keletihan
dalam setiap langkah yang kau lalui
membalut hatimu sendiri
membakar obor semangat mu sendiri
menahan tangisan mu sendiri
hanya kerana azam yang kau genggam
ingatlah kau pada kata-kata Tuhanmu

"Dan barangsiapa mundur pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sungguh, orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah. Tempatnya ialah neraka Jahannam, dan seburu-buruk tempat kembali."
(Surah Al-Anfaal 8:16)

justeru kau, jangan pernah berfikir untuk MUNDUR..!!
justeru kau, teruskan perjalanan mu
kau telah benar-benar hampir

hanya kau dan Tuhanmu yang tahu
mengapa jalan ini yang kau pilih
bukankah telah kau lihat
bagaimana DIA mempermudahkan segala urusan mu
yakinilah DIA pasti akan sentiasa disisimu
bukankah telah DIA janji kan

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nisacaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad 47:7)

"Yang demikian itu kerana Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka"
(Surah Muhammad 47:11)

ingatilah wahai kau..
biar seluruh dunia lari meniggalkan kau
biar ape pun kesusahan yang kau hadapi
depanilah ia dengan berani
tiada apa yang mampu MELUKAKAN mu
melainkan dengan izin Tuhanmu
simpan baik-baik FIRMAN Tuhanmu ini

"Sesungguhnya pelindungku adalah ALLAH yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran). Dia melindungi orang-orang saleh"
(Surah Al-A'raf 7: 196)

"Sesungguhnya orang-orang yang ada di sisi Tuhanmu tidak merasa enggan untuk menyembah Allah dan mereka menyucikanaNya dan hanya kepadaNya mereka bersujud"
(Surah Al-A'raf 7:206)

~~bangunlah hati~~
(o_O!)

4 comments:

SITI HAJAR MOHAMMAD said...

Salam...
Ukhti,sekiranya kita rasa penat, ingatlah Rasulullah & para sahabat,sahabiah dulu pun pernah rasa penat...pernah rasa susah..pernah rasa perit...
jika bukan kerana kekuatn dan kesabrn mereka melalui jalan yang sukar ini,mungkin kita tak merasai nikmat yang kita rasai kini...& jangn lupa nti ada akhawat berjalan bersama diatas jalan yang kita yakini ini, if rasa sangat lelah, sharelah dengan akhawt ye...diri ini pun sudi mendengar.
Moga tabah hati tak berbelah bagi...

hamba ABDI said...

w'salm wbt hajar..
justeru kerana mengingati Allah dan Rasul, ana ungkapkan kata-kata Maha Agung dari KalamNYA sbg kekuatan utk ana..

ukhti yang ana sayangi,
kadang kala kita rasakan kita mahu sentiasa disisi akhawat kita, wahai ukhti, tertanggungkah bahu ukhti untuk menanggung semua bebanan pelajaran, tjwb, anak2 usrah dll..

jukhti yang ana sayangi,
justeru wahai ukhti, tarbiyyah buat diri sendiri juga penting kan??bahkan inilah suntikan tarbiyyah dari Alla sebelum ana dicampakkan ke kawasan yang mungkin jauh daripada zon selesa bangi ni..

thanks ukhti for concerning..
(^_-)

pejuang ALLAH said...

hazihi sabili
ini jalan yg kita pilih kak
byk2 la berdoa semoga kita istiqamah di jalan ini
dan semoga diberi kekuatan sepanjang memcari redha ALLAH
;>

Anonymous said...

QS in'A.