Selamat menjejakkan kaki ke Menara Gading
Selamat belajar, Selamat menempuh alam kedewasaan
Selamat Berdikari
Selamat memilih kawan yang baik
Selamat belajar membuat keputusan sendiri
Selamat mencari hala tuju yang diingini
Selamat menjadi MAHASISWA yang berKARISMA
nak berkarisma?? Masukla KARISMA a.k.a Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia di mana2 universiti anda berada.. [klik sini]
Setinggi-tinggi tahniah kepada adik2 yang telah Berjaya menerima tawaran ke UKM.. anda telah melakukan plihan yang bijak dengan memilih UKM sebagai medan penerusan perjuangan menuntut ilmu..
UKM kini telah pun mempunyai Canselor yang baru iaitu
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Kolej Ibu Zain pula kini telah dinaikkan taraf kepada Kolej kediaman Antarabangsa Ibu Zain - Tahniah Ibu Zain (kolej lama akuuu..)
SELAMAT DATANG KHUSUSNYA KEPADA
ADIK-ADIK BAKAL PENGHUNI
KOLEJ KEDIAMAN ANTARABANGSA IBU ZAIN
kolej yang dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan semangat muhibbah.. kompem tak menyesal duduk atas kayangan tuu..
SELAMAT MENJALANI
MINGGU MESRA PELAJAR
dibawah bimbingan PemudahCara yang baik-baik dan sangat penyayang..kompem, memang semua PC KIZ baik macam akak dulu2.. hahahaha..PC Paling baik hati ialah gelaran akak..
huhuuuu.. Betul akak cakap ni..
memang semua PC KIZ baik2 belaka.. PC Displin pun baik sebenarnya, berlakon garang je lebih dorang tuu..xde garang mana pun..
ingatlah adik-adik
“DARIPADA MASYARAKAT KITA DATANG, KEPADA MASYARAKAT KITA KEMBALI”
BELAJARLAH UNTUK MEMBERI KEMBALI KEPADA MASYARAKAT
Mcm mana nk memberi kepada masyarakat?? Selain menyertai aktiviti2 yang tertakluk kepada universiti, adik-adik juga boleh menyertai persatuan-persatuan NGO yang bergerak di luar ruang lingkup universiti. Dengan cara ini, adik-adik akan di bawa keluar dari kepompong universiti yang tertutup.. adik-adik akan dibawa melihat reality dunia luar.. akak telah memilih KARISMA dan akak bahagia bersamanya.. [KARISMA-UKM]
ziarah tokoh - Dr Harlina Halizah
Mengalu-alukan kehadiran adik-adik ke UKM
mengalu-alukan kehadiran adik-adik untuk berukhuwah bersama di medan KARISMA-UKM
013-2708650 (KARISMA-UKM)