CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 26, 2009

Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau Rompin (edisi 2)




EDISI 2

"budak baik" menjelaskan dgn lebih terang
watak-watak utama
sepanjang SCENE Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau-Rompin ni ye

1- Kak Norsiah
(stdnt PhD Dr Wan Ju sekaligus merangkap ketua rombongan)
2- Akmar
(G.R.A Dr Wan Ju sekaligus merupakan kawan "budah baik")
3- "budak baik"
(datang ke endau-rompin atas arahan Dr Haja Maideen utk kutip FERN)
4- Azmil
(R.A. Dr Wan Ju- memang suka menjadi "kambing hitam")
5- Pel
(org asli yg membantu kak Norsiah-tua dah..)
6- Apai
(org asli yg bantu kak Norsiah- umur ada la dlm 18 kot)
7- En Jamal
(pemandu UKM, memandu Ford Everest)
8- En Jamil
(pemandu Bas persiaran- Van sbnrnya..)

pada malam tu "budak baik" pelik sbb kak Norsiah minta Yasin
"budak baik" mmg bawak ma'thurat yg ada yasin sekali tu
kak Norsiah dan Akmar dok baca yasin sblm tido pd mlm tuu..
"budak baik" dah pelik.. Aik??
ditanya la kenape dua-dua bc Yasin??
dorang jawab "esokkan nak mula kerje"
oh, kena ke bc Yasin ??
(p/s: baca laaaa.. x salah pun..)

esoknya pagi-pagi sume ahli bilik dah bangun
waaaaaa... semangat nih..
pagi tu breakfast la..
Akmar dan "budak baik" share makan lontong..
bila on the way nak masuk ke taman negeri
masing2 pening teramat
jalan yg mcm ular kena pukul
dgn van yang laju
membuak-buak loya Si Akmar tuu..

sblm mendaki
kami diarahkan untuk tunggu ranjer-ranjer JBTN HUTAN
maka menunggu lah kami di pintu masuk taman negeri tuu..
sempat la amek gambar
hahahahahahaa
hobi "budak baik" yg dah lama tak diasah..




..:: lamanya tak asah skill fotografi ::..

1st day mendaki
mmg sakit woo..
putus semua urat (^_-)
kami panjat ada la sampai ke altitude 300 m lebih
plot ke-5 Kak Norsiah..

..:: Akmar yg poyo.. pancit2 pun nak posing ::..
..:: tudung biru tu Kak Norsiah ::..


tengah hari kami makan nasi lemak dan bihun yg dah dibungkus pagi tadi
sume2 tu bungkus dalam plastik je
so, nak makan kena ada skill
caranya:
1- masukkan sambal dalam plastik
2- pegang hujung plastik tu, tutup rapat2
3- goncangkan secukup rasa..
(agak2 sebati sambal, kacang, ikan bilis dgn nasi)
4- kepal2 la dalam plastik
5- Ngaaapp..!!


hari pertama tu
"budak baik" belajar byk benda
1- collecting speciments, label etc
2- measuring coordinate x,y to determine location of the labelled tree

kesakitan kaki "budak baik" merisaukannya
dalam perjalanan turun, ibu jari kakinya semakin sakit
perjalanan turun yg sangat curam
maklumla, naik pun cm nak tercabut nyawa..

turun dari plot,
dah sampai ke Kem
kami kena masak pulak..
sangat penat yg tak terkata
agaknya mcm ni la ISTERI-ISTERI rasa
bila balik penat-penat
kena masak pulak..
tak sempat nak relex langsung..
yeke Kak Norsiah..?? ooohhh..
patut mcm dah biasa je..
..:: hehhheee ::..

maklum la "budak baik" org bujang yg single mingle
mana tau..
(^_-)

Friday, October 23, 2009

Al-Kisah Turun Naik Taman Negeri Endau Rompin (edisi 1)

Al-Kisaaaaahh
tersebut lah kisah
seorang "budak baik"
menyimpan rindu yang teramat sangat
setelah lebih 6 bulan
tak menjejakkan kaki ke hutan

Akhirnya, pada hari Ahad lalu
(18 oktober 2009)
"budak baik" ni pun bertolak la ke Endau Rompin
Alang-alang lama tak masuk hutan
"budak baik" ni bertapa di sana selama seminggu woo..

ikuti catatan Al-Kisah turun naik Taman Negeri Endau Rompin
versi seminggu perjalanan
..heheheehe..
itu pon kalau "budak baik" ni rajin menaip laaaa

..:: Edisi 1 ::..

kita mulakan cerita al-kisah "budak baik" ni
sebenarnya, "budak baik" ni ada byk kerje
(p/s: khabarnya laaa.. 'perasan' bz je selalunya..)
hari jumaat, "budak baik" ni dah pun submit 1 daripada kerjanya.. kira lega la sikit hati dia..
hari sabtu malam pulak dia menjadi volunteer MAN '09
dia la driver yg kekejangan kaki tuu..
itu serangan kedua berturut-turut
setelah semalamnya dia kejang juga..
serangan kedua ni lebih dahsyat, dan kesakitannya lebih lama
kejang pulak semakin merebak sehingga separuh kaki
"budak baik" ni dah mula risau, sebab takut kejang masa panjat Endau Rompin nanti..
tapi "budak baik" ni percaya pada Allah..
Allah kan dah janji dalam surah 47: 7 dan 11
pegang saja pada janji Allah.. (^_-)
keesoka harinya "budak baik" meneruskan pula programnya
iaitu Daurah Amal Jama'ie

tergesa-gesa pulang daripada daurah tu
(p/s: "budak baik" ni ikut daurah separuh hari je)
budak baik ni drive kereta Naqibah kesayangnnya
(p/s: masih perasan kaki sihat walaupun jalan mcm org dalam pantang..)
bila dah sampai time untuk berangkat ke Endau Rompin,
naqibah kesayangan "budak baik" ni pon datang ke biliknya
untuk menghantarnya ke Bangunan Bio UKM
sebelum di hantarnya "budak baik" ni
di urutkan dulu kakinya yang sebelah tu.. sebelah je sempat..
maka terjerit-jeritlah "budak baik" ni kerana kesakitan yang teramat sgt..
(p/s: elehhh.. kata la tak tahan sakit.. hehehee.. mmg sakit pon!!)

maka bermula lah Musafir si "budak baik" ke Endau Rompin selama seminggu
di sms nya mcm2 org supaya mendoakan keselamatannya
di telefonnya mama untuk bg report
al-maklumlaaa, nak berlepas ke tempat org..
Ahli rombongan ada 8 orang termasuk dua driver
mereka menggunakan kenderaan Ford Everest UKM dan Bas persiaran (van sbnrnya)
ketua rombongan ialah Kak Norsiah
student PhD Dr Wan Juliana
yang melakukan kajian di sana
bila duduk je dalam van
"budak baik" ni dah mula pening..
ntah ape la air-freshener yg pakcik tu bubuh
maka dalam loya yang teramat, "budak baik" ni cuba juga menahan diri
dia berpura-pura tido dan tak tegok jalan bagi mengelakkan muntah
dipejamkan matanya rapat2, dicuba juga berborak-borak untuk melupakan bau yang kurang senang itu.. macam nak pengsan jugak menahan bau.. hehehee..

akhirnya "budak baik" pun sampai lah ke KEM BESTARI
tempat rombongan bertapa selama seminggu
punyalah tinggi kemuncup menyebabkan "budak baik" bukan berjalan, tp dok melompat2 elak kena kemuncup..
(p/s: ngada2 betul, geli kena kemuncup katanya.. hehehe..)
dalam kepenatan dan kepeningan yang teramat
"budak baik" meneruskan kerja memunggah barang
dan mengemas bilik tidur yang kurang bersih
punyalah penuh dgn najis cicak.. hehehee..
kawan "budak baik" pulak berhempas pulas mencuci tandas..

Akhirnya terlena lah "budak baik" dan kawannya berserta ketua rombongan di dalam bilik yang dikemaskan ala-ala kadar je..
maklumla, camping.. takkan nak cuci sampai berkilat kot..??
mereka lena sampailah ke pagi
menunggu hari yang menjanjikan lebih banyak pengalaman
"budak baik" punyalah cuak takut kejang di kaki bukit
maka di lumurkan "minyak panas" malam tu..
hahahaa.. Minyak cap kuda wooo..

~~ bersambung ~~

PASCA MALAM AMAL NUSANTARA '09 (MAN '09)



BISMILLAH
dgn nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

13 Oktober yang lalu
telah berbunyi semboyan jihad
bunyinya begini

"Assalamualaikum Mohon laluan KUKM membuat pengumuman.. ... Kepada semua akhawat adik2 akak. Semboyan jihad bergema lagi daripada Ketua Wanita JIM Daerah Hulu Langat, Mak Cik Misah Mubin. Mohon mana-mana akhawat para nuqabak atau cadangan adik2 usrah antum untuk menjadi volunteer bagi Malam Amal Nusantara. Untuk details sila rujuke-mail yang seterusnya mengenai MALAM AMAL NUSANTARA 2009.
Seramai 10 mujahidah diperlukan untuk:

1. Usherer (5 orang)
2. Pendaftaran (3 orang)
3. Menjaga gerai (2 orang)

Ini adalah peluang yang cukup baik untuk mengetengahkan diri para nuqabak dan adik-adik antum untuk berdiri bersama pak cik mak cik di barisan hadapan di medan, bagi mendepani isu masyarakat diperingkat global. Mungkin peluang keemasan yang tiada peluang keduanya.

Para mujahidah yang sanggup berjihad amfus (masa dan tenaga) sila balas e-mail ini atau hubungi terus akak, Rose (***-*******) , untuk menempah tempat anda. Duedate adalah pada hari Khamis jam 5 ptg. Kenderaan pergi dan balik akan disediakan.

Segala concern dan pengorbanan antum adik-adik yang akak sayang hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya."

setelah dihitung dan didarab juga ditolak dan bahagi
oleh Allah
total mujahidah yang berjaya diberi kekuatan
untuk melangkah ke MAN '09
seramai 7 orang..

1- Uda
2- Along
3- Nadrah
4- Wani
5- Syifa' CUCMS
6- Fit
7- liza-ixora (^_-)

serentak dgn MAN '09
di JB rupanya akhwat2 KUKM+KaDHL
berdepan dgn macam2 masalah
dalam berjaulah yang pasti mengeratkan lagi ukhuwah

tak lupa juga para volunteer MAN '09
yang juga berdepan masalah semasa pulang ke UKM
(p/s: yg naik kancil je.. yg naik kereta makcik Rohida ok je..)
sbb pemandu asalnya tiba2 kejang kaki kiri
kemudian merebak ke kedua-dua belah kaki
(p/s: pengalaman mmg memberi kenangan!!)


Di sini akak (kak rose) forwardkan ucapan penghargaan daripada Ketua Wanita JIM Daerah Hulu Langat, Mak Cik Hamisah Mubin (Chik Misah).
Salam,
Miss juga tak dapat dengar ucapan presiden dan pelancaran buku, tapi seronok jadi penyambut tetamu.
Terima kasih pada adik-adik karisma uniten dan ukm, meramaikan ajk penyambut tetamu dan memudahkan para tetamu sampai kemeja masing-masing.
Tapi kesian juga ada sorang yang puasa buka dengan air kosong until 9.45 apabila dapat masuk dewan dan makan. Anak ana yang selalunya tak nak kemana-mana sebab nak baca buku utk SPM, ikut serta dan seronok jadi penyambut tetamu dapat jumpa banyak pakcik dan makcik JIM.
Terima kasih pada YDP dan AJKJDHL yang bersama sama malam tadi, termasuk su wanita Rohida walaupun beliau sepatutnya mengiringi suami sebagai tetamu majlis.Seronokkan beramal jama'e!
Kak Misah

.:: dapat tengok MIRWANA dari jarak dekat woo ::..


kesemua penyambut tetamu
(p/s: warna tema patutnya hijau,
tp maklumat ckp biru.. waaa..silap dah..)

Saturday, October 10, 2009

PEMERGIAN PROF DR KAMARUDIN MAT SALLEH




"Setiap yang bernyawa akan merasakan MATI. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"
(Al-Ankabut 29: 57)

"Setiap yang bernyawa akan merasakan MATI. Kami akan menguji kamu dengan kebuluran dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami"
(Al- Anbiya' 21: 35)

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Al-A'raf 7: 34)

"Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak pula dapat meminta penundaan (nya)."
(Al-Hijr 15: 5)
______________________________________________

..:: Kenangan Yang Takkan Berulang ::..

kenangan bersama Arwah di FRASER's HILL
masa ni Arwah di awal stage cancer..
sangat sedih tengok gambar ni..
teringat arwah
sakit yang ditanggung membuatkan arwah terlalu kurus
sangat berbeza dari keadaannya dalam gambar ni..

masa ni Arwah tgh dok sibuk amek gambar ulat gonggok besar
same la dgn Prof Charlie tu..
utk gambar ulat gonggok tu [klik sini]

bila dah sibuk amek gambar
bom meletup kat sebelah pon depa bukan sedar
aku dgn kawan aku pun dok sibuk2 bergambar
hahahahaa
teringat lagi prof panggil aku "mek"
aku bukan org kelantan pon
suka2 je bubuh nama aku "mek"

bila tengok gambar ni
aku rasa sayu sangat
Arwah sangat2 berhajat untuk tengok sendiri Helosis ruficeps di lapangan
nampaknya bukan rezeki beliau untuk sama-sama panjat dan melihat sendiri parasit yang unik ni..
aku masih ingat lagi semasa field trip aku yang kedua
aku balut elok2 helosis tu
dan terus bawa balik ke Bangi
pastu esoknya terus bagi ke Arwh untuk
memenuhi hasratnya mem'fotograf' parasit tuu..
untuk koleksi beliau [klik sini]
_____________________________________________________

aku menerima sms pemergian arwah pada 10-10-2009
rasa yang bercampur baur masa tu
rasa LEGA kerana
akhirnya Allah menghentikan siksaannya
setelah setahun arwah bertarung dengan penyakitnya

rasa sayu bila mengingati kesakitan yang ditanggung
masa dulu2 duduk sakit, baring sakit, mengiring sakit
semuanya serba tak kena
sehinggakn arwah tak dapat tidur akibat sakitnya
kini, arwah 'berehat' buat selamanya

rasa sedih bila mengingatkan kenangan yang takkan berulang
bila mengingatkan cita-cita dan impian arwah
untuk buat itu ini
memang a TRUE RESEARCHER

rasa insaf apabila mendengar talkin dibacakan
andainya IA dibacakan untuk aku??
mcm ni la bunyinya..

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Binti IBU SAYA, wahai SAYA Binti IBU SAYA,wahai SAYA Binti IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Binti IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Binti IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan
untuk melawat arwah pada hari JUMAAT 9-10-2009 di HUKM
saat arwah dihujung nyawanya
aku juga diberi kesempatan
untuk melawat arwah pada hari AHAD 11-10-2009
di rumah beliau Taman Sri Jelok
dan hari itu beliau telah pun berpakaian serba putih
aku juga diberi kesempatan untuk 'menghantar' beliau
ke 'rumah' barunya di Sg Kantan
kali ini aku pulang tanpa beliau
meninggalkan beliau di sana
kerana beliau telah pun bersama PENCIPTA
PENCIPTA beliau dan PENCIPTA aku