CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

PERAK vs PAS


Sekalung tahniah buat YB zambry kerana berjaya memerintah Perak semula..

(p/s: sama ada cara bersih atau tidak, hanya ALLAH dan anda yang mengetahui.. oleh kerana sy xde bukti, saya anggap cara bersih la kot..)

Kepada YB Nizar, saya tetap menyokong anda

(p/s: saya rasa anda benar.. tp, mmg law was created to be broken..!! nampaknya sekarang tak semestinya yang kalah itu salah..)

Pendapat aku ttg benda ni

Boleh kot dikaitkan dengan kisah SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

(p/s: aku dah dua kali khatam novel sejarah islam Muhammad Al-Fateh by Muhammad latip talib)



Bagaimana RASULULLAH pernah bersabda bahawa pada suatu masa nanti akan ada satu pemimpin yang baik dengan tentera yang baik dan rakyat yang baik akan menakluki KONSTANTINOPEL

Pemimpin itulah SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Wlaupun hadis itu telah 800 tahun disabda kan,

Walaupun telah terlalu ramai pemerintah yang cuba menakluki konstantinopel,

Sehinggakan SULTAN MURAD bertanyakan kepada SYEIKH BAYRAM (ULAMA KETIKA ITU) 

apakah pemimpin dahulu yang tidak berjaya menakluki KONSTANTINOPEL bukan pemimpin yang baik??

namun umat ISLAM pada ketika itu tetap percaya akan ape sahaja yang disabdakan oleh Rasulullah dan tidak menghentikan usaha menakluki KONSTANTINPEL


Ada banyak benda yang aku suka dari cerita ini

1- Diceritakan bahawa pemimpin sangat selalu mendampingi para ulama. Sehinggakan keputusan yang inigin di ambil akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu. Dan ulama pula, tidak ‘bias’ dan tidak terpengaruh lidahnya kepada mana2 pihak melainkan hanya berkata yang benar menurut syara’..

 

2- Pemimpin atau pewaris takhta dididik dengan baik ilmu agamanya, dan ilmu ketenteraannya. Sehinggakan diceritakan semasa kecilnya, SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH begitu degil kerana tidak mahu menuntut ilmu agama, tetapi haya leka bermain-main.. siap berlagak lagi dengan kedudukannya sebagai pewaris takhta..

Namun, SULTAN MURAD begitu mengambil berat soal pengetahuan agama anaknya, lantas memerintahkan sorang ulama yang terkenal dengan kegarangannya untuk mendidik SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.. maka ulama itu memukul kakinya di hadapan kawan2 yang lain apabila dia enggan menurut perintah supaya belajar agama.. Oohhh.. anak SULTAN lagi dipukul sbb xnak belajar agama.. anak2 kita?? (p/s: aku belum ada anak lagi..hehehe..)

3- Keputusan yang diambil akan disyura terlebih dahulu. Semua yang hadir berhak memberi cadangan. Diceritakan masa tu ada seorang askar yang mengawal kawasan perbincangan diadakan, dan dia meminta izin untuk memberikan cadangan. Kata SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH “Silakan, mungkin ALLAH memberikan petunjuk melalui kamu” Betapa relexnya seorang SULTAN menerima cadangan askar biasa.. setelah itu, apabila ramai ahli syura bersetuju, maka cadangan itu dilaksanakan..

4- Keputusan yang dilakukan oleh pemimpin adalah melihat kepada contoh2 yang RASULULLAH dan para sahabat lakukan pada masa dahulu..

salah satu contoh semasa tentera KONSTANTINOPEL menyerang TURKI, SULTAN MURAD (ayahanda SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH) mengarahkan setiap askar menyalakan 10 unggun api bagi menakutkan musuh.. sama seperti yang dilakukan oleh RASULULLAH dulu.. selepas itu, pada malam itu juga tentera KONSTANTINOPEL berundur kerana melihat unggun api yang banyak laksana bintang di langit.. jadi peperangan dapat dielakkan..

contoh lain: SULTAN MURAD dan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH keluar menyamar sebagai peminta sedekah untuk melihat keadaan rakyat.. seperti Umar al-khattab lakukan pada masa dahulu.. mereka dapati, peniaga melakukan penipuan dalam timbangan, rakyat yang kaya kedekut, apatah lagi yang miskin, tentera pula suka mengganggu ketenteraman rakyat.. oleh kerana inilah menyebabkan gagalnya usaha menakluk KONSTANTINOPEL.. pemimpin cukup baik, namun rakyat dan tentera balum cukup baik..

 

oklah, kaitan cerita ini dengan PERAK vs PAS??

Misi pas yang jelas- membawa ISLAM

Dan itulah yang ingin disebarkan keseluruh Malaysia.. bukan sekadar di Kelantan sahaja..

Sama juga seperti KERAJAAN TURKI USMANIAH yang mahu menakluki KONSTANTINOPEL kerana  ISLAM

Namun, apekah yang berlaku?? SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH perlu berusaha melakukan perubahan yang begitu besar..

1- menjadi pemimpin yang baik

Yg ni ayahandanya SULTAN MURAD pun ada saham.. sbb baginda bertindak bijak mendidik SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH dengan baik sejak kecil.. dan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH sendiri yang begitu kuat keimanannya.. dan berdampingan dengan para ulama adalah satu cara yang paling bagus untuk kekal mendapat nasihat yang baik..

2- mendidik tentera supaya menjadi tentera yang baik

Sehinggakan hanya mereka yang mempunyai latar belakang agama yang baik sahaja dilantik menjadi askar.. dan hanya askar2 yang kuat amal ibadatnya sahaja dipilih untuk berperang menakluk KONSTANTINOPEL

(p/s: askar sekarang?? Yg prebet2 tu laaagii la payah nak harap..Ooohh..)

3- mendidik rakyat supaya menjadi rakyat yang baik

Rakyat diperintahkan untuk tidak menipu dalam timbangan, mengikuti perintah2 ALLAH dan hukum hudud dijalankan bagi mereka yang ingkar.. skrg ni nk cari yang pakai tudung tp telanjang banyak laa..hehehe..nk cari yg menutup aurat betul2 dah jadi susah pulak..

 

Mungkin, dalam rangka mendapatkan Malaysia, Pas perlu mendidik semua pimpinannya, ahlinya, juga rakyat Kelantan supaya menjadi pemimpin yg baik dan rakyat yang baik.. mungkin barulah selepas itu ALLAH akan kurniakan Malaysia untuk ditadbir.. Mungkin bagi kes Perak, Pas masih belum mampu untuk mentadbirnya dengan baik.. Mungkin laa.. dan Pasti ada hikmah disebaliknya..

Ini aku la yg kata.. mana la aku tau.. hehe.. merujuk kepada kisah SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, mcm tula nampak gayanya..maka sama lah kisahnya kalau nak Berjaya bebaskan Palestin, kita semua kena jadi umat Islam yang baik.. barulah ALLAH tolong kita untuk jatuhkan kuasa yang sangat kejam ituu.. Ooohh..

IT IS ME WHO DELAY THE VICTORY.. I AM NOT YET A GOOD MUSLIMAH..

(^_-)

Thursday, May 14, 2009

..:: IMPIAN GRADUAN ::..


aku yang perasan dah konvo

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang
Syukur ke hadrat Allah yang telah menyusun segalanya dengan begitu hebat
segalanya begitu indah buat ku
sehingga aku tak terasa inginkan
yang lain bagi ku
CUKUPLAH ALLAH

setelah tiga tahun berkelana di UKM
setelah setahun bersusah payah mengadap Helosis
siap jugak Projek Tahun Akhir aku
kajian morfologi dan anatomi Helosis ruficeps (Ridl.) R. K. Eberwein
a study on morphology and anatomy of Helosis ruficeps (Ridl.) R. K. Eberwein


me at field
rindunya kat Penang

my lovely Helosis ruficeps

Thanks to Allah
atas kekuatan yang diberikan
maka berhasil sudah projek ini
Oooohhh, best nya..

special thanks to
Prof Dr Kamarudin Mat Salleh
(get well soon ye Prof..)
En Ahmad Damanhuri
Dato' Lim Chong Keat
Dr Chan Ah Lak
Dr Haja Maideen
Dr Noraini Talip
Pn Nery Sofiyanti
En Mohd Khairul Faizi
Pn Samiah Kadri

senior2 Botani atau pun yg bukan Botani
adik2 junior Botani mahupun bukan Botani

Sahabat2 UKHUWAH FILLAH seKARISMA-UKM
sahabat2 seBOTANI
Faizah Amir Hassan
(thanks sbb bg tumpang bilik)
Husna
(rumet Faizah..thanks sbb layan aku yg tak betul ni..)
sape2 je la 
termasuklah
akak kedai fotostat
akak ptsl
sape2 la yang membantu
kecil atau besar bantuannya bukanlah menjadi ukuran
yang pasti ada harganya di sisi Allah
sbb NERACA ALLAH sangat accurate
sikit pon takkan tertinggal

i'll be missing my Helosis
setiap kali gi Penang
aku merempat kat bilik kawan aku
rumet dia baik sgt2
dan pagi2 aku dah panjat bukit utk
tgk kawasan kajian aku
ditemani En Faizi
... heheheee ...
aku selalu jalan slow2
ala, bukan pertandingan pun
biarlaaa

bila bawak azren
baru dia tau yg kerje aku mmg bukan mcm kerja dia
... heheheehe ...
aku gelak2 sbb dapat kena kan kwn aku
aku ajak dia teman masuk hutan
sampai dia semput2 
padahal bukit tu tak la 'steep' sgt pun
'steep' lagi Bukit Taiping tu haaa
(tak biasa lagi mmg la)
aku pun bukan kuat sgt
cuma mb sbb dah biasa

aku dan azren masa fieldtrip terakhir

4 kali aku ke Penang secara Free
naik kenderaan pacuan 4 roda UKM
dengan pemandu UKM yg bersedia
utk drive aku ke mana tempat yang perlu

sempat singgah beli jeruk
setiap kali aku ke Penang
mmg tu la yg aku bawak balik
sbb mak aku pesan
kah kah kah
dan tak lupe spesimen utk di awet
aku angkut juga
dari dalam hutan

if u were intersted to see the specimen
feel free to visit
UKMB Herbarium
(for now, i haven't label the specimen yet)

(^_-)
love my Helosis
not to forget, love Balanophora too

Balanophora fungosa ssp. indica
(p/s: aku teka sbb aku tak sure..hehehe..)

feel free to visit these websites 
for more beautiful pictures
of Balanophora, Helosis, and Rafflesia
(the unique holoparasitic plant of Malaysia)

Monday, May 11, 2009

Bila Hati Rindu Menikah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Buku "Bila Hati Rindu Menikah"
tulisan: Mas UdikAbdullah

aku beli masa ke Pejabat Wamy
di Ampang Hilir

kenape aku beli??
sbb tajuk dia menarik minat untuk aku baca

buku ni memang sesuai untuk
mereka2 yang belum bersedia untuk 'menikah'
dalam ni diceritakan 

1- Yang perlu diketahui tentang nikah
2- Indahnya menikah
3- Betapa ruginya kamu jika takut menikah
4- Bila hati ragu menikah dan cara mengatasinya
5- Manajemen penantian

buku ni nipis je
tapi oleh kerana teknik membaca aku yang pelik
dah bape minggu tak habis2 lagi
ooohhh..

baru sampai bab 4

yang menarik tentang buku ini ialah
cara kupasan buku yang menarik
beserta contoh yang diberikan
dan alasan2 yang kukuh

paling best ialah bab 4
..:: Bila Hati Ragu Menikah dan Cara Mengatasinya ::..

alasan yang selalu diberikan oleh orang

1- Aku masih menganggur
2- belum ada kriteria yg cocok bgku
3- Aku tak secantik bidadari
4- Aku khuatir tidak bisa membahagiakannya
5- Aku belum siap punya anak
6- Aku mahu melaksanakan harapan orang tua ku dahulu
7- Aku belum siap untuk berpisah dengan sanak saudaraku dahulu
8- Aku asih trauma dengan perisiwa yang ku alami dulu

dalam buku ni penulis memberikan hujah2 yang sangat bernas
memang kalau sape2 yg bagi alasan2 ini
p/s: aku tak de alasan2 mcm ni ye..hehehehe..
(ceeehhh mcm dah bersedia nak kawen je.. bersedia laa...)
.. hahahahaa ..

oleh kerana belum habis lagi baca
maka aku biarkan dulu menjadi tanda tanya ye
nanti la aku kongsikan ape yang ditulis dalam buku ni..
sape2 nak pinjam
kena tunggu turn ye..
sbb tuannya belum habis baca lagi

lepas ni ada org cadangkan
baca buku
"Di Jalan Dakwah, Aku Menikah"

Thursday, May 7, 2009

Hari-Hari terakhirku di UKM


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang telah merancang SEMUA untuk aku dengan Baik..

ALLAH izinkan aku masuk ke UKM, 
meletakkan aku dalam kos yang terbaik buat aku,
(never want to be in any other course..this is the best!!)
meletakkan aku di KOLEJ IBU ZAIN
(never want to be in any other college)
mengizinkan aku utk berada di dalam sistem tarbiyyah KARISMA
(never want to be in any other tarbiyyah system)

thanks to everybody
and sorry for everything..

perjalanan yang hampir ke penghujungnya 
di bumi UKM
aku akan ingati pengalaman2 indah di sini..
ooohh..
pengalaman memang indah
sebab ia hanya sekali
dan takkan berulang lagi


rumet aku masa 2nd year
aku cuba cari gambar rumet aku masa 1st year, tp mana la aku letak
ayyooo sori kak syuda.. gambar kita dah hilang..
waaaaaa....



inilah jalan dakwah yang telah aku pilih
semoga kami semua tsabbat di jalan ini
love sume akhwat..!!


kenangan di IBU ZAIN
menjadi PC bagi minggu 3M
aku mmg suka aktiviti yang ke 'fasi' an
hahahahaa.. seronokkk

kawan2 bio tumbuhan
love u all
Gud Luck utk viva nanti ye...

segala ketetapan ALLAH adalah yang terbaik
berakhirnya sebuah perjalanan,
menandakan bermulanya perjalanan yang baru,
tapi sementara ini
aku memilih utk menjadi anak yang baik utk ibu bapa aku
justeru aku akan pulan ke rumah untuk bersama mereka 
setelah lama aku merantau
(cehhh, mcm la jauh sgt merantaunya pun..wahahaha)

Monday, May 4, 2009

PERUTUSAN BUAT KAMU YANG PERNAH MENIKAM SAYA DARI BELAKANG

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

saya dalam mood study lagi 2 subjek utk exam esok.. (Oh,esok ke?? buat2 terkejut..)
masih lagi dalam mood KGR hujung minggu nnt
masih dalam mood tesis sbb VIVA 12 Mei nnt

bila saya dengar2 semula lagu2 dalam simpanan saya, maka saya terjumpa lagu ini yang begitu sesuai utk saya letak di sini.. sebagai perutusan utk KAMU yang telah menikam saya dari belakang.. Oh, saya baru je tau..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya..."
(Al-Baqarah 2: 286)

kepada KAMU yang telah dengan sengajanya mempermainkan saya lantas menikam saya dari belakang, saya mahu katakan bahawasanya KAMU telah 
bertemu buku dengan ruas..!! 
saya takkan mudah mengaku kalah dengan perbuatan KAMU..!! 
Allah katakan bahawa Dia tidak membebani saya 
melainkan sesuai dengan kesanggupan saya..!! 

INGAT KATA2 SAYA
"my life will still goes on..!!"
KAMU takkan mampu untuk menikam SAYA sekali lagi (kecuali dengan izin Allah)
"FACE ME IF U DARE, COZ I'M NOT AFRAID OF U"
"I HAVE ALLAH BY MYSIDE..!!"

From deep inside of me, SAYA tidak pernah menyalahkan KAMU atas perbuatan KAMU itu
kesilapan berpunca dari saya
kerana saya bertanggungjawab mengizinkan KAMU untuk
 mengambil kesempatan atas diri saya

PRINSIP SAYA: tidak suka menipu dan tidak suka ditipu
lalu saya percaya bahawa KAMU tidak akan menipu
saya yakin KAMU tahu 
hukuman ALLAH kepada SI PENIPU (mungkin KAMU terlupa)

kepada KAMU yang telah menikan saya dari belakang
KAMU telah saya maafkan
SAYA tidak mempunyai apa-apa DENDAM terhadap KAMU
dan SAYA tidak pernah meminta KAMU dibalas dengan SEKSA yang dahsyat
SAYA harapkan KAMU sedar
kerana KAMU
SAYA belajar banyak perkara
(p/s: KAMU beruntung kerana tembelang KAMU saya ketahui setelah ALLAH tabiyyah saya menjadi wanita yang lebih sabar dan tabah..)

ALLAH tarbiyyah saya dengan baik
ALLAH berikan saya senyuman sbg balasan kepada kata-kata ini
"SAYA TAK PERNAH BENCI ORANG LAIN SEPERTI SAYA BENCI AKAK"
ALLAH berikan SAYA kelembutan untuk SAYA masih berhadapan setiap hari dengan orang yang meluahkan kata-kata tadi
tp ia menuntut SAYA untuk menangis dan bersabar sehingga SAYA tidak terdaya melainkan menyerah diri kepada ALLAH

setelah ALLAH pupuk kesabaran SAYA 
maka ALLAH tunjukkan kepada SAYA siapa KAMU sebenarnya
lalu dengan SAKITNYA saya menelan segalanya

kenapa SAYA tidak menyalahkan KAMU??
kerana KAMU, SAYA memperolehi ALLAH
kerana KAMU, SAYA belajar bersabar
kerana KAMU, ialah medium tarbiyyah ALLAH kepada SAYA
TERIMA KASIH KEPADA KAMU
 KERANA HADIR MENIKAM SAYA DARI BELAKANG

kepada sesiapa yang mengetahui siapa KAMU
pesanan saya untuk ANDA
jangan membenci "KAMU"
 kerana SAYA sendiri tidak membenci "KAMU"
malah SAYA teringin untuk berhadapan dengan KAMU
melemparkan senyuman kepada KAMU
supaya KAMU tahu, SAYA masih MAMPU berdiri
setelah SAYA tersungkur
kerana ALLAH telah MENGUBATI luka2 SAYA

..:: sekali lagi ::..

INGAT KATA2 SAYA
"my life will still goes on..!!"
KAMU takkan mampu untuk menikam SAYA sekali lagi (kecuali dengan izin Allah)
"FACE ME, COZ I'M NOT AFRAID OF U"
"I HAVE ALLAH BY MYSIDE..!!"

DO NOT THINK OF STABBING ANYONE ELSE
AFTER WHAT U HAVE DONE TO ME
BEWARE OF ALLAH
HE IS WATCHING U ALL THE TIME

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan Kami biarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui."
(Al-'Araf 7: 182)

"Ya Allah, berikan pengajaran kepada  "KAMU".
jangan izinkan  "KAMU" mencari mangsa lain..
 Cukuplah SAYA menjadi mangsa terakhir "KAMU". 
Semoga "KAMU" diberikan petunjuk.."

Sunday, May 3, 2009

HAPPY BIRTHDAY-PAPA, SELAMAT HARI IBU-MAMA


Gambar Syawal 2008

Dalam dunia, aku hanya dikurniakan seorang Papa, seorang Mama, dan seorang Abang..keluarga aku kecil je (p/s: keluarga mama dgn papa besar..hehehe.. adik beradik papa boleh buat dua team bola..) Syukur kepada Allah kerana menghidupkan aku dalam keluarga ini... Ada dua benda kita tak diberi hak utk pilih di dunia ni..

1- Siapa ibu bapa kita..
sbb siapa saje yg Allah bagi, itulah yang terbaik..dan siapa pun ibu bapa kita, kesanggupan ibu melahirkan kita dengan susah payah dan kesanggupan ayah berhempas pulas mencari rezeki utk mengisi perut kita yang seharusnya kita hargai..

2- Nama ape yg kita nak..
apepun nama kita, itulah yg telah di ilhamkan kepada kedua ibu bapa kita..aku pernah ditanya oleh ustazah aku masa kecik2 dulu.. ustazah aku kata since nama aku NOR, dieja sebegitu rupa menyebabkan ia xde maksud..hanya NUR yg ada maksud- cahaya..ape da.. bukan ke jawinya masih nun-wau-ra?? cahaya jgk la maksudnya..kan??
maka masa aku darjah satu dulu ustazah aku down kan aku gile2 bahawa manusia yg namanya tiada maksud akan dipanggil last sekali bla bla bla.. 
dah besar2 ni, maka aku fahami bahawasanya apepun lah maksud nama aku, inilah yg di ilhamkan oleh Allah kpd mama dan papa, maka aku sudi menerimanya..hatta kalau aku yg last sekali dipanggil nanti..xpelah..Aku sayang mama dgn papa..

[KISAH PAPA]
Birthday papa Esok 4 Mei 1955 papa lahir..sejak kecil semuda umur 8 tahun, papa dah kerje utk menanggung kehidupannya..Ohhh, sedihnya..bila papa mula bercerita ttg kisah kecilnya, maka aku akan buat2 pergi tandas sbb aku nangis..kah kah kah..

papa xpernah ke sekolah menengah pun, hatta sekolah rendah pun tak habis..papa bukan bekerja dibawah kesejukan penghawa dingin..papa kerje sbg pemandu lori dan bekerja menggunakan tulang 4 keratnya utk menanggung keluarga..aku pernah bersama papa masa papa kerje, dan aku tiba2 nangis dalam lori tu sampai papa yg bawa lori pun nangis jugak..Ooohh..

dahla panas dalam lori tu, mana ada air cond.. bila time makan, papa akan beli makanan bungkus, dan makan bila traffic light tu merah..sampai ke site, masa nk turunkan barang, papa akan curi2 makan..Ya Allah.. makan pun kena curi2 masa..patut lah bila papa balik kerja, mama akan cepat2 buka kan pintu pagar, mama cepat2 hidangkan air, dan cepat2 hidangkan makanan..

memang itulah yang aku belajar dari mama, menghargai suaminya walaupun mama sendiri bekerja..kami jarang makan sama2 serumah sbb papa selalu lewat balik kerja..kdg2 papa balik masa kami tidur, papa keluar masa kami belum bangun..kami jarang bercuti ke mana-mana sbb papa selalu kena kerja..

pernah dulu, aku sekolah menengah dah masa tu.. tp papa hantar aku ke sekolah rendah..sbb dia lupa aku dah sekolah menengah..sampai masa aku dapat masuk matrik pun papa lupa yang aku dah habis belajar.. bila aku masuk UKM, papa baru perasan yang anak dia dah besar..hehehe..Bila aku nak habis belajar ni, mama papa pun risau takut2 aku kerja jauh2..aku pulak risau aku nak kerje ape..?? tp aku prefer utk habiskan masa yang ada ni bersama mama papa dulu sbb sepanjang aku belajar dari Matrik Melaka sampai ke UKM Bangi ni aku banyak habiskan masa di asrama..huh.. aku kena jalankan tjwb sbg anak dulu la sblm pk pasal keje..

[KISAH MAMA]
oleh kerana hari ibu dah nak dekat, aku pakej kan sekali la kot..hehehe..

mama aku seorang yang sangat garang..huh, ckp jela rotan+tali pinggang+hanger baju.. ape jela yang kami adik beradik tak pernah rasa..hehehe..tp mmg best didikan mama kpd kami..mcm ASKAR..tp penuh kasih sayang..masa kecik2 kalau mama jeling je, kami terus duduk diam2..tak nakal2..hehehee..

"sayangkan anak tangan2 kan.." mmg betul la tu..sbb tu walaupun aku anak last, org kata mcm anak sulung..sbb xde istilah mengada-ngada dalam didikan mama..beza dengan papa, papa treat aku mcm org dewasa, papa ckp sesuatu dan suruh aku fikirkan..

papa tak ckp byk, tp kata2 dia dalam..contoh masa dulu aku baru2 nak mahirkan diri bawak kereta, bila aku wat salah kat jalan, dan aku tak angkat tangan tanda mintak maaf kat org, papa sound "Tangan ada kudis ke..??" Wooow... tu kesalahan mandatori la maksudnya.. Adab di jalan raya..betul tak?? sikit je dia ckp..sampai sekarang aku ingat..sampai sekarang tangan aku ringan je utk diangkat..hehehe..

mama sangat hebat menguruskan anak2.. mama la yang akan ke sekolah bayarkan yuran, mama la itu, mama la ini.. mmg betul la.. SUAMI MEMIMPIN, ISTERI MENGURUS..semua mama urus, sampai papa lupe dah umur anak2 dia..hehehee..aku tau, masa dulu2 mama cepat marah sbb mama penat.. semua benda pun mama buat, tp aku tau mama buat camtu sayangkan kami..

mama bagi aku contoh "ISTERI SOLEHAH" kpd aku..ceeewaaahhh...banyak aku perhatikan dalam cara mama urus rumahtangga sampai aku rasa bahawasanya mampu ke aku jadi isteri sehebat mama?? mcm aku cerita kat atas tu la, mama sampai buka kan pintu pagar, asal dengar bunyi kereta je mama akan intai dari dalam..nak tgk tv pun tak senang duduk..tp mama xkan call papa minta papa balik cepat sbb mama tau papa tak suka diganggu, papa akan balik bila kerje papa selesai..sampai la sekarang, mama masih bertoleransi dengan papa yang obses kerje tu.. (p/s: aku pun pernah je merajuk sbb aku rasa papa lagi pentingkan kerje dari mama dan anak dia)

[KISAH FAMILY AKU]
yang ni ttg cara aku dan abg aku dididik..kami adik beradik tak pernah diberikan kemewahan wang ringgit dari kecik..hatta kami diajar utk berjimat cermat..kami tak pernah buat perangai di shopping kompleks menangis tengah jalan kalau xdpt ape yang kami mau..sbb kami tau, kami kena berjimat..aku pun tak sure mcm mana papa dgn mama dididik kami sampai mcm tu..hehehe.. sampaikan bila kami nak sesuatu, kami aka pergi bisik kat mama..kalau mama suruh amek, baru kami amek..kalau mama tak bagi, kami diam je..oohh, baiknya akuu..hehehe..

mama pulak didik abg utk bertanggung jawab sejak dari aku kecik lagi..aku pun tak tau mcm mana mama didik abg..tp mama cerita, kalau mama aku tgh masak, abg aku akan tengok aku..dia tengok je aku yg kecik ni..kalau aku merengek je, dia cepat2 panggil mama..hehehe.. abg aku yg potongkan kuku aku masa aku kecik (p/s: abg teror woo..dia potong kuku sambil tgk tv..bukan tgk kuku dia..), abg bersihkan telinga aku, abg ajar aku naik basikal..sume abg aku..hehehee.. 


Siapa saya sekarang, melambangkan Bagaimana sya dididik dulu..

Papa dan Mama - I do love U so much..sayang mama, sayang papa..
Abang- walaupun kita selalu buat2 mcm gaduh, tp we know how we love each other.. kan kan kan..?? hehehe..
i know how u love me..hehehe.. perasannya akuu..




Friday, May 1, 2009

..::: SATU KEHILANGAN :::...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Aku bersujud hanya kepada Allah yang Maha Kuasa...

hari ni Hari Buruh.. 1 Mei 2009, umur aku 21 tahun 6 bulan.. Aku lahir 1 Dis, jadi aku baru je sebulan bertambah umur, masuk tahun baru lepas tu aku kena tambah umur lagi.. sedangkan birthday aku baru je sebulan..selalunya bila dah 1 Mei baru aku mengaku umur aku ikut tahun.. sbb dah 6 bulan..

1 Dis 2008 merupakan Hari Bersedih aku.. tatkala aku bertambah umur, Allah ambil umur seseorang yang dekat dengan aku.. Al-Fatihah buat arwah..

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapt meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(Al-A'raf 7: 34)

bagi org2 yang dekat dengan aku tentu tau kisah bak novel yang terjadi pada aku... bertitik tolak dari sini maka Allah aturkan lebih banyak episod2 menarik dalam hidup aku sampai aku tersungkur demi meraih cinta Allah.. Aku hanya ada Allah sebagai penghibur apabila aku duka..

p/s: aku ada family dan kwn2 jgk..bila susah mmg mereka bersama aku.. cuma ada kala kita nak bersendiri berdua bersama Allah je kan..

kerana ini maka aku rasakan dengan umur semuda 21 tahun, Allah uji aku dengan episod2 duka, dan episod2 dosa.. dengan sikap aku yang "tak tentu arah" or hepi2 selalu, siapa sangka ada episod duka yang tak pernah aku luahkan.. siapa sangka umur 21 tahun ini terlalu muda untuk aku menjadi matang?? Kalau sekiranya Allah menghendaki, maka Jadilah.. dan setiap episod2 itu Allah hadiahkan aku senyuman utk aku laluinya, dan Allah berikan aku kelapangan hati utk aku harunginya.. sehingga aku selalu katakan "tarbiyyah Allah terlalu indah"

aku mendapat berita arwah di masukkan ke wad oleh salah seorang sahabatnya pada jam 7.26 p.m, 1 Dis 2008.. Jam 9.23 p.m aku diberitakan kehilangan arwah.. kini arwah disemadikan di Raub, Pahang..

30 Nov 2008 hari terakhir aku chatting dengan arwah.. dan arwah menceritakan kpd aku ttg perayaan yang diraikan oleh orang2 Kristian yang membawa kepada tsunami..  27 Oktober 2008 adalah kali pertama aku mengenali arwah.. tak sangka lebih sebulan je Allah bg aku kesempatan mengenali arwah.. (^_-)

pemergian Arwah yang aku sayangi masih aku ingati.. yang tinggal pada aku ialah sepucuk surat, sebuah buku "jadilah wanita paling bahagia", dan sehelai tudung biru.. kesemuanya hadiah dari Arwah untuk ku pada hari lahir ku.. hadiah yang diberikan kepada aku oleh teman baik arwah..amanah dari arwah kerana tak sempat memberinya sendiri..

aku tak pernah melihat wajah arwah, dan tak pernah juga mendengar suaranya.. tiada apa yang aku kesalkan, hanya doa dan Al-fatihah yang mampu aku hadiahkan buat arwah.. andai aku tahu 30 Nov ialah hari terakhir aku berbual dengannya inigin sekali aku ucapakan kata2 maaf, mungkin gurauan aku selama ini pernah mengguris hatinya.. tp, aku tiada lagi kesempatan itu.. aku harapkan dengan membaca buku dan memakai tudung pemberian arwah, dapatlah dikirimkan pahala amal untuknya di sana..

Al-Fatihah buat arwah.. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh..




buat sahabat2 yang masih diberi kesempatan bernafas di Bumi Allah ini, aku mohonkan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kita berukhuwah..