CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 30, 2009

Perhimpunan AMAN mansuhkan ISA


KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

JIM Menyeru Ahli-ahlinya Dan Orang Ramai Berhimpun Di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009


Sudah 49 tahun akta zalim ISA mengancam kebebasan rakyat. Ramai tokoh negara yang ditahan tanpa bicara. Ramai isteri yang dipisahkan dari suami tanpa alasan yang diketahui. Ramai anak yang membesar tanpa kasih sayangayah, yang dipenjara tanpa diketahui sebabnya.

ISA membolehkan sesiapa sahaja ditahan tanpa bicara. Pihak berkuasa mencari jalan mudah. Tak perlu ada bukti. Polis boleh bertindak tanpa perlu mengemukakan dalil. Mahkamah diketepikan. Nyata sekali tidak profesional.

ISA bertentangan dengan syariat Islam dan prinsip keadilan sejagat. Pemerintah yang diharap menjaga rakyat, dengan sewenang-wenang, tanpa perlu membawa bukti, mengheret rakyatnya ke lokap dan penjara. Anak isteri dan keluarga teraniaya.

Ketika Bush menahan tanpa bicara di Guantanamo Bay, pemerintahMalaysia telah berkokok riuh rendah, menjustifikasikan ISA. Namun, ketika Obama mengarahkan penutupannya, kenapa diam membisu seribu bahasa???

Cukuplah 49 tahun, semenjak 1 Ogos 1960!!!

Sabtu ini, 1 Ogos 2009, JIM menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar ISA dimansuhkan.

Perkara besar seringkali dicapai dengan perhimpunan besar dan pengorbanan besar. Perhimpunan besar telah berjaya menggagalkan gagasan Malayan Union. Perhimpunan besar telah berjaya memansuhkan PPSMI. Perhimpunan besar juga diperlukan untuk memansuhkan ISA!!!

Ayoh! Kita ke Kuala Lumpur, esok, 1 Ogos 2009. Kita tuntut:

· Mansuhkan ISA

· Bebaskan tahanan ISA

· Tutup Kem Tahanan Kamunting


Nota: JIM adalah anggota gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

(Hj Nahar Md Nor- Setiausaha Agung JIM)

maklumat lanjut:

[http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/]

Monday, July 20, 2009

I'm DRIVING a WISH..!!



...:::: ASSALAMUALAIKUM ::::...

just writing here to share
how excited i am yesterday..!!

i have this opportunity to drive a blue WISH
thanks to PAKCIK YDP JIM DHL..!!

well, as usual i am one of the driver
for most of the KARISMA-UKM's programme
so actually, yesterday we had a SAMPEL
(SAMbutan PELajar baru)
so i have to drive this WISH
to fetch everyone on my list..
p/s: it is not that i have to drive, but i really want to try to drive this WISH..!!!
POYO JE AKUU..!!

the night before
me and the second driver- Sai
(p/s: erk, am i the second driver?? no big deal.. same je pon..!!)
we went to PAKCIK's house to take this WISH..

that was my first time driving this WISH
oooOOohhh..
i had once reverse this car before..
just reversing, not driving..!!

yeahhh..
that night, i'm driving that WISH officially..
Mak Oiii.. Cuak giler..
i don't even know how to turn on the air-cond..!!
pakai tekan je ape2.. ceehh..
...:: hahahahaha ::..

well, before this i was trained by my CURRENT NAQIBAH- KAK ROSE
to drive her MANUAL KANCIL yet cuter, smaller compared to this WISH.
i passed the training long time ago
and that is why i am an official driver of KARISMA-UKM
p/s: nk jadi driver KARISMA-UKM kena training dgn KANCIL MANUAL KAK ROSE maaa.. ingat senang ke nk bawak nyawa DA'IE ni..??

why am i so excited about driving a WISH..??
this wish is longer, bigger plus automatic..hehehe..
i am not a very good driver
so, for me personally
driving a longer car would be a very challanging
plus kereta pinjam pulak tu..
cuak je nak drive..

for me, this is another step
showing that i am capable of driving all sorts of cars
so, after this i can help even more in DAKWAH here in UKM
as we don't have much PEOPLE with driving licence..
p/s: kak rose kata silap2 leh drive bas.. byk cantikk..!!

so, we actually can help much in DAKWAH
just by having a driving licence..
WAUUU.. just that..??

yerlaaa.. bukan susah pun nak berdakwah..
kan kan kan..??
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI..??


Monday, July 13, 2009

Selamat Datang kpd AKU

Hari secara OFFICIALnya aku dah duduk di
Kolej Keris Mas


SELAMAT DATANG KEPADA AKU
Hahahahaha

kenangan bersama akhwat KARISMA-UKM
di Kolej Tarbiyyah
DARUS SAKINAH
akan sentiasa diingati

pergi bukan bermakna membenci
pergi bukan bermakna takkan kembali
pergi kerana mengurus diri
pergi bersama niat untuk kembali lagi

mama papa
saksikanlah anakanda telah melaksanakan perintah
untuk berada di Kolej Keris Mas
Dakwah mengajar anakanda
menjadikan ALLAH yg paling utama
Dakwah mengajar anakanda
Redha ALLAH terletak pada redha mama papa

justeru
mama papa
restuilah anakanda
untuk berada di jalan ini

btw,
kalau korang nak tau sape Keris Mas
ni ha gambar beliau

The Man Who Would Have Been A Religious Teacher

Wednesday, July 8, 2009

Aku (mungkin juga KAMU)


Setiap manusia pasti akan diuji oleh Allah.. walau siapapun dia, sehebat mana pun dia di hadapan manusia.. kerana hakikatnya semua manusia itu bukanlah maksum.. takkan terlepas dari dosa-dosa besar, apatah lagi dosa-dosa kecil..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

“Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)”

Surah Al-Mu’minun 23: 62

Semakin kita mengaku mencintai Allah, semakin Allah uji bukti cinta kita itu..

Ujian Allah menuntut aku (mungkin juga KAMU) untuk bukan sahaja bersabar, malah lebih teruk apabila ia menuntut aku (mungkin juga KAMU) untuk jatuh, terluka dan menangis sebelum bangkit lagi meraih Cinta Nya.

Hakikatnya sungguhpun aku (mungkin juga KAMU) terluka, sungguhpun aku (mungkin juga KAMU) cedera parah parah, aku (mungkin juga KAMU) tetap takkan berhenti meraih CintaNya

aku (mungkin juga KAMU) akan tetap berada di sini untuk cuba meraih Cinta Yg Maha Satu kerana aku (mungkin juga KAMU) sedar bahawa hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa, juga kerana aku (mungkin juga KAMU) sedar hakikat diri yang kerdil hanyalah HAMBA ABDI kepada YANG ABADI


untuk hati aku (mungkin juga hati KAMU):


Wahai hati,

Menangislah

Merintihlah

Mengadulah hanya pd Allah.

Wahai hati,

Bersabarlah

Tenanglah

Damailah dalam pelukan kasih Allah.

Wahai hati,

Aku tahu kau sepi

Aku tahu kau sunyi

Aku tahu kau sendiri

Namun hati,

Bangkitlah lagi, bangunlah kembali, teruskan berlari

Aku berjanji akan membantu mu

Dengan menyerahkan mu

kepada ALLAH,

PENCIPTA AKU DAN KAMU..


“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku”

Surah Al-Baqarah 2: 152