CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 30, 2010

LiL' Hand that Hold (^_-)

LiL' hand that Hold
touched me to my heart
simply making me smile

LiL' hand that Hold
makes me miss u
every single time, I do
(^_-)

Irfan bucuk.. bucuk... bucuk..
hehehee
walaupun sakit, aku dapat peluang baring sebantal dengan Irfan
boleh pulak pagi2 buta tu dia buat perangai manja
duduk atas riba aku dgn selamber badak dia
nasib baik COMEL..
bila aku ckp dia bucuk, dia pun tanya aku
"Busuk ke..??"
hehehehee
aku pun cakap
"Busuk laaa.. gi mandi.."
boleh plak dia jawab
"xnakkk.."
gigit baru tau.. lorat punya budak..

bila aku baring sblh dia
boleh plak dia tolak kepala aku
tp
oleh kerana kepala batu aku ni berat
dia pun surrender la...
kih kih kih..

Irfan.. Irfan..Irfan..
dah masuk dua tahun pun..
cepat2 la besar ye.. rindu nak KISS dia..
(^_-)

Friday, January 8, 2010

Apa pantas untuk AKU mengaku TUHAN??

SEGALA PUJI BAGI ALLAH
TUHAN AKU DAN TUHAN KAMU
TUHAN SEKALIAN ALAM

entri kali ini bernada keras
bermaksud menegur diri aku dan sesiapa sahaja yang pernah tiba-tiba perasan laksana TUHAN

AKU DAN KAMU yang bernama manusia
pernah satu ketika kamu menilai manusia lain tak?
pernah satu ketika kamu MELABEL org lain tak?
kamu kata dia BEGITU, kamu kata dia BEGINI
sedang kamu sendiri tidak mengenali dia sedalamnya

wahai HAWA, pernah kamu makan daging saudara kamu sendiri??
pernah kamu nilai org dengan mengatakan
dia itu begitu dan begini?
kemudian akhirnya kamu bersama-sama menjamah daging saudara kamu itu..

kemudian akhirnya pada ketika kamu ditimpa kesusahan
dia yang kamu nilai itulah yang kamu cari
kerana kamu rasakan dia itu tidak tahu apa yang kamu lakukan

APA PANTAS UNTUK KAMU BERLAGAK SEPERTI TUHAN??
MENILAI SAHABATMU SENDIRI
MENGANGGAP KAMULAH YANG TERBAIK DARIPADANYA
SEDANG KAMU TERLUPA
KAMU SENDIRI DINILAI OLEH ALLAH

kamu katakan dia begitu dan begini
namun, lihatlah.. apa kata TUHAN ttg mu..

bukankah sahabat itu cerminan pada sahabatnya..
jangan kamu kira perasaan kamu yang tidak suka kan sikapnya semata
ingatilah bahawa rupanya dia sedang menerima kamu seadanya
tanpa PENILAIAN APA2 kerana dia tahu dia bukan TUHAN untuk menilai

apakah adil untuk kamu memperlakukan dia seperti itu
sedangkan dia ikhlas bersama kamu

jangan kamu sangka, kerana kamu punya KUMPULAN yang besar
maka kamu cukup baik, cukup hebat, cukup sempurna
kamu lupa pada YANG MAHA SEMPURNA
kamu lupa kamu bukanlah TUHAN..

wahai ADAM, pernahkah pula kamu menilai saudari mu sendiri?
pernah kamu katakan
apesal pompuan tu gedik sangat? apesal pompuan tu kasar sangat?

APA PANTAS UNTUK KAMU BERLAGAK SEPERTI TUHAN??
MENILAI SAUDARIMU SENDIRI
MENGANGGAP KAMULAH YANG TERBAIK
SEDANG KAMU TERLUPA
KAMU SENDIRI DINILAI OLEH ALLAH

kamu katakan dia begitu dan begini
namun, lihatlah.. apa kata TUHAN ttg mu..

pernah kamu fikirkan andai saudari itu
merupakan KAKAK atau ADIK kamu??
dinilai org sesuka hati mereka

pernah kamu cuba memahami dan mengenali saudari itu??
apa mungkin dia sbnrnya lembut dan manja kerana dia merupakan anak bongsu
lantas kamu LABEL dia sebagai gedik
apa mungkin dia sebenarnya seorang yang berdikari dan tegas kerana dia anak sulung
lantas kamu LABEL dia sebagai garang

apa sebenarnya yang kamu mahu?
apakah semua orang perlu bergerak mengikut kesukaan kamu?
kamu kah TUHAN pemilik dunia ini?

wahai IKHWAH, pernahkah kamu menilai AKHWAT mu sendiri?
pernah kamu katakan
akhwat ini tidak menjaga ikhtilat, akhwat itu tidak menjaga ikhtilat

APA PANTAS UNTUK KAMU BERLAGAK SEPERTI TUHAN??
MENILAI AKHWATMU SENDIRI
MENGANGGAP KAMULAH YANG TERBAIK
SEDANG KAMU TERLUPA
KAMU SENDIRI DINILAI OLEH ALLAH

kamu katakan dia begitu dan begini
namun, lihatlah.. apa kata TUHAN ttg mu..

pernah kamu cuba melihat perbezaan lelaki dan perempuan?
pernah kamu cuba melihat bagaimana cara komunikasi seorang perempuan yang berbeza dgn komunikasi seorang lelaki?
pernah kamu tahu bahawa perempuan memang suka bertanya dan mahukan kepastian
pernah kamu lihat bezanya lelaki yang selalunya bercakap sikit dan assume sendiri-sendiri tahu

pernah kamu tanya diri kamu
apakah pantas MELABEL AKHWATMU seperti itu sedang dia sebenarnya berkomunikasi sebagaimana layaknya perempuan normal berkomnikasi..

pernah kah kamu berfikir
bahawa kamu lihat apa yang kamu lihat
namun kamu tidak melihat apa yang akhwatmu lihat
kerana kamu juga akhwatmu memakai kacamata berbeza

aku dan juga kamu
kita sama tiada beza
HAMBA ABDI KEPADA YANG ABADI
kita bukan
TUHAN yang MAMPU MENILAI
KERANA ITU ADANYA 'USNU ZHAN'
untuk mengelak diri dari sentiasa berpandangan buruk
berhati-hati dan sentiasa ingati diri
"APA KATA TUHAN TENTANG KU.."