CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 26, 2009

PERKAHWINAN??




sorry, but this entry was written by someone who has not yet to be married (calon pon xde.. (",) hehe..).. just writing my opinion as one of my friend asking me "tak letak post baru ke?"
other than that just as usual, to share my opinion... ambil lah sekadar yang baik sahaja.. yang buruk tu tinggalkan kat sini yer... sbb yg baik tu MEMANG DARI ALLAH.. yang buruk tu dari diri saya sendiri yang hakikatnya juga dari ALLAH untuk mengingatkan diri ini bahawasanya hanya ALLAH YG SEMPURNA..

kedua-dua gambar ini berkaitan dengan percintaan..di mana seorang lelaki yang memohon supaya Allah kurniakan cintanya itu kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Allah.. dan seorang wanita yang mencintai lelaki kerana agama yang ada padanya..hmm..
apakah perasaan anda selepas melihat gambar ini?? no komen.. cuma satu sentuhan yang dalam betapa sucinya perasaan cinta dan kasih kerana Allah.. mcm payah je nak cari zaman sekarang ni..

"... aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,"
(al-hijr: 39)


petikan kata2 syaitan dalam surah al-hijr..kejahatan terasa indah.. penangan cinta memang indah.. erm, indah kot (20 thn hidup xpernah bercinta.. xtau la rasanya..)

jadi Allah berikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaiannya..
tp, KAHWIN AWAL BAHAGIA ATAU DERITA??

p/s: mana la i tau.. i tak kahwin lagi maaaa...

berdasarkan logik akal, semua perkahwinan adalah bahagia sebab seseorang itu telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya.. mau tak bahagia?? sebahagian dah sempurna hanya dgn berkahwin..

tp, harus diingat bahawa perkahwinan memberi impak kepada mind, body and also the soul..
if not mistaken, Abd Rahim Al-Islam menulis bahawa ada 5 macam keupayaan sblm perkahwinan itu

1- Fizikal
2- Emosi - the preparation to share ur LIFE.. sharing seluruh kehidupan tau..!! bukan main2 ni...
3- Masa - untuk satu sama lain
4- Ekonomi - Fulus la... xkn nk mamam pasir kot.. Erm, pasir pon kena beli jgk kan??hehehe..
5- Rangkaian sosial - kebolehan berinteraksi dalam masyarakat..

kalau cukup tu, boleh la kahwin... xde masalah (p/s: tak ckp kena pandai masak la... hahaha...)
tp kena tgk jugak perundangan negara kita..

- tidak dibolehkan perkahwinan kalau lelaki itu kurang daripada 18 tahun dan perempuan itu kurang daripada 16 tahun
- tapi boleh sekiranya mendapat kebenaran hakim syari'e secara bertulis..

kita tgk negara2 lain pulak:

Jordan: Lelaki takleh kurang dari 15, Perempuan takleh kurang dari 16
Prancis: Lelaki takleh kurang dari 18, Perempuan takleh kurang dari 15
Yahudi: Lelaki takleh kurang dari 13,Perempuan takleh kurang dari 12

tak bleh tahan betul la negara yang tak diiktiraf aka yahudi tu.. 13 dgn 12 tahun....?? hahahaa...  lu pikir la sendiri.. pelik2...

(sumber: Forum Kesihatan ~ Kahwin Awal Bahagia atau Derita??)

dalam Forum itu Dr Harlina juga telah membuka minda dan mata kami bahawasanya perkahwinan bukan sahaja MENGHALALKAN YANG HARAM

yg tu automatik halal la.. yg tu bukan matlamat... she was married by match making..hmm.. Baitul Muslim (BM) la kot.. dan Dr Har kata masa tu pd dia  perkahwinan itu adalah jalan pintas masuk syurga.. untuk MENYEMPURNAKAN AGAMA, justeru itu kena kahwin.. xde tpt nak dpt pahala yg banyak mcm dalam perkahwinan.. buat air utk suami dpt pahala, bemanis muka pun dpt pahala.. byk la pahala nya...

dan bagi lelaki perkahwinan memudahkan jalan dakwah mereka.. ada isteri sbg sayap kiri yang menjaga makan minum dan segala keperluan.. maka dakwah akan berlaku dgn pantas.. sbb tu gambar tadi, minta supaya jatuh cinta pd wanita yg melabuhkan cintanya ada Allah.. kalau isterinya tidak memahami, lambat la pergerakan dakwahnya..

JUSTERU, INGATLAH... kalau perkahwinan cuma menghalalkan yang haram... memang tak mustahil kalau byk perceraian berlaku sekarang.. sbbnya?? yg haram dah jadi halal, lepas tu?? tiada lagi matlamat lain... dah bosan tgk muka masing2, cerailah.. cari yang haram yg lain utk dihalalkan.. kawen lagi, cerai lagi....

so, kalau dah jatuh cinta tp tak cukup 5 keupayaan tadi camne??xleh la nk kawen.. nak buat ape ni?? PUASA LAH... mmg itu je yg Rasulullah ckp... bertahan lah dan anda akan rasa manisnya cinta Allah tuu... 

Di kedalaman hatiku
Tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan

Lewat kesalihanmu
Yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau ku kelu 
Tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu
Pada diriku 
Jangan salahkan

Kalau benar kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang
Nanti
Ku bawa kau pergi ke syurga abadi

Kini belumlah saatnya
Aku membals cintamu
Nantikan ku di batas waktu

pd saya lagu ni lagu cinta yang paling best la.. mcm menggambarkan gambar di atas.. bila seorang perempuan tu mencintai lelaki yang beragama, dan lelaki tu pun sama, mencintai org yg melabuhkan cintanya pada Allah.. tp sama2 belum cukup 5 keupayaan la kot.. jadi tu yg katanya nantikan di batas waktuu... belum masa membalas cinta.. wau... berat mujahadah tu...

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI??
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI??

TAHAN DIRI, UBATI HATI,
CINTA ILLAHI, PASTI YANG ABADI...

Sunday, March 22, 2009

ANDAI AKU..

Andai aku bukan diri ku sekarang,

ape yang akan aku lakukan setiap kali aku bangun dari tidur?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
ape yang akan aku lakukan pada waktu ini?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
ape yang akan aku lakukan bagi mengisi masa lapang ku?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
siapa yang bertakhta di hati ku ini?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
di mana aku berada pada waktu ini?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
ape yang akan aku pakai bagi menutup tubuh ku?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
ape yang sentiasa berada difikiran ku?

Andai aku bukan diri ku sekarang,
bagaimana perangai dan sikap ku?

persoalan2 yang sering aku tanyakan pada diri ku sendiri.. akhirnya membuatkan aku bersyukur atas segala pemberian Allah baik, mahupun buruk.. hakikatnya segalanya yang terbaik untuk ku hadiah dari Tuhan ku..

Allah izinkan aku untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum mata ku tertutup dan di saat ia terbuka kembali, Allah izinkan aku untuk terus mengingatinya sama ada duduk, baring, berjalan mahupun berlari... Allah izinkan aku terus berfikiran waras, memilih hanya pakaian yang menutup aurat.. Nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan, aku simpan baik2 di dalam hati ku.. Hidup ku, Mati ku KERANA ALLAH.. semoga aku tsabbat di jalan ini.. kerana kemanisannya, tidak tergambar..... THANK YOU ALLAH....

Wednesday, March 18, 2009

Selamat Hari Lahir





semoga mesej2 bergambar ini mampu mengungkapkan 1000 kata2 jauh dari sudut hatiku buat kamu Azren...

pertemuan ini semua aturan Allah,
bertemunya kita kerana Ilmu,
berpisah juga lantaran Ilmu,
justeru selalu ku doakan semoga pertemuan nnt dalam kejayaan..

salam dari kejauhan.. BE STRONG ok..!!






INGATILAH ~~~



JUSTERU ITU AZREN, KETAHUILAH ~~




















!!.. SIMPAN KATA2 INI DI HATI KAMU..!!

DARI KEJAUHAN, WITH LOTS OF LOVE.. (^_-)

Tuesday, March 17, 2009

One Thousand Million Smiles..

Thousand smiles speaks from the deep of my heart... where no words could explain... oh, how i thank Allah for being here in Kolej Ibu Zian all these years..


pentas utama



..:: Bola hape la yang dorang letak kat sini ::..


~ di mana kita 5 tahun akan datang?? ~
huhuuuuu, sedihnyaaaa.....


one thousand million smiles
i bring to you across the miles
in my land of sunshine
or in your land of snow
makes no different where you are
if you let your feeling show

so here I stand with heart in hand
i bring this gift from my homeland
so take these smiles and sweet hellos 
keep that in your heart where ever you may go

Friday, March 13, 2009

Dalam QURAN pun ada cerita LAWAK??

Alhamdulillah, hari ni selesai usrah minggu ni...

walaupun cuma sorang je yang datang, tp xpe.. semoga satu hari nanti adik2 merasa kasih antara ahli usrah itu memang tiada gantinya dan kasih itu akan menbangkitkan kerinduan bila lama tak bersua, dan kasih itulah yang mengikat hati-hati kita untuk terus bersama di jalan ini.. (teringat ukhuwah Rasulullah dgn para sahabat... manisnya...)

Alhamdulillah tilawah hari ni Surah Ibrahim: 19-24

cuma secara peribadi terlalu suka ayat 21-22 yang maksudnya:

"Dan mereka semua (di Padang Mahsyar) berkumpul untuk menghadap ke hadrat Allah, lalu orang yang lemah berkata kepada orang yang sombong, 'sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan kami dari azab Allah (walaupun) sedikit sahaja?' mereka menjawab, 'sekiranya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar. kita tidak punyai tempat untuk melarikan diri. "

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, 'sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, TETAPI CERCALAH DIRIMU SENDIRI. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak dapat menolongku.SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MEMBENARKAN PERBUATANMU MEMPERSEKUTUKAN AKU (dengan Allah) SEJAK DAHULU.' Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.

dalam ayat ke 21 dapat dilihat macam mana bila di Mahsyar nnt masing2 akan cuba mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri dari azab Allah.. bak kata org "sikit pon jadi laaa..." punya la tak tahan dengan azab Allah tu kan.....jadi orang2 lemah tanya kat org2 sombong.. tp malangnya orang2 sombong tu mana ada kuasa nak bantu pon.... so last2 orang2 sombong tu kata ape??

"...sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar. kita tidak punyai tempat untuk melarikan diri"

so, masa di Mahsyar nnt mmg xde tempat untuk berlindung, xde sape nak tolong... yang ada hanya me, myself and I... sume pon wat hal masing2..memang takde tempat nak lari dahhh....

seterusnya ayat ke 22 tu dari sejak pertama kali dengar sampai hari ni... aku akan tersenyum bila baca.. memang lawak dan kelakar... memang terasa mcm B***h jadi manusia yang tertipu.. alahai aku.... alahai diri ku sendiri... selalu tertipu....

selepas settle kerja2 hisab, maka syaitan pon mula la kata... kita perhatikan kata2 syaitan dalam ayat tu satu-satu yer.. katanya, 

"...sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar..."

memanglah kan?? janji Allah sentiasa benar... xkan terlambat walau sesaat pun.. ok, sambung lagi... ape kata syaitan seterusnya... katanya,

"...dan aku pun telah menjanjikan kepadamu TETAPI aku menyalahinya..."

syaitan mengaku dah terang2... dia janji jugak, tp dia mungkir... alahai..... syaitan mungkir rupanya...?? ape dah jadi nih...?? SABAR.... EPISOD TAK HABIS LAGI... tgk lagi ape syaitan kata... katanya,

"...aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, TETAPI CERCALAH DIRIMU SENDIRI..."

Hadoi.... part ni yang paling kelakar sekali... ni lah lawak antarabangsa yg xde dalam majalah ujang... sedar la wahai manusia (aku pon... sedar la LIZA...) syaitan dah kata terang2 dah niiii...... alahai.... dia seru je.. sape suruh ikot???? ada dia suruh.....???? xde kan??? siap kasi ingat kat kita lagi, jgn cerca dia, tp cercalah diri kamu sendiri.... Allah... memang terasa B***H sangat selama dok ikut bisikan syaitan tuuu.....ok, ok sabar ye... sambung sikit lagi... hehee... ape lagi syaitan kata... katanya,

"...SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MEMBENARKAN PERBUATANMU MEMPERSEKUTUKAN AKU (dengan Allah) SEJAK DAHULU..."

so, beginilah yang sebenarnya... syaitan tu memang diberi izin oleh Allah untuk menyesatkan manusia... jadi memang syaitan tu ikut perintah Allah dah... yg kita ni gi ikut ajakan dia tu kenapa laaaa... dia sah2 ikut perintah Allah... KITA??? lagi teruk dari dia la.. bleh lak langgar perintah Allah (LIZA, ingat ni..!!)

Surah As-Syams ayat 8 yang maksudnya 
"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya"

So, sebagai manusia yang diberi status Khalifah du muka bumi Allah... wajarlah kita menggunakan akal yang waras untuk memilih dua pilihan yang Allah sentiasa bagi pada kita...Jom sama2 berhenti dari diperbodohkan oleh syaitan...

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI..??
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI..??

"Ia (iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan  jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih antara mereka."

(Al-hijr: 39-40)

SEMOGA KITA ANTARA MEREKA YANG TERPILIH ITU




Tuesday, March 10, 2009

WHY IN THE WORLD DO WE SMILE???

In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful...


today as I wake up from bed, all i can think is study!!! as i will be having an examination tonight... and i haven't done any reading yet untill today...!! all i can think is to keep strong as this week seems to be another buzziest week... exams, assignments, da'wah, tarbiyah... huh... (but keep on promise to holding on Allah.. ONLY..!!)

So this morning as usual, i went to the class.. as far as i remembered, i didn't forget anything.. ok lets check, i remembered i bring along with me: 
1- my wallet
2- matrix card
3- lecture notes
4- a bottle of water
5- my keys (motorcycle+room)
6- pens
7- the most IMPORTANT: my iman= safely guarded in my heart (^_-)

so, i did not forget anything... i guess... but then as i walked to my class, i met my friend.. u know what she was telling me?? 

"LIZA... cuba senyum..... senyum la sikit...."

MasyaAllah... rupanya aku lupa nak senyum pagi ni..... so, after that i began to smile, and keep on telling myself.. don't ever forget to bring my smile ever again....!!

smile

The Messenger of Allah Muhammad (peace be upon him) said:“To smile in the company of your brother is charity." 
(Bukhari)

if you are a kind of person that is hardly to smile.. let us now learn the 10 benefits of smiling.. may these be the reaseons for you to bring along your smiles everywhere...
1. Smiling Makes Us Attractive
2. Smiling Changes Our Mood
3. Smiling Is Contagious
4. Smiling Relieves Stress
5. Smiling Boosts Your Immune System
6. Smiling Lowers Your Blood Pressure
7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
9. Smiling Makes You Seem Successful
10. Smiling Helps You Stay Positive

here also some interesting facts to read : http://media.www.buvoice.com

tadi dah puas tulis dalam BI.. ntah betul ntah tidak..huh, x suka sbnrnya... saje je testing...
so sekarang yang paling penting ialah melihat mcm mana Rasulullah saw berakhlak dengan senyum nih...

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang ertinya,
”Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam “.
(Riwayat At-Tirmidzi)

Aisyah Radliyallahu’anha mengungkapkan, yang ertinya, 
”Adalah Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam ketika bersama istri-istrinya merupakan seorang suami yang paling luwes dan semulia-mulia manusia yang dipenuhi dengan gelak tawa dan senyum simpul”.
(Riwayat Ibnu Asakir)

p/s: alahai rindunya kat Rasulullah saw.. mesti Rasulullah saw seorang yang sweet sangat.. bukan sekadar senyum, senyum simpul tuu...hehehehe....

Anas bin Malik berkata, 
“Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui kanak-kanak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sedar, ada seorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang bahuku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ 
Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!’ Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?’”.

p/s: tgk, tak marah pon... tapi senyum je... alahai Rasulullah saw... kalau lah aku boleh seperti ini...

‘Aisyah Radliyallahu’anha menuturkan kepada kita, yang ertinya, 
“Pada suatau ketika, Rasulullah baru kembali dari sebuah lawatan. Sebelumnya ku telah menirai pintu rumahku dengan korden tipis yang bergambar. Kitika melihat gambar tersebut Rasulullah langsung merobeknya hingga berubah rona wajah beliau seraya berkata, “Wahai ‘Aisyah ! sesungguhnya orang yang paling keras siksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah”. 
(Muttafaq ‘Alaih)

p/s: Rasulullah saw, dalam lembut2 tu masih bertegas kalau perkara tersebut melanggar syariat..


hmm... jadi, ada apa dengan senyum?? apa yang kita akan dapat kalau senyum?? from my personal experience bila tak lupa membawa senyum tu ape yg aku dapat?? hmm.....
1- akak kat cafe FST tu isi banyak2 dalam makanan aku...hehehe.... sampai berat tapau tuu...
2- lecturer dah kenal muka dah... walaupun tak tau nama... len kali dalam kelas tinggal tunjuk kad matrik je laa...nnt dia bg markah lebih dalam exam... ceeehhh... xde maknanya...
3- dapat raaaaaamai kenalan walaupun tak tau nama... main tegur sesuka hati.. nama tak pernah tanya pon.... lama2 nnt tau sendiri...
4- orang akan pandang pelik jugak mula2 tp bayangkan, kita dapat trigger org lain utk senyum jugak...hehehehe.... 

hehehe.... so, banyak sgt benefit dgn senyum ni kan?? Rasulullah saw pun suruh senyum bahkan Rasulullah saw sendiri senyum...alahai, rasanya bahagia kan kalau dapat jumpa Rasulullah saw... insan teragung SURI TELADAN yang Allah bagi kepada kita.. OUR IDOL.. so, jom berakhlak mcm Rasulullah saw.. 

JGN LUPA SENYUM BAWA SENYUM ANDA KEMANA SAHAJA ANDA PERGI SAMA SEPERTI MEMBAWA IMAN ANDA DALAM HATI TUU.....!!



Monday, March 9, 2009

AHMED DEEDAT vs Dr ANIS SHORROSH

Alhamdulillah...


sempat jugak ambil gambar meja yang bersepah ni...
kenangan masa sempit untuk tatapan masa lapang nanti..

dalam kesibukan yang sangat2 meyesakkan nafas, dalam kesesakan mencari ilmu yang sangat menyempitkan dada, masih ada ruang untuk diri sendiri... Alhamdulillah... bila kesibukan itu dah sampai tahap melampau, insyaAllah maksudnya kelapangan tu dah nak dekat... hehehe... tak sabar nak tunggu exam habis hari Rabu ni... lepas tu boleh kembalik kepada kerja2 KARISMA yang ana elak dan lari2.. hehehe.... maaf kepada sahabat2.. tak pasal2 orang lain kena cover kerja org lain.... ayyooooo bersalah pulak rasanya.....

dalam sibuk2 ni Allah nak tunjukkan sesuatu kot... terjumpa pulak video ahmed deedat nih... cuba la antum semua cari dalam youtube "The Quran Or The Bible by Ahmed Deedat v/s Dr. Anis Shorrosh" boleh jumpe la kot.. ada 20 part, kena ikuti dari awal la.. dalam keterbatasan waktu, ana cuma dengar2 je... tak la ambil port sangat.. sebab dengar sambil makan.. hehehe... cuma yang paling best bila Ahmed Deedat kemukakan sesuatu.. ape dia???

Exodus 31:17
It will be a sign between me and the Israelites forever, for six days the Lord made the heavens and the earth, and on the seventh day he abstained from work and rested.

p/s: saya merujuk pada bible yang ada dalam simpanan new international version terbitan zondervan publishing house- maklum je laa, buku ni byk sangat versionnya dan ayat dia mungkin ada perubahan antara setiap version...

now, sila compare dengan Al-Quran

Surah Qaf  50:38
Dan sungguh, Kami telah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak merasa letih sedikit pun.

kata-kata Ahmed Deedat yang buat saya tersemyum sambil makan, "TUHAN YANG MANA ANDA NAK?? YANG PENAT KER YANG TAK PENAT...??"
P/S: Ahmed Deedat tak cakap melayu laa... ana alih bahasa yer...

kata-kata yang begitu sinis.. tapi memang buat ana tersenyum... bukti apa lagi yang anda mahu untuk keluar dari Islam (bg yang bercita-cita nak murtad)... sangat setuju dengan Ahmed Deedat, terlalu banyak contradiction dalam bible.. banyak sangat sampai tak lalu nak baca.. pening otak... hehehe... nota kuliah pon belum habis baca.. hoi hoi hoi... esok exam...

btw, masih simpan cita2 nak tengok part seterusnya nak dgr ape pulak hujjah Dr Anis Shorrosh tuu... nnt lah sambung..... alahai exam........